Thursday, February 6, 2025

Antz @ Te'mola Gunung Lambak Resort

Selepas check in, setiap kereta (untuk setiap 1 bilik) diberikan kad akses untuk masuk ke perkarangan resort. Parking di depan chalet agak curam jalannya. Kene hati-hati.





Di area ni banyak monyet. Kalau tak nak diganggu, jangan mula bagi makan. Sekali bagi makan terus datang berkerumun monyet-monyet yang lain. Sampah pun ikat elok-elok buang dalam tempat sampah yang disediakan. Monyet takkan selongkar. Masa di gerai-gerai makan dan masa kami makan malam dan sarapan pagi, alhamdulillah takde monyet datang curi makanan




Biliknya sangat selesa dan lengkap dengan semua keperluan. Air mineral, berus gigi, shower gel, towel, coffee and tea. Spray racun serangga pun ada. Kot-kot ada nyamuk atau bende lain
























Petang sikit kami jalan-jalan ke perkarangan resort. Plan asal nak pegi minum coffee, lepak-lepak kat Cafe Hill & Heal. Tapi sayang tutup awal, pukul 5.00 petang. Esok Isnin pun tutup plak tu. Haih.. xpelah takde rezeki. So kami minum-minum di gerai-gerai yang ada. Ada juga coffee house Monkey Coffee. Sedap jugak


















Malam kami buat makan-makan & karaoke








Pagi tu kami sarapan dulu sebelum bawak budak-budak mandi waterpark. Waterpark nya kecil je. Bayaran pun murah RM5.00/seorang je. Bolehlah.. buat main-main


Syok pagi-pagi Isnin bukak-bukak email tiba-tiba baca email berdarah hahaha










Sambil budak-budak mandi, kami berdua jalan-jalan ke arah kaki Gunung Lambak. Tempat yang sama kami turun dari mendaki semalam


















Selepas check out, kami singgah makan-makan dulu kopitiam








Favourite! Roti kahwin. Butter + kaya + kacang



Sebelum balik KL, singgah dulu kat kilang kopi Cap Televisyen. Nak beli biji kopi tapi besar sangat packaging 500g. Takut tak kene kat tekak dan tak abis











Wednesday, February 5, 2025

Picnic @ Gunung Belumut, Kluang

Selepas selesai mendaki Gunung Lambak, kami terus ke Gunung Belumut dalam 30 minit perjalanan. Di sana kami berkelah bersama keluarga mentua sebelum check in di Antz Chalet di Gunung Lambak. Sampai sana terus dirikan khemah dan masak air. Masing-masing tak sabar nak berendam air sungai lepas penat mendaki.







Disebabkan kami terlewat sampai, tak sempat nak explore tempat ni sepenuhnya. Nampak besar dan luas. Banyak tempat untuk berkelah dengan selesa dan kalau nak berkhemah bermalam pun ada tapak disediakan


Menjerang air nak minum kopi panas. Budak kecik ni kene lunch dulu sebab tak makan lagi











Part yang paling seronok sekali ade foot therapy. Ikan-ikan banyak jugak dalam sungai, berebut-rebut makan sel kulit mati di kaki kita. Lain macam.. hihi














Dah selesai berehat, kami bergerak semula Gunung Lambak untuk check in Antz Chalet