Wednesday, February 20, 2019

Port Dickson, Negeri Sembilan (Februari 2019)

Setakat pegi Port Dickson pun nak post kan.. hihi.. Dah lah aku orang Seremban. Tapi holiday ni seronok sangat, so kene share jugak. Impromptu holiday mmg selalu best. Husband tetibe nak bawak anak pegi mandi laut & stay 1 malam. Punyelah survey hotel yang ade pantai ok. Last2 pilih Thistle Port Dickson. Mmg tak menyesal :)

Pada pagi cuti Hari Wilayah, kami bertolak dari Cyberjaya ke Port Dickson. Just lalu Dengkil dan Nilai terus sampai kat Lukut. Takde tol. Nasib baik kereta tak banyak. Destinasi pertama kami ke Muzium Tentera Darat. Masuk percuma. Best gile aku rase. Cuaca plak cantik gile. Sepanjang perjalanan nampak pantai Port Dickson kebiru-biruan.

On the way nak ke muzium tu nampak tentera tengah berkawad













Kat belah belakang muzium tu, ade mcm taman. Ade banyak kolam ikan & jambatan gantung. Best gile lepak2 kat situ. Makanan ikan boleh beli kat kedai RM1/sebungkus. Bungkus besar plak tu. Mmg boleh bagi kat semua ikan di semua kolam





Mula2 bersemangat nak jalan kat jambatan gantung. Sekali tengok panjang gile. haha.. malas, so patah balik..













Sebelum ke hotel, kami singgah makan tengah hari dulu kat sini. Pekene nasi kambing, cendol durian dan mango float. Dah la cuaca panas. Mmg best gile. Kami dtg hari Isnin, tempat pun tak ramai orang. Hari minggu sebelum balik, kami singgah lagi makan kat sini. Ramai gile orang. Siap ms tu ade live band

Tak borong bende mmg tak sah budak kecik ni. Kat muzium beli segala toys tentera



Alhamdulillah selesai check in. Budak kecik tak sabar nak mandi swimming pool. Dapat bilik mengadap swimming pool dan pantai. Best!

Kami booking 2 bilik. Satu lagi untuk mak abah.





Banyak aktiviti kat hotel ni. Tapi tak masuk pun Lego Room. Kat rumah pun dah puas main Lego huhu.. tak heran budak ni. Sepanjang masa just main swimming pool & lepak kat pantai je.










Ade rabbit! :)

Kat tepi pantai ade jugak infinity pool



Pantai yang bersih, air pun bersih :)



Ade karaoke room. Sewa RM100/jam. Tapi aku tak faham kenapa open, xde blind/curtain..huhu






Malam ade tayang movie kat tepi swimming pool. Best gile. Siap bentang tikar, letak bean bag & seat. Tapi sayang, anak tidur awal plak. Penat sangat berendam swimming pool sampai 4 jam haha






Awal2 lagi budak kecik ni dah bangun, ajak pegi pantai









Check out tokmi & tokpa berendam kat belakang :)






Lepas main kat pantai, lepak kat infinity pool plak. Lepas infinity pool, sambung plak main air kat swimming pool. Dah sampai sunburn semua..
Overall, kami seronok gile stay kat Thistle. Pagi tu breakfast pun best. Banyak pilihan. Rugi kalau tak amik breakfast, mmg berbaloi. Facilities pun banyak. Seronok kalau budak-budak2. Swimming pool, slides, infinity pool, kids center, semua ada. Pantai pun best, bersih, luas. Mmg lepas ni kalau pegi Port Dickson boleh stay sini lagi.

No comments:

Post a Comment