Add

Monday, May 8, 2023

Taman Tugu Hiking Trail, Kuala Lumpur

Nak cuti Hari Wesak, mommy saja tanya anak, nak buat ape esok? (niat di hati nak tanye, nak makan apa-apa yang spesial esok?) Tiba-Tiba die cakap "saya nak pegi hiking...!" Argh tibee.. So mommy di ofis survey2 la mana tempat simple boleh hiking. Siap request nak hiking dalam hutan haha..

Dalam Klang Valley banyak je tempat nak hiking. Pilih la, nak panjat bukit, nak pegi taman, nak pegi air terjun, nak masuk hutan, semua ada. Kami pilih tempat paling mudah, dekat, simple tapi dalam hutan. Saje suke2 nak jalan santai. Hari cuti umum malas nak penat-penat. Jadi atas recommendation adik ipar, kami ke Taman Tugu Hiking Trail, berdekatan dengan Tugu Negara. Niat di hati nak gerak awal, tapi biasalah.. cita-cita tinggi selalu terkucil. Sampai sana pukul 8 lebih jugak. Kami tak tau nak ke mana jadi terus ikut laluan tumpuan ramai.


Sebenarnya ada banyak entrance utk setiap trail, jadi siapa yang familiar, die tau la mane nak masuk utk trail tertentu. Macam kami, first time, tak familiar. Hentam je. Masuk-masuk tu ade gerai-gerak, cafe, persembahan akustik dan playground. Meriah gak







Petang yang menunjukkan check point dan trail mengikut warna. Macam kami, tak silap kami melalui trail warna biru - Laluan Tapak Semaian (paling dekat dengan entrance utama). Trail tu sangat mudah, tak jauh (1 km +) dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas.





Tempat ni mmg sangat-sangat organized, properly labelled dan sangat selamat. Bawak budak2 pun tak risau. Boleh semak setiap check point. Untuk laluan biru (Tapak Semaian) ada 7 check point je. Punye la cepat abis, sampai kami jalan lagi 1 lap. Datang awal best, parking banyak dan tak beratur. Kalau orang ramai, parking jauh & nak masuk trail pun jammed.













Budak ni terlebih berani, main masuk je ntah mane2 denai








Selesai hiking, kami ke Tugu Negara plak. Kecewa gila. Ntah ape-ape. Beberapa tahun dulu kami dtg, area ni tutup untuk pembaikan. Kali ni masih dalam pembaikan yang tak nampak lansung apa-apa progress. Lagi teruk, lansung tak dibenarkan masuk. Laluan untuk ambil gambar Tugu Negara pun takde. Ambil dari belakang je boleh. Kebetulan plak ada beberapa bas pelancong yang datang nak melawat. Datang sajeela. Memalukan. Padahal tempat ni sangat cantik dan boleh dibanggakan.








Selepas kecewa dengan Tugu Negara kami terus cari tempat minum-minum di Dataran Merdeka. Adik ipar bawak kami ke ARCH Cafe. Parking kat basement Dataran Merdeka, lepas tu jalan depan Banguan Sultan Abdul Samad. Betul-betul mcm pelancong la :) Kebetulan plak sampai bas-bas pelancong dari Tugu Negara tadi hahaha.. Sakan mereka bergambar







Masa ni masih awal, jadi orang tak ramai. Adik ipar dah register dulu awal untuk dapatkan tempat








Pastry die sangat la sedap, cume menyesal tak beli plain croissant.. terbeli semua yg manis2 plak. Lepas makan boleh jalan-jalan tengok exhibit die. Menarik!























Berminat betul die tengok hiasan kayu tu. Semua die nak beli



Keluar-keluar je orang penuh beratur.. Fuh nasib baik kami dah selesai awal


Di tengah-tengah panas ni la Danish request nak naik Hop On Hop Off Bus ni.. Adoi.. lain kali ye nak.. kite pegi malam2, best boleh tengok lampu-lampu





Mommy pakse amik gambar. Die dah badmood tak sabar nak balik, panasss


Overall outing hari ni short & sweet. Seronok! Boleh repeat lagi :)
Next time kite jalan hiking ikut trail lain plak

No comments:

Post a Comment