Thursday, December 27, 2018

Hong Kong Disneyland Park (December 2018)





Sempena 11th Anniversary, kami ke Hong Kong Disneyland. Kami stay di Hong Kong Disneyland Hotel. Ticket masuk ke Hong Kong Disneyland dah beli melalui website. Amik 2 days pass, free popcorn sorang, dua HKD$15 off gift voucher sorang dan kami beli 3 in 1 meal voucher sekali (Lunch, Dinner dan Snack - ice cream/popcorn). Meal voucher mmg sangat berbaloi. Boleh pakai untuk meal set berharga HKD$149 dan ke bawah. Kalau lebih boleh tambah duit. Meal set di mana-mana restaurant (fast food/deluxe) mmg cukup complete, sekali dengan air. Confirm kenyang.

Beli tiket online. Nak masuk, just scan je ticket kat handphone. Nak discount barang2, redeem popcorn, redeem ice cream pun just scan handphone.

Kalau stay di mana-mana hotel dalam Hong Kong Disneyland Resort, free shuttle bus ade disediakan dan sangat kerap. So jangan risau kalau bas penuh sbb bas banyak gile. Lepas check in kami terus bersiap untuk ke Disneyland Park. Saje masuk lewat2 sebab mmg plan nak stay di Disneyland Park sampai malam (sampai tutup).

Masa on the way ke Disneyland, die singgah di Disney Explorers Lodge Hotel untuk ambik penumpang ke Disneyland Park

Pekerja hotel ade bagi sticker pd anak aku ms die nangis. Abis die tampal kat aku haha

Ni plak singgah di Hong Kong Hollywood Hotel



Bagus jugak datang Ahad petang.. At least orang dah tak ramai, lepas tu setiap weekend ade special appearance & shows sempena Christmas, compare dengan hari-hari biasa. Plus, Disneyland pada waktu malam mmg sangat2 best!




First thing, bende wajib kene beli - Mickey Mouse head band!





Seperti biasa, daddy mesti terlebih overexcited haha





Bende yang beriya mommy cari ialah bekas popcorn yang limited addition. Walau pun tak tau nk buat ape bekas tu lepas ni. That's Alien from Toy Story as Santa Claus. Voucher popcorn plak punyelah banyak kitorang dapat sampai xsempat nak redeem semua. Setiap kali redeem, boleh refill dalam tu. Popcorn die sedap plak tu! Make sure beli yang fresh ye..






Mase ni dinner kitorang pakai voucher. First time so kelam kabut sikit pilih menu. Kalau tau, aku pilih kids meal. Menarik jugak kids meal set, sbb semua tema ironman (tempat letak burger dgn fries)

Tema restaurant ni tema space/planets

Hong Kong Disneyland ni tempat free wifi.. yeay! jimat data/roaming








Best gile pegi Disneyland nak dekat christmas. Christmas deco yang sangat cantik pastu ade snow falls!




Our first ride kat Tomorrowland

Star Wars show ni pun di antara favorite aku. Tengok budak2 belajar jadi jedi, main lightsaber & lawan Darth Vader for real




Next time kalau datang sini, aku nak buat lightsaber! Tak de budget plak nk buat lightsaber sendiri. Boleh tahan jugak harge die.. Tapi oklah, mane nak dapat customized lightsaber, buat sendiri plak tu



















Mase muda-muda takde plak rase nak naik ride dalam Disneyland. Sejak ade anak ni baru terase nak naik rides kanak-kanak. Seronok rupe2nye..hahaha..








Pukul 9 ade parade before tutup, dalam pukul 8.45 malam, dah start nampak orang duduk tepi jalan. Petugas kat situ plak dah panggil untuk ambil tempat sebab parade akan start dalam 15 minit lagi. Kami mmg malas nak pegi ke area depan sbb nanti parade lambat sampai hahahaha.. Mesti anak aku bising sbb bosan lame menunggu. So kitorang duduk jauh sikit, dekat dengan tempat parade tu bermula. So takdelah tunggu lame sangat. Mase nak mula parade ni, diorang semua lampu bagi gelap gulita. Baru nampak meriah Paints The Night Parade























Abis parade, kami pun balik ke hotel..

Ni aku pesan kat anak aku. Jangan tidur! kang jenuh kami nak dukung hahaha.. terus segar


Esoknya, lepas breakfast, kami simpan bag dulu di hotel (free of charge) dan terus naik shuttle bus ke Disneyland Park. Mase ni hari Isnin, orang tak berapa ramai. Overall, oklah tak beratur sangat naik rides. Sampai tahap kami tak tau bile nak pakai express pass kitorang. Last2 pakai je ms rides Ironman.


Bukan main budak ni dressed up nak pegi Disneyland Park








Hari ni die sibuk nak beli bubble stick.. Lepas beli terus bukak.. Haih letih mommy kene tolong pegang..







































Untuk pengetahuan, Mystic Manor ni satu-satunye ride yang dibuat khas untuk Hong Kong Disneyland. Takde Disneyland lain. So jgn miss. Best!









Toy Story Land ni tempat favourite Danish Ilham sebab tgh obsessed dengan character Toy Story. Hari ni, siap pakai topi Buzz Lightyear, bwk toys Buzz Lightyear



Kami lunch kat Explorer Club Restaurant. Mase lunch kitorang pakai meal voucher. Puas makan sampai kenyang.. x abis plak tu makanan sebab banyak. Padahal makan bertiga. Ade makanan Jepun, Korea, Indonesia dan South East Asia. Tengok set makanan die mmg tempting. Tengah lapar plak tu. Restaurant pun cozy. Anak siap baring minum susu. Sangat2 best lepak situ. Tapi bukak lambat. Pukul 12 pm baru bukak




















Mase ni redeem voucher gambar. Kami pilih satu gambar ms breakfast dengan Mickey Mouse










Mase ni kat Hyperspace Mountain, aku dah gelabah sebab Danish Ilham sibuk nak naik roller coaster. Daddy plak sibuk encourage die naik roller coaster hahaha. Sampai ke entrance, tengok ketinggian die, lepas plak sebab lebih daripada 110cm. Hmm lepas la die masuk. Mommy tak berani sbb tahu dah, ride ni mesti extream sikit. So mommy lepak luar, makan ice cream & popcorn (redeem voucher lagi..!). Lepas 30 minit, nampak anak-beranak keluar, Danish Ilham berair mata.. Adoii.. Rupe2nye, die nangis takut ms naik roller coaster. Daddy pun terkejut jugak ride tu mcm a little bit extreme. Tapi tak pela, bagi die merase, mcm ni la rase naik roller coaster. Cume kesian sebab pengalaman pertama terus dapat roller coaster yang extreme. Haha..


Melepak sorang-sorang sambil tunggu Daddy & Danish naik roller coaster





Pujuk beli ice cream Darth Vader lepas nangis naik roller coaster hihi

Pukul 3.45 ptg kami dah ready tempat semalam untuk tengok Flights of Fantasy Parade. Kitorang mmg suke tunggu belakang2 sikit supaya parade tu sampai awal.. haha














Pergh nasib baik tak tunggu kat sini.. Punyalah ramai orang.. Kat sini semua berdiri rapat2. Kalau kat tempat belakang2 sikit, at least semua orang duduk.


Shuttle bus dari Disneyland ke hotel
It really was the happiest place in the world! Ade rezeki nanti boleh datang lagi, with better plan, more pocket money ;p and with more people which is merrier. And we definitely will come to Hong Kong again and again.

No comments:

Post a Comment