Add

Thursday, December 24, 2020

KL Bird Park (CMCO 2020)

Punyelah kite dah terbiasa merancang percutian bertahun lebih awal, apakan daya tak disangka-sangka datang pandemik Covid-19 sampai terpaksa batalkan macam2 perancangan percutian. Last year dah beli flight ticket ke Sapporo untuk winter trip tahun 2020, pegi sama2 dengan mak dan adik2. Dah siap itinerary, dah booking Airbnb dan dah tukar beberapa ratus duit yen. Tapi kami terpakse lupakan huhuhu..

Sedih, memang sedih tapi ape nak buat. Bukan kite je terkesan, tapi satu dunia xboleh keluar negara. Takpelah, kita bersyukur masih dikurniakan kesihatan dan dapat bersama keluarga tersayang. 

Disebabkan Lembah Kelang masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami tak boleh ke luar daerah. Jadi kami takde banyak pilihan untuk meluangkan masa/buat apa2 aktiviti dengan anak. Nasib baik KL Bird Park bukak mase PKP. Jadi kami decide untuk pegi ke KL Bird Park, jalan2 dan check in hotel di KL. Husband kate, die dah plan semua..

Awal pagi tu kami breakfast dulu di Kenny Hills Bakers. Ingatkan dah cukup awal sampai sane untuk mengelakkan kesesakan. Rupe2nya, awal2 pagi lagi dah ramai orang, especially cyclists. Adoi.. beratur jugaklah walaupun tak panjang.. sebab queue untuk take away dan dine in adalah queue yang sama. Tempat ni agak kecik dan payah sikit nak cari tempat letak kereta. Terpakse parking di tepi jalan. Tak pasti cawangan lain mcm mane.

Lepas breakfast kami terus ke KL Bird Park. Tempat ni pun kene pergi awal pagi baru best. Tak ramai orang dan tak berapa panas.

Pagi-pagi sepanjang perjalanan tu hujan renyai-renyai.. Masa ni berharap, hujan sekejap jela.. Klau tak punah harapan nak pegi KL Bird Park

Budak kecik ni tak sangka suke betul makan wholemeal toast.. Nampak bosan je.. haha.. Beriya kami beli Nutella croissant, tapi die tak berkenan. Manis sangat katenye 

Antara kesukaan kami ~ Nutella croissant dan Salted Egg Cruffin 


Tapau bawak balik Lemon Meringue Pie dan Salted Caramel Chocolate Pie


Bahagi sama rata dengan suami. Tak lebih tak kurang.. hahaha sedap sangat!






Kat sebelah cafe tu adelah taman kecik. Budak kecik ni beriya plak jalan2 kat situ. Cantik jugaklah taman tu



On the way balik tu, tengok lane dah panjang gile beratur nak masuk. Fuuhh nasib baik datang awal..



Lepas breakfast, kami terus ke KL Bird Park. Mujur hujan pun dah berhenti




































Kami sempat pegi tengok bird show pukul 12.00 sebelum balik..

No comments:

Post a Comment