Cuti panjang sempena Hari Pekerja takde pergi ke mana-mana, jadi selepas kenduri kahwin di Shah Alam, kita terus ke Port Dickson. Dalam kepala dah target kalau tak ramai orang, nak hiking, pergi ke pantai dan lepak minum coffee :) Dari Shah Alam menghadiri majlis perkahwinan sempat kami singgah balik rumah sekejap untuk packing bekal air, baju dan lain-lain. Selepas tu terus ke Port Dickson. Agak ajaib masing-masing tak mengantuk dan segar sepanjang perjalanan. Sampai di Tanjung Tuan pada pukul 4.30 petang, alhamdulillah kerete tak banyak, ada dalam 2-3 buah je. Jadi anggap tak ramai la.
Setiap kali pegi rasa mcm dekat je.. hari ni rase mcm penat plak berjalan, mcm jauh. Sebab penat kot dari kenduri kahwin, terus ke sini. Badan dah lemau haha.. Masa ni takde plak monyet keluar
Wahhh sekarang dah ade pintu gerbang, tangga & bench. Baru la tak takut nk masuk.. Dulu2 hanya tangga & denai je. Risau nk masuk start tracking
Wow sekarang dah ada observatory deck :) untunglaaahh
Kalau rasa-rasa nak jalan dekat, bolehlah ke sini.. tak jauh dari pintu masuk
Ni bukit favourite budak kecik ni. Suka betul die.. Ala-ala adventure katenya
Best jugak hiking tengah hari buta ni. Cuaca panas, matahari terik, pemandangan cantik betul
Dalam pukul 5.00 kami sampai ke atas bukit. Jalan dari pintu pagar utama dan tracking dalam hutan ambil masa dlm 30 minit je. Tak jauh pun
Selesai hiking, kami nk ke pantai pulak. Nasib baik awal, baru pukul 6.00 petang. Sempatlah nk bermandi-manda
Sebelum ke pantai, kami singgah sekejap kat tempat husband kursus hari tu.. Menarik jugak tempatnya, cuma masa ni air surut. Jadi tak nampak kolam air kat situ..
Lepas tu kami terus Pantai Teluk Kemang. Suka juga bermandi-manda kat sini sebab ada kedai-kedai makan, ada kerusi pantai & parasol, tandas pun bersih dan pantainya dekat. Cuma kalau dtg lewat petang hari minggu memang ramai orang tapi tetap okay. Next time boleh plan time hari kerja haha


















Malam-malam pun meriah :)
Sebelum gerak singgah sekejap beli ayam gunting. Kat kedai ni sedap sebab goreng fresh.. Kebanyakan tempat kat area situ jugak jual ayam gunting yang dah tersedia. Tak pasti bila diorang goreng, pagi tadi ke, semalam ke.. selalu terkena yang tak fresh, keras dan liat.
Sebelum balik ke Cyberjaya, kami singgah dinner dulu kat tempat favourite. Ingat plan nak pegi pasar malam, tapi dah tau, mesti nanti lagi beli mcm-mcm, tak beringat. So kite dinner di Warung Kopi Leq. Pasta die terbaik, coffee pun mantap :)

Puas portion besar, sedap dan harga reasonable. Lain kali nk beli pasta & crispy chicken kena share la hihi.. kenyang gile
Favourite kami kat sini caramel latte & ice cube coffee. Tuang susu sikit-sikit bila nak minum. Dapat rasa kesedapan espresso tu. Aku tertuang lebih susu plak, jadi kene tunggu sekejap nk bagi coffee tu rase kaw. Alhamdulillah, hari yang sangat seronok. Dari kenduri kahwin makan sedap, dapat hiking, pegi pantai, makan sedap & coffee.. Loveee :)
