Wednesday, December 12, 2018

Hong Kong City (December 2018)






1st December 2018 ni genap ulang tahun perkahwinan yang ke 11. Last minit plan tetibe Air Asia buat promo free seat plak. Mmg murah sangat2. Hajat di hati teringin nak pegi Sapporo, dah lame tak main salji. Tapi tiket murah ke Sapporo masa Mei - Julai plak. RM500-600 je return.. Ingat kalau December ni nak la pegi tempat2 sejuk sambil tengok sambutan Krismas kat tempat orang. Last2 husband decide pegi Hong Kong. Nak bawak little Danish Ilham ke Disneyland katenye. Murah jugak tiket flight walaupun beli last minute RM1k+ untuk 3 orang/return ticket.

Pertama kali bawak Danish Ilham ke Hong Kong. Kalau sebelum ni, kami ke Hong Kong dan Macau. Di Hong Kong tak lama sangat, tp lebih lama di Macau. Kali ni mmg saje buat itinerary tak padat sangat supaya boleh rileks, free & easy, tak terkejar2. Nak menikmati pemandangan di Hong Kong siang & malam.

Dari rumah ke airport, kitorang drive je dan parking kat KLIA2. Bile calculate, lagi murah dan mudah berbanding naik Grab / naik ERL. Nasib baik dari rumah ke KLIA2 30 minit je. Takdelah bangun awal gile nak pegi airport. Flight ambil mase 4 jam. Budak kecik mmg sepanjang perjalanan agak sibuk.. Main toys, mewarna, tidur.. Mula2 merengek jugak masuk dalam flight sebab takde TV hahaha.. (Last time pegi Bali naik Malaysia Airline, die seronoklah tengok movie sbb ade entertainment)

Mase nak check in baggage, kitorang print bag tag kat kiosk machine pastu tampal sendiri kat baggage. Sampai kaunter, terus scan boarding pass dan letak bag. Terus jalan. Lansung takde berurusan dengan orang. Seriously aku kagum dengan Air Asia. Thumbs up! Cume kene pastikan berat tidak berlebihan ye. Sebab bile pakai system, tak boleh nak kawtim hahaha.


Always keep himself busy :)

Hmm toys tu baru beli kat airport. Tak dapat nak elak huhu


Order makan online, upgrade RM5.00 utk choc banana muffin & potato salad. Oh my godd.. sedap


Sampai je di Chep Lak Kok International Airport, aku terus beli kad Octopus. Kad Octopus yang lame dah hilang! tak jumpe :( rugi je kene letak deposit lagi. Satu Octopus Card untuk dewasa HKD$150 ($50 refundable deposit + $100 value). Aku mmg suke gile dengan Chep Lak Kok International Airport. Besar gile, best gile lepak kat situ. Cume agak besar kalau menapak nak boarding. Bile dah check in counter, kene naik train dari departure hall ke terminal mane (1 atau 2), pastu nak ke setiap nombor gate pun akan ade train. Jangan salah train ye. Kalau salah train, kau akan turun di nombor gate yang lain. Tak ke naya tertinggal flight. hahaha.

Chep Lak Kok International Airport




Naik train untuk ke Imigresen


Dari Chep Lak Kok International Airport, terus naik Airport Express ke last station - Hong Kong. Sampai di Station Hong Kong, jalan kaki dalam subway tukar naik Mass Transit Railway (MTR) plak. Turun di Tsim Sha Tsui Station, keluar subway betul2 opposite Masjid Kowloon. Tu lah landmark/guideline kitorang bile pegi jalan2 / nak ke apartment yang kitorang stay.






Nail colour yang membuatkan aku nak makan jari sendiri


Buat orang yang pertama kali ke Hong Kong, jangan risau. Anda takkan sesat. Signboard, guide bersepah2. Semua tarikan pelancong utama mesti akan signboard utk pengguna subway/kaki lima. Rajin membace je

Seronok jalan2 Hong Kong di bulan Disember. Sejuk je cuaca dalam 15-20 darjah celcius. Budak kecik ni acah mat salleh pakai seluar pendek!


Lepas turun di Tsim Sha Sui Station, jalan dalam 10 minit pastu sampai ke Yi Serviced Apartment. Nampak mcm tengah2 lorong. Agak meragukan. haha.. Tapi alhamdulillah apartment die best. Spacious, bersih, lengkap. Tapi kene bayar refundable deposit HKD$1000. Pengsan. Hahaha. Takpe, kite anggap duit tu reserve utk duit belanje kat Disneyland. lols.

Apartment ni dilengkap dengan meja makan, oven, dapur memasak, pinggan mangkuk, dll.


Bersiap sedia nak pegi jalan2 bandar Hong Kong malam2







Setiap level ade 2 unit je. Mcm penthouse pun ade

Seberang jalan je ade kedai Turkish Kebab Halal. Haih mmg heaven la. Balik mmg tapau.






Kowloon Mosque tengah renovate. Sooo big and beautiful





Hong Kong Space Museum

Senang, takyah susah2 melintas jalan yang sibuk. Lalu subway je.





Masa jalan-jalan ni kitorang main agak je jalan. Tengok signboard, agak2 laut kat belah mane pastu sampai..


Our little photographer took this photo! <3








Hong Kong Cultural Centre - Macam Istana Budaya


Argghh.. seronok gile tengok Christmas decoration. Mmg meriah gile kat Hong Kong.












On the way nak balik ke apartment, anak aku tidur plak.. Kesian husband kene dukung.. huhu.. Sebelum balik, kami tapau kebab. Fuh Sedap! Harge HKD$60 satu untuk doner kebab.

Kalau nak sandwich pun boleh. hahaha.. it's really cracked me up. Sooo "tempting.."


Punyelah besar, satu kebab potong dua. 1 makan malam, 1 makan sarapan. lols

Kesian Danish Ilham.. 5 pagi dah bangun, nak pegi airport. Gelap2 dah keluar rumah. Satu hari berjalan. Tidur awal die

Next day, kami jalan2 Hong Kong. Kami pegi ke The Peak & round2 Hong Kong Island. Kemain segar dan bertenaga budak kecik ni



Dari Tsim Sha Tsui Station kami ke Central Station

Selfie selepas terpisah dengan husband & anak ms nak naik train. So aku sampai dulu kat Central Station, tunggu diorang. Husband sampai je, nampak anak nangis. Sedih sebab ingat aku tinggalkan die.. adooii.. lols


Dari Central Station, kami keluar je dan follow signboard ke The Peak / Lower Tram Terminus. Tak sangka, jalan2 kejap je sampai. Tengok dalam google map / google street mcm jauh. Jalan lebih kurang 10 minit, terus jumpe St. John's Cathedral. Opposite tu nampak stesen tram ke The Peak.


Beriya kitorang membuang masa beratur. Dah beratur separuh, baru perasan ade queue untuk online purchase. Kami terus keluar queue, tunjuk ticket dah beli online. Pastu scan QR code dan terus masuk. Ade jugak orang yg tunjuk ticket booked kat website Klook / website lain yang offer ticket murah, tapi diorang tak bagi masuk. Tetap kene beratur dapatkan ticket.

Sambil2 menunggu sebelum keluar queue









Muke comel tu sikit masam sebab mommy x bagi beli toys..hihi









Seronoklah mommy & daddy bergambar sebab dah ade photographer ;p






























Dah tengah hari makin ramai plak orang kat The Peak. Nasib baik datang awal. Turun pun awal, takdelah beratur panjang. So kalau nak senang, awal2 naik tram. Pukul 8.30 pagi dah boleh naik. Tiket beli terus online kat website The Peak, tak payah beratur.


Turun dari The Peak konon2 nak pegi Hong Kong Park tp tak jumpe plak. Pastu anak aku dah sibuk nak naik double decker tram. Sambil2 ke stesen tram, kitorang jalan2 singgah kat taman yang ade.






Inilah tram yang si kecik ni sibuk nak naik. Harga HKD$2.60 tak silap untuk sekali naik. Tak kirelah turun kat mane. So kitorang round satu Hong Kong Island.
Ms bayar pakai Octopus Card pun tak pe. Punyelah lame duduk dalam tram sampai anak aku tertidur. Senang citer. Bolehlah kami pun berehat sambil menikmati pemandangan dari tram.







Tertarik sebab name stesen ni Arsenal Station. Mcm tube station kat London ;p

Iklan pengambilan polis




Lepas turun dari tram, kitorang jalan2 area Central Station. Kat situ nampak ramai gile Filipino lepak kat situ. Cume tak pasti kenape, sama ada lepak2 je ke, gelandangan ke.. tak pasti.





Tarian tiang ke?


Sebelum fly ke Hong Kong aku dah plan nak makan/minum ni! haha


On the way back, singgah Mc. Donald's kat Tsim Sha Tsui nak beli coffee & cake. Haaahhhhh sukenyeee... Aku beli Chocolate Layer Cake, Mango Layer Cake dan Crunchy Ovaltine Latte




Corn Pie. Sedap!

Antara makanan ringan yg sempat rembat di Hong Kong





Husband aku melayan bola. Malam2 kami rehat, tak pegi mana2.. penat dah kaki banyak berjalan

Doodle by Danish Ilham. Good night!
Esok pegi Disneyland! Yeay

No comments:

Post a Comment