Seronoknya daddy nak bawak ke Cameron Highlands sempena birthday mommy. Dah jadi makin seronok pulak ke Cameron Highlands. Kali ni kita ke Mossy Forest plak. Booking untuk private trip naik 4WD. Jumaat petang terus bertolak ke sana. Jalan tak jammed lansung. Alhamdulillah.. Lepas check in hotel terus cari tempat utk lepak-lepak makan steamboat. Masa ni sejuk gile. Syok tapi kadang-kadang terlampau sejuk pun stress jugak. Bukannya pakai thermal inner pun haha.
Budget Hotel kat sini ada sediakan breakfast. Suka plak budak kecik. Licin!
Tiba-tiba dapat berita ada tanah runtuh kat hujung sekali.. terus kena halau balik.. nasib baiklah dah selesai tour sepanjang boardwalk tu. Kesian jugak pada geng-geng yang hiking Gunung Irau terpaksa patah balik dan dibatalkan. Nak buat mcm mane huhu
Sebelum balik kami singgah la sekejap tengok ladang teh.. Dalam hati dah tak keruan, nak turun cepat risau jalan sesak.. Sebab nak pegi KEA Farm plak membeli-belah hihi
Tour guide berhenti sempat bagi Danish makan strawberry hutan. Sedap katenye :)
Comel plak anjing panjat tebing.. cari port ape tah tu
Jom shopping !









































































































