Wednesday, September 16, 2020

Road Trip to The South - Desaru Coast


Bile dah lame tak balik ke rumah mentua, husband request amik cuti lame skit. Plan nak pegi Desaru walaupun tak tau ade ape kat sane. Rancangannye nak bawak mak abah mentua sekali jalan-jalan. Tapi risau jugak, lately dah start hujan hari-hari. hahaha redah jelaaa..

Jumaat lepas keje terus bergerak ke rumah mentua di Johor. On the way tu hujan renyai-renyai. Bile malam, boleh tahan sejuk dan berkabus jugak.





Esoknye bangun2 pagi je hujaannn.. huhuhu.. takpelah, redah jela. Just jalan-jalan, makan-makan. Perjalanan dari Pontian ke Desaru nak dekat 2 jam jugak. Sampai di Desaru kami round-round area Desaru dulu. Tak de ape yang menarik sangat sbb kebanyakan pantai semua - private beach, sbb dah banyak resort kat sane. Aku dok membayangkan mcm kat Cherating atau Port Dickson, ade pemandangan pantai di sepanjang perjalanan. hahaha aku silap. Tinggi betul expectation aku.


Walaupun hujan, anak aku sibuk nak mandi laut jugak. Nak main pasir je katenye. Nasib baik datang dari jauh. Kene jugak berhenti singgah. Kami park kereta di Public Beach, bayar RM6.00. Lepak bawah pokok, anak main pasir. Walaupun hujan, pemandangan pantai Desaru tetap cantik dan bersih. Aku boleh bayangkan kalau cuaca panas terik, mesti lagi cantik air dan pemandangan. Aku geraaam je tengok pantai, air jernih.. tp memikirkan malas nak basuh rambut, tukar baju, sejuk.. Aku lepak je la..


Masih lagi di fasa-fasa "nak main pasir jeee"


Dah mula seronok main hujan hihi



Daddy pakse die masuk air.. Dapat air laut suam2, sedap die mandi, terus tak nak keluar. Bercinta jugak nak ajak balik





















Selepas berjaya pujuk budak kecik ni balik, kami ke public toilet utk mandi dan tukar baju. Toilet die bersih jugak cuma banyak shower yang rosak dan tak boleh guna. Last2 aku tebalkan muka mandikan anak dalam toilet. huhu..



Lepas mandi pantai, masing-masing dah mula lapar nak cari tempat makan. Tak sempat nak survey awal2 sbb kat sini mcm tak berapa nak nampak cafe/restaurant. Lagi sekali, salah anggap hahaha.. Last2 just google dan singgah ke Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Menarik jugak tempat ni, siap ada boat house. Pemandangan cantik betul.. suke sangat lepak sini..




Konon nak order lobster. RM20.00/kg xsilap.. tapi takde plak






Boleh jugak kalau nak makan atas boat :)







Tak tau kenapa budak kecik ni snap gambar nasi






Esoknya, kami jalan2 di bandar Pontian. Budak kecik request nak pegi pantai. Bukan die nak buat ape pun. Die just nak duduk-duduk, ambil udara. Kesian die, rindu betul nak ke pantai lagi.. Tak pe nanti bulan November kite ke pantai lagi ok.. Betul2 balik dari Desaru je terus tak hujan, siap matahari terik lagi.. haishh tak pelah, tak de rezeki nak lepak Desaru lama2..







No comments:

Post a Comment