Add

Monday, November 8, 2021

Hilton Kuala Lumpur Birthday Staycation

Semua dah berpusu-pusu pulang ke kampung dan bercuti ke Langkawi hihi.. tapi kami hanya bercuti di Kuala Lumpur sahaja sebab dah rancang dengan lebih awal. Minggu depan la kite pulang ke kampung ye. Selepas lawatan kami ke Farm In The City dan makan tengah hari di Jalan Bellamy, kami terus ke Hilton Kuala Lumpur untuk check in. Kami tak berapa suke sangat nak lokasi hotel ni sebab rase mcm tak de ape2 untuk kami berjalan kaki, bersiar-siar. Kami lebih suke menginap di hotel yang terletak di dalam bandar. Tapi satu-satu sebab kami tertarik untuk cuba menginap di sini sebab ada kolam renang yang cantik dan slides! Jadinya bile ada anak ni, kite fikir mcm tulah haha


Cantik pemandangan dari bilik hotel, mengadap hijau-hijauan dan nun jauh dari kesibukan kota





Bilik die bersih dan besar jugak. Ada day bed. Memang tempat tidur Danish Ilham la.. hihi








Letih jugak melayan.. Dah mandi swimming pool, sambung plak di bath tub.. Setiap kali yee


Antara yang best, toilet die sebijik mcm kat Jepun.. Memang best. Cume tak de music, bunyi-bunyian unggas di hutan dan dryer je haha


Kedudukan bilik ke bathroom. Ada sliding door. Mmg tutup belah bath tub utk mengelak basah budak ni main air









Amboi.. melayan nampak.. lepak termenung, sambil minum coffee







Sebab bukan kat rumah, jadi kami biar jelaa.. Masa ni je boleh buat


Jom pegi swimming!
Norma baharu, kalau nak pegi swimming pool memang kene book dulu slot. Kami memang awal2 dah call, book pagi, petang setiap hari hihi. Memang betul2 puas abiskan masa di swimming pool, sebab masa yang diperuntukkan hanya selama 1 jam. Jangan turun lambat, nanti rugi. Kadang-kadang memang security tak strict, tapi setiap orang ade pakai wristband, so kantoi kalau kite slot lain :)
Dari segi swimming pool, memang Hilton Kuala Lumpur lah yang paling menjadi pilihan utama kami. Slides die best, mak bapak pun sibuk main, ade waterfall, ada gua.. seronok budak2 main kat situ. Pemandangan pun cantik, banyak pokok2..








Mak yang over






















Daddy mengurut katenye



Ni trip yang ke berapa ntah


Daddy juga tidak ketinggalan











Jom outing!



Antara yang best di sini ialah breakfast.. Tapi tulah, kami bukan pemakan sangat, so amik sikit utk semua menu.. overall sedap dan banyak pilihan











Di Hilton Kuala Lumpur kami tak berjalan sangat pun, just ke Nu Central je, tp nampak mcm hambar je sbb banyak tutup. Tak pasti sebab tutup awal atau tutup sbb tak survive mase PKP. Sekali tu kami saje jalan2 ke KLCC, nak pegi makan mamak je pun hihi.. tapi dapat lah melayan roti canai dengan pemandangan KLCC di NZ













Esok malamnye, tak sangka ada tetamu datang meraikan hari jadi :) Ya Allah terharunye.. Susah2 adik-adikku datang, bawak buah tangan dan kek kegemaran!! Semoga semua dimurahkan rezeki.. Seronok Danish dpt jumpe uncle & auntie. Selepas tu sempat lah kami lepak makan sekejap di Nu Central







Pandai adik ipar pilih kek.. Ade jugak kek kegemaran husband! 





No comments:

Post a Comment