Wednesday, December 13, 2023

Singapore Jewel Changi Airport


Daripada Woodlands MRT kami terus ke Changi Airport. So basically Jewel ni mall la di sebelah Changi Airport. Mall yg sangat hebat, cantik dan mengagumkan. Kalau stranded di airport, mmg takkan bosan, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Turun dari MRT, ikut je signboard, terus jumpa, tak susah pun. Turun dari MRT terus lalu di link bridge di Level 2, jalan kaki dalam 6 minit terus sampai di Jewel. Boleh nampak dari jauh bentuk bangunan yang unik.




Train line MRT di Singapore tak terlalu complicated, lama-lama dah boleh hafal. Danish pun dah faham nak travel naik MRT di sana. Budak kecik tu suka betul naik train. Marah die kalau naik train kejap-kejap. Lagi lama perjalanan, lagi die suka.



Mula-mula plan nak jalan-jalan di airport, tengok landing/take off lookout, tapi last-last penat, malas nak pegi hihi.. maybe next time


Dari jauh dah nampak bangunan Jewel :)






Dari airport dah nampak signage laluan ke Jewel


Masa tu kami sampai awal jugak untuk tengok HSBC Rain Vortex. Kecewa, sebab senyap sunyi je, takde bunyi air terjun. Lepas tu confuse, eh ade timing ke eh? Petang ke? Malam ke? Setahu saya malam hanya lights & sound show. Ntahlah.. pasrah je.. Lepas tu pegi makan.. lapar!


Takde waterfall pun cantik gile!


Ni plak air terjun di tingkat bawah


Jom tengok wayang






The Alley :)







Dah makan, masa kami naik atas terdengar bunyi air terjun. Wah! Rupa-rupanya pukul 11.00 pagi baru ia beroperasi. 11.00 pagi - 10.00 malam tak silap. Excited gile tengok


Sekali-sekala die keluar wap





















Tempat ni besar juga nak explore. Tak abis explore pun. Banyak tempat untuk ambil gambar dari pelbagai sudut. Boleh naik atas juga kalau nak
















Port di sini paling cantik untuk ambil gambar. Nampak semua :)


Nak naik train pun boleh juga tapi view di dalam train tak menarik macam di sini. View train & air terjun lagi mengagumkan







Seronok si kecik sebab ade Super Mario :)

Tuesday, December 12, 2023

Shuttle Tebrau by KTM from JB Sentral to Singapore


Rancangan untuk traval sepatutnye bermula tahun hadapan. Tapi tibe-tibe terjumpa cara paling mudah untuk ke Singapore. Saje nak try memandangkan tak perlu nak bawak kereta, fikir pasal parking, naik bas dan masalah timing. Melalui website KTMB, kite boleh beli tiket Shuttle Tebrau dengan hanya RM5.00 seorang/sehala. Antara JB Sentral - Woodlands CIQ. Sangat mudah, cuma tiket kena beli awal, lebih-lebih lagi untuk waktu kemuncak orang Malaysia/Singapura pergi atau balik bekerja. Perjalanan hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Nak beli tiket dalam talian, mudah je cuma kene masukkan maklumat pasport siap-siap dengan betul sebab pasport anda akan dianggap sebagai tiket keretapi/shuttle. Tak perlu nak cetak tiket dah. Kami perbaharui pasport di Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur. Untuk kanak-kanak tak boleh nak perbaharui secara dalam talian, jadi kami kene walk in.


Menunggu nak dapatkan nombor agak lama, sempatlah budak ni main dengan kucing. Kami bawak jugaklah buku-buku untuk menghilangkan kebosanan.




Bestnye dapat makan capati, kari kambing dan roti UFO yang sangat sedap



3 hari sebelum masuk ke Singapura, kita boleh isi maklumat SG Arrival Card dalam website atau aplikasi ICA (Immigration & Checkpoint Authority Singapore dan akan terus mendapat e-mel pemakluman VOA (Visa On Arrival)


Kami banyak belajar dari kesilapan semasa travel ke Singapura. Kami tak terfikir lansung pasal tempat letak kereta semasa sampai di JB Sentral. Lebih-lebih pada waktu kemuncak orang semua nak pergi kerja. Rupe-rupenye di JB Sentral tak boleh parking. Hanya kakitangan sahaja dibenarkan. Nasib baik ada parking persendirian di kawasan berdekatan. Boleh jalan kaki dan hanya RM12.00 sehari. Sempatlah kami sampai di JB Sentral pada waktunya. Pagi tu kami order Grab je untuk ke JB Sentral.



Kesilapan kami yang kedua ialah terus menonong jalan tanpa mengikut signboard KTM. Tau-tau kami dah sampai Imigresen dan Kastam. Tibe-tibe sampai kat platform bas. Hahaha.. Salah jalan rupenye. Nasib baik ada kakitangan Imigresen bantu kami ke jalan keluar, untuk masuk semula ke JB Sentral. Padahal kami dah keluar melalui Imigresen & Kastam dah. Ntahlah, halal je la.


Rupe-rupenye selepas nampak kaunter KTMB ni kite ke kanan tak silap. Terus sampai ke kawasan menunggu untuk menaiki keretapi Shuttle Tebrau. Pintu akan dibuka mengikut waktu tiket keretapi. Kalau tiket kite lambat lagi, memang tidak dibenarkan masuk. Jadi pastikan awal, jangan lambat. Pintu juga akan ditutup 20-30 minit lebih awal.




Kawasan menunggu sebelum menaiki keretapi



Dah lama tak naik keretapi woi



Kalau naik bas/kereta tengah melayan kesesakan lalu lintas



5 minit je dah sampai ke Woodlands CIQ


Kami dah terbiasa travel dengan mencetak semua itineray, insurans dan SG Arrival Card (ICA). Mudah kalau apa-apa hal. Tapi setakat ni untuk negara Singapura, memang mudah untuk orang Malaysia, tak de masalah


Sampai di Woodlands CIQ, terus cari bas untuk ke Woodlands MRT. Masa ni tak sempat nak pandai nak naik bas nombor berapa, sebab ada tulis destinasi, senang hahaha.. balun je naik. Sampai ke Woodlands MRT. Sebenarnya ada beberapa stesen MRT yang lebih dekat dengan Woodlands CIQ iaitu  Woodlands North, Marsiling dan Admiralty MRT. Tapi Woodlands lebih sesuai dengan perjalanan line MRT kami. Jadi ikutlah kesesuian masing-masing nak naik bas ke stesen MRT yang mane satu. Maklumat semua senang, ada di hujung jari. Pembayaran bagi bas dan MRT pula, kami menggunakan kaedah Apple Pay dan Debit Card. Sangat mudah! Pastikan tetapan penggunaan luar negara telah diaktifkan. Wang tunai masih diterima untuk bas tapi kene sediakan wang secukupnya. Takkan ada baki dipulangkan.


Budak kecik paling suka naik bas. Lebih-lebih lagi bus ni double-decker :) Memang favourite!


Untuk naik MRT, kami dah buat keputusan untuk gunakan Apple Pay dan Debit Card. Kalau nak beli EZ-Link Card, harga kad SGD5.00 dan kene top up mengikut denomination yang telah ditetapkan. Baki dalam kad pula kene ada sekurang-kurangnya SGD3.00. Macam agak tidak praktikal untuk kami sekeluarga sebab tak banyak traval menggunakan MRT dan harga tiket MRT kat sana agak murah sebenarnya hahaha.. tak perlu nak top up banyak-banyak pun. 

Singapore Tourist Pass lagi mengarut untuk kami sebab harganya SGD29.00 (untuk 3 hari). Jumlah tambang perjalanan kami sepanjang percutian kami tak sampai SGD10.00 pun seorang! Jadi Tourist Pass ni lebih sesuai untuk pelancong yang banyak menggunakan kenderaan awam yang lain dan menggunakannya dengan sangat kerap, maka ia lebih berbaloi.

Kami menggunakan kaedah Apple Pay sepanjang di sana. Mudah, cepat dan tak perlukan roaming. Handphone on flight mode selalu sebab nak jimat battery nak ambil gambar banyak-banyak hihi.. Sekali-sekala je on roaming untuk navigation. Setakat ni kami tidak terjejas dengan pertukaran mata wang/caj yang dikenakan oleh Maybank. Masih berbaloi dan mudah. Bile kira-kira, harga lebih rendah berbanding beli Ez-link dengan wang tunai SGD. Untuk Danish, kami terus bagi ke pegang Debit Card untuk urusan penggunaan MRT. Sebab die bukan jenis pegang handphone selalu


Bestnye di Singapore dah meluas penggunaan Apple Pay. Untuk public transport plak mudah, nak pakai Debit/Credit Card terus pun boleh. Kalau di Malaysia masih ade komplikasi dalam penggunaan kad Touch & Go, E-Wallet dan Direct Debit. Masih belum bersedia bagi semua penggunaan secara meluas dan konsisten. 


Kesian die terkial-kial nak bukak Apple Pay. Last-last bagi Debit Card jela. Senang


Ni masa perjalanan balik sampai di Woodlands MRT nak naik bas ke Woodlands CIQ. Pun mudah sebab setiap platform dah dilabel dengan no. bas dan destinasi masing-masing. Jangan risau, takkan tersalah bas punya


Excited betul!





Saje amik gambar vending machine di Woodlands CIQ. Bosan menunggu. Menyesal gerak awal. Baik lepak lebih lama di Woodlands MRT sebab di Woodlands CIQ takde bende, hanya ada tempat duduk menunggu je


Kaunter kalau nak beli tiket.. tapi susah nak dapat sebab selalu sold out. Baik beli online



Kesian si kecil tertidur dalam train :)