Add

Thursday, May 11, 2023

Port Dickson Picnic Debut

Tak pernah-pernah berkelah di Port Dickson. Setiap kali ke Port Dickson mesti bermalam kat hotel atau singgah sekejap, terus balik. Tibe-tibe terasa nak lepak2 pasang khemah, chill depan pantai. Berangan bukan main. Semenjak anak suka aktiviti outdoor ni mak abah pun serobok melayan. Hiking la, comping la.. Bukan melibatkan banyak kos pun. Tapi kami br level beginner la. Takde la fancy2. Sbb jenis tak suke susah-susah hihi.. Asal dapat rase-rase cukup lah.


Kesian budak kecik ni. Kat rumah sibuk berkhemah


Kitorang cuba tak nak packing banyak sangat barang. Cube light packing seboleh yang mungkin


Beriya plak beli. Kat rumah xde stok. Orang lain brew kopi ms camping. Kami pakai 3 in 1 je hahah. Dasar pemalas


Ni pun rase mcm beriya sangat. Mcm nk pindah rumah. Nak pegi berkelah je pun




Area pantai batu 5 ni dah lama kami tengok. Ms stay kat Avillion Admiral Cove hari tu, kami tengok tempat ni mcm best utk kami pacak khemah. Tak ramai orang, tak crowded. Bersih. Cume jauh skit dari pantai.



Biasa hari minggu kat sini banyak event. Nasib baik hari ni xde ape2



Nampak tak kegigihan di situ



Kat luar khemah punyelah sedap berangin, budak kecik ni nak jugak lepak dlm khemah



Bagus juga orang yang uruskan tempat ni. Masa kami mula pacak khemah, orang tu datang letak tong sampah yang besar (sebelah kereta). Walaupun kami dah siap2 bawak plastik sampah, tp sangat2 appreciate die letak tong kat situ. Jadi takde alasan yang menjaga kebersihan kawasan pantai




Dapatlah juga panggang ikan. Cume tersilap tertinggal pemanggang. Masak atas flat pan je


Masa ni rezeki orang tak ramai. Mungkin sebab musim heat stroke, musim cuti panjang (Hari Pekerja/Hari Wesak) atau orang tak abis raya lagi.



Best gile bile air dah surut. Boleh tengok ketam










Untung la ade lifeguard


Musim panas ni kene banyak-banyak minum air ye






Ni la masalahnye bile berkhemah bawak dapur siap, keje nye makan je


Berehat sekejap.. lepas sambung lg mandi. Sampai lebam







Ade juga beberapa family yg berkelah kat tempat yg sama. Takdelah sunyi sangat

















Giliran mommy plak jadi lifeguard





Alhamdulillah walaupun cuaca panas, tapi berangin. Jadi bile lepak dalam khemah takdelah panas.. Dingin je.. best!


Apelah ciptaan budak kecik ni



Boleh plak motor ice creram dtg kat khemah.. Seronok la lepak makan ice cream


Yang bestnye area ni senang nak pegi mandi/tukar baju. Ade toilet. Bersih!


Sebagai N9 speaker, i don't approve hihi

Sebelum balik kami lepak makan kambing & pekene cendol kat PD Famous Cendol. Tapi mcm dah xberapa best la kambing die. Makan sejuk2 plak tu. Panaskan pun tak. Kalau dulu, meriah org duk masak kambing, makan panas-panas. Tapi cendol die tetap tak mengecewakan. Best!

Husband ajak next time pegi berkhemah bermalam plak. Adoiii.. Saya ni dah jenis manja-manja, reti ke berkhemah? hahaha

2 comments:

  1. Tong sampah tu dia bagi mcm xde penutup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, tak silap takde penutup. Tapi diorg dtg letak, collect sampah dan simpan balik bile kitorang balik

      Delete