Sunday, September 21, 2025

Taman Eko Rimba - Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Minggu lepas hiking manja-manja di Gunung Pulai, minggu hiking-hiking pacak tanpa diskaun di Gunung Datuk pula. Mula-mula seriau jugak sebab asyik hujan. Risau aktiviti terpaksa dibatalkan. Hotel dah booking, tak boleh cancel huhu.. Nasib baik sabtu pagi tu tak hujan. Keadaan kaki Gunung Datuk pun okay. Perjalanan naik berjalan dengan lancar. Dalam pukul 8.00 pagi dah bersedia nak naik. Masa ni ramai dah pendaki mulakan perjalanan. Walaupun tempat masuk melalui kawasan perkampungan, dalam tu banyak tempat parking. Memang besar dan mudah. Sebelum mulakan perjalanan kami stretching dulu, panaskan badan. Sebab memang tau dah perjalanan mendaki kali ni berliku dan mencabar. Tulah memandai-mandai kan? Takpe, kita cuba!





Kesian jugak dengan budak kecik ni. Baru lepas hiking minggu lepas di Gunung Pulai, kena pegi perkhemahan plak di Kem Tekali. Di sana, dia hiking jugak. Minggu hiking lagi. Tapi dia happy je, bersemangat









Sambil menunggu member office join sekali. Kebetulan plak ada rombongan sekolah








Sebelum mendaki lalu di renjer bayar permit dulu RM5.00/orang







Boleh plak ada orang menjual ais krim Malaysia.. pergh, sedap.. Budak kecik ni memang suka gile. Masa kat puncak pun dia lagi sekali








Yang bagusnye trail kebanyakan ada tali. Masa naik, tak rasa sangat manfaatnya. Masa nak turun, hujan, licin, haa masa tu memang bersungguh-sungguh berpaut pada tali






Macam ni lah perjalanan kami dari bawah sehingga ke puncak. Menangis pun tak guna hahaha. Surprisingly budak kecik ni tak banyak bunyi. Dia seronok je asalkan dalam hutan. Bukan atas jalan tar. Minggu lepas hiking sepanjang jalan tar, kemain bising die







































Sama ni kabus tebal betul. Sejuk sangat kat atas. Baru nak lepak-lepak makan snek, tiba-tiba hujan! Arghhhh... kena turun cepat, sebab tak nak tanah terlampau lembut dan berselut.. Dah lah curam..





Seronok ye meredah hujan. Budak kecik ni siap menyanyi-nyanyi sambil turun




Sampai je bawah kami terus mandi kat paip. Bersihkan pasir dan lumput kat baju. Senang nanti nak tukar baju





Alhamdulillah, semua selamat naik dan turun. Lega takde apa-apa incident, kecederaan dan perkara buruk berlaku. Sebab risau lepas mula hujan tu, kat batu-batu tu agak licin. Anak dah jauh dari kami. Nasib baik kawan bantu bawakkan. Selamat sampai ke bawah. Syukur sangat-sangat. Tak boleh lupa beberapa tahun lepas dia jatuh tersembam kat Bukit Wawasan. Baru lepas hujan jugak. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kali ni dia lebih yakin dan bersemangat. Lagi pun dia pakai kasut hiking jugak. Jadi lebih selamat nak berjalan turun



Sama-Sama dan Tak Nak Jumpa Lagi haha


On the way balik KL, kami singgah makan tengah hari sekejap di tempat favourite :)

No comments:

Post a Comment