Friday, November 5, 2021

Farm In The City, Seri Kembangan

Seronok gile dapat bercuti walaupun hanya ke KL/Selangor. Last sekali pegi Farm in The City ms Danish Ilham umur 2-3 tahun. Mase tempat tu tak berapa besar tp rase dah seronok sangat. Sekarang rase mcm banyak perubahan. Tempat semakin besar dan haiwan semakin banyak. Awal-awal pagi lagi kami dah bertolak ke sana, sebab nak masuk tepat pukul 10.00. Takut orang ramai dan tak nak bersesak-sesak.


Awal pagi lagi dah sampai, hari bekerja plak tu.. mmg takde orang la hihi

Bucket berisi makanan semua haiwan RM10.00. First sekali kite tengok kura-kura dan penyu! Tempat ni mmg one of our favourites! Sbb semua bebas berkeliaran







Tempat kambing ni best! semua sibuk mengejar nak makanan. Kalau tak pun, sibuk je dekat2 kite













Ni ruangan kegemaran Danish Ilham hihi.. lame die duduk situ, duk belai bunny. Sebenar2nya mmg die nak sangat bela dan die tau parents die tak bagi bela, jadinya die main la puas2 dgn bunny kat situ


Kat tempat bunny pun ade mereka2 ni hihi









Comel gile anak2 kambing ni dok menjerit2 mengikut orang ni. Manja betul.. haaaih.. rase mcm seronok keje mcm ni kan 

Di luar kawasan bunny tu ada longkang/parit penuh ikan2. Kat situ boleh main tangkap2 ikan. Tapi kene lepaskan semula. Bukan senang nk tangkap ikan tu pun, tapi seronok!









Ni di ruangan burung/ayam plak. Kemain burung ni bertenggek atas kasut.. nasib baik tak kene berak hahaha














Kami pun tak sangka bahagian ni terbuka dan boleh masuk main dgn rusa :) tapi sayangnya kami dah kehabisan makanan, tak dpt kami bagi diorg







Ade juga kolam besar dan banyak ikan. Boleh beli makanan kat mesin ni










Kemain susah bawak racoon ni naik ke kayu ni hihi.. tp dapat jugak akhirnya
























Selain tu ada la beberapa haiwan lain yang boleh kite tengok :) Penat jugak la kite abiskan lawatan. Dalam 2 jam 30 minit nak 3 jam jugak














Danish beriya nak usik fox ni tp tak boleh huhu.. comelnye



Danish nak sangat pony ride tp tutup. Bermain dgn pony jela nampaknye






Tak sangka budak kecik ni berani nak usik2 ular / iguana.. hihi..
Yang die pegang ni Blue Tongue Skink











Alhamdulillah overall trip ke Farm In The City mmg tak pernah mengecewakan dan banyak improvement berbanding dgn trip yg lepas. Last trip pun dah seronok. Tempat bersih dan tak berabu. Walaupun baru lepas hujan malam semalam. Mmg akan pegi lagi di masa akan datang. Kami mmg lebih suke melawat taman haiwan (animal farm) berbanding dgn zoo. Kanak2 lebih puas tengok haiwan dengan lebih dekat, boleh sentuh dan bermain dgn haiwan.


Lepas tu kite lunch ikan bakar :)


3 comments:

  1. wahhhh bestnyaa..x kesampaian lagi nak bawak anak gi sini..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang la sini.. setakat ni tak mengecewakan hihi..

      Delete
  2. casino games, rules, payout, withdrawal - DrMCD
    The dealer is 의정부 출장샵 not 김포 출장마사지 eligible to offer a slot, but 용인 출장안마 the 안양 출장안마 player gets 공주 출장샵 to play a table or two. If there are no rules for placing bets on slots,

    ReplyDelete