Add

Sunday, September 20, 2020

Road Trip to The South - Melaka

 ROAD TRIP TO THE SOUTH - DESARU COAST




Last2 minute sebelum nak balik kampung, husband cadang nak stay 1 malam ni Melaka. Adelah cadangkan pada husband utk book di Imperial Heritage Hotel Melaka. Murah gile RM70.00/malam. Tapi kami tersalah faham, ingatkan tu adalah sama dengan Emperor Hotel yang lokasinya agak jauh dari Bandar Hilir. So, malas nak fikir panjang, kami book je Prima Hotel di Kampung Jawa Melaka. Dulu-dulu pernah stay sini dalam 2-3 kali, suke jugak sbb bilik luas, murah gile dan boleh jalan kaki ikut Sungai Melaka ke Bandar Hilir. Tetibe, sampai je di Melaka, terperasan hotel Imperial Heritage Hotel Melaka tersergam indah betul2 sebelah Dataran Pahlawan, betul2 depan Equatorial Hotel (dah tak beroperasi) (5 minit jalan kaki ke A Famosa). Terus cancelkan booking dengan Prima Hotel dan terus book Imperial Heritage Hotel, tanpa fikir panjang hihi..

Sampai di hotel, terus parking di bangunan tempat letak kereta yang terletak di belakang hotel. Tak silap, tak de lif kat situ. So turun naik tangga la kite.. Lepas check in, kami makan sekejap dan keluar balik, saje jalan2 ke A Famosa. Kalau stay kat hotel mmg best sangat nak cari makan atau nak pegi mall. Senang, sebelah seberang jalan je. Starbucks ade, Mc. Donalds ade. Cume pandangan kami, bilik die agak kecik. Tapi selesa la utk kami bertiga.



Kami keluar sekejap malam tu saje ronda-ronda. Danish kemain excited tengok A Famosa. Bagi die, nampak mcm old castle/building. Ms tu mcm2 soalan yang die tanye psl A Famosa. Terus mommy buka wikipedia..hahah.. Sama-samalah kite belajar.




Masa ni dah pukul 10.00 malam. Beca masih lagi beroperasi





Dari A Famosa boleh nampak hotel Imperial Heritage




Terkejut aku tibe2 ade T-Rex kat situ


Masa dah nak jalan balik ke hotel. Ternampak Texas plaaakk.. 24 hours xsilap. Nasib baik dah makan malam.. Kalau tak, mmg dah tapau daaa



Esoknye, boleh plak Danish request lagi sekali nak tengok A Famosa. So kami terpakselah layankan je. Kat Melaka parking kene pakai kupon, so kami malas nak cari kupon. Parking je di tempat berbayar depan Muzium Bahtera, sekali masuk RM3.00.  Panas terik masa ni tak de awan, so pemandangan memang cantiklah..







Dari Muzium Bahtera, kami jalan kaki ke A Famosa dan Bandar Hilir. Rase lain sangat bile tengok Bandar Hilir tak ramai orang. Mungkin sbb kami pegi weekdays, so tak crowded sangat








Dah letih berjalan dalam panas, kami singgah minum air tembikai. Fuuhhhh memang sedap!













Berehat sekejap sbb kepanasan dan kepenatan











Bile nampak bot, terus Danish request nak naik bot. Best jugak sebab takde orang so tak delah beratur ke, ramai2 ke.. aman damai je




Just kami sekeluarga je dalam boat. Haa ikutlah nak duduk mane..hihi






















Dah abis ronda-ronda Bandar Melaka, kami ke Restoran Chicken Rice Ball Ee Ji Ban plak sebelum balik ke KL.



No comments:

Post a Comment