Friday, September 18, 2020

Road Trip to The South - Legoland

Minggu lepas tibe-tibe husband terjumpe tiket Legoland 50% off dalam Shopee (by Legoland). Terus decide nak bawak anak ke Legoland. Husband ni mmg suke semua impromptu. huhuhu.. Kalau plan-plan awal, teringin jugak nak stay kat Legoland hotel. huhu.. So kami beli tiket Legoland dan SEA Life.

Kami tak bagitau pun pada Danish nak bawak die pegi Legoland. Saje nak buat surprise. Mase nak sampai tu, mmg die terkejut, nampak signboard Legoland. Alhamdulillah die excited sangat.. Sebelum tu dia dah cakap, tak balik KL, die nak pegi pantai lagi..hihi. Nasib baik die happy walaupun tak dapat pegi pantai.

Nak masuk mmg kene check suhu dan pakai face mask. Cume masa berlegar-legar, tak delah strict sangat. Mase nak naik ride, mmg die suruh pakai face mask. Alhamdulillah orang tak ramai. Tak pasti tak ramai sbb musim Covid-19 atau weekdays atau mmg orang dah kurang ke Legoland.







Untuk kanak-kanak, ade kaunter terus ukur tinggi. Die bagi wristband untuk tunjuk tinggi dan umur kanak-kanak. So senang bile nak naik rides. Setakat ni semua rides Danish boleh naik cume ade sesetengah kene orang dewasa teman




Seronok betul pegi theme park tak ramai orang





Rides yang paling memenatkan! Sbb kene 1 family bekerjasama utk bantu padam api.. Letih nak pam utk gerakkan truck, pastu kene tembak air sampai api terpadam, pastu bawak balik truck plak..adoii




Lepas tu kami naik train plak. Dapat lah kitorang rileks sekejap lepas penat padamkan api. Danish sedap je kate nak naik fire truck lagi.. padahal die tak tau betapa penat kami duk mengepam utk gerakkan truck & pam air.. adoii





Antara favourite section aku adalah Miniland. Cume bile tengok-tengok balik berbanding dengan aku datang masa tahun 2012 dulu (masa hari pertama Legoland dibuka pada bulan September dan lagi sekali pada bulan Disember 2012), banyak perubahan. Warna model2 di Miniland ni nampak pudar skit dan nampak mcm tak berapa maintained. Tapi masih membuatkan aku kagum dan seronok tengok setiap model di Miniland.

































Tempat favourite Danish plak, Lego Ninjago World. Dalam tu ada ride, exhibits dan kedai. Sampai 2x repeat. Kat rumah berlambak Lego Ninjago. Suke jugak die tengok siri Ninjago kat Netflix. Mmg agak obsessed skit pada Ninjago hihi.. So tak rugi lepak lame2 kat sini.. Pegi kedai souvenir kat sini mmg wajib la sambar Ninjago. Beli pakai Touch & Go e-wallet dapat 10% off.



Sampai2 je kat situ kebetulan ada Kai, salah satu watak Ninjago kat situ :)





Ni la satu-satunye gambar mommy and daddy yang Danish ambilkan huhu..






On the way nak masuk naik ride, ade la banyak exhibits Ninjago








Rides ni 3D, kene pakai 3D glasses. Pastu ade sensor pada tangan utk lawan. Mmg lawak la main bende alah ni.. haha.. berangan betul jadi ninja




Siap ade gambar kitorang beraksi. Ade score sekali.. mommy yang over kan..haha


Hari ni buat pertama kalinya Danish request nak naik roller coaster. Siap request nak naik yang besar dan kecik plak tu. Mula2 daddy temankan. Tak sangka boleh plak die.. Mulanya mmg gugup jugak, dah lama2 die jadi excited dan seronok.. Sampai berkali2 repeat. Sampai tahap daddy dah tak larat, mommy plak kene teman huhuhuhu.. Kira-kira semua 9 kali juga die naik roller coaster. Adehhh.. Nasib baik ade 2 jenis je roller coaster.














Sementara nak tunggu show, kami pegi makan dulu. Dulu2 pernah pegi makan pizza kat Pizza Mania. Kali ni nak makan kat King's Grill plak. Kami ambil 3 set. Sedap! sekali dengan air, gummy bear dan ice cream.






Terkejar2 jugak makan sbb makanan lambat siap. Last2 mintak kotak utk tapau. Berkejar2 jugak pegi tengok show..







Sempat lah masuk tengok show 4D yang tak macam 4D tu.. hahaha.. Abis show 4D, berlari pegi tengok show Ninjago plak..hmm Boleh laaa... hihi. Daddy siap boleh tertido hahaha..




Pastu naik Legoland Observation Tower plak.. Berbeza pemandangan 8 tahun lepas, dulu2 kosong just tanah je.. sekarang dah nampak penuh skit..







Nampak kereta kami yang parking kat situ.. Mmg tak banyak pengunjung kali ni..


Sebelum berkejar nak keluar dan masuk SEA Life sebelum pukul 5, kami naiklah ape2 ride yang sempat.. Dapat lah naik hampir kesemua ride





















Masuk toilet pun aku ambil gambar sbb cute sangat :)



Sebelum gerak keluar pegi SEA Life, singgah sekejap kat kedai Lego on the way keluar. Yang lain tak bukan, mmg Ninjago la menjadi pilihan Danish :) Dari awal, die duk cakap nak beli Lego Super Mario tapi koleksi Lego Super Mario yang ada hanya yg without Super Mario figurine. Yang set figurine sahaja, dah sold out. Adehhh memang kene cari kat KL la nampaknya..





Nasib baik ada catalog.. Dapat tengok the exact model yang Danish cari.. haihh..


Semua set yang kat sini takde figurine Lego Super Mario. Nasib baik perasan, punye besar set tp figurine tak disertakan. Kene beli asing ehhh..


Masing-masing masih bertenaga so kite teruskan perjalanan ke SEA Life :)



Abis je jalan kat SEA Life, kami rehat sekejap dalam kereta abiskan makanan tengah hari tadi. Tak lame lepas tu budak kecik ni tidur dah.. Kepenatan betul! Lepas tu kite sambung perjalanan ke Melaka


No comments:

Post a Comment