Thursday, December 27, 2018

Hong Kong Disneyland Hotel (December 2018)






Hari ni semua orang excited nak pegi Disneyland. Orang tua pun sibuk excited. Lebih2 lagi nak bwk anak. Seronok sangat sebab cuaca cantik, tak hujan lansung dan sejuk nyaman je. Risau jugak bile aku check kat Instagram, beberapa hari lepas kat Hong Kong Disneyland hujan hari2.

Awal pagi dah check out apartment sebab dah buat online early check in. Kami pilih check in pukul 12.00 tgh. Dengan harapan dapatlah check in awal. Dari apartment kami terus ke East Tsim Sha Tsui Station > Nam Cheong Station > Sunny Bay > Disneyland Resort.




Eeii budak kecik ni mmg tak boleh duduk diam.. Nasib baik MTR station kat Hong Kong ni selamat dan tak terbuka ke landasan.


Nak jugak pegang sebab ade bentuk Mickey Mouse. Terpakselah mommy dukung haha





Train dari Sunny Bay ke Disneyland Resort mmg comel gile. Ms ni mmg orang dah start ramai, hari Ahad plak tu. Sampai di Disneyland Resort, kitorang tersilap dan tak perasan ade shuttle bas berdekatan dengan MTR station. Beriya kitorang menapak ke Disneyland Hotel sbb ingat shuttle tu mcm buggy, ade di mana-mana. huhuhu.. bengong kan. Mmg agak jauhlah jugak jalan. Nasib baik tempat die cantik, banyak pokok2, cuaca sejuk. Cume husband lah penat sebab pikul backpack. Kdg2 anak mintak dukung plak. Adoi..

Kenape daddy yang terlebih excited

Reversible bucket hat (Batman/Buzz Lightyear) by my cousin <3








Sampai je kat Disneyland Hotel, dalam hati risau plak, berapalah ribu lah agaknya deposit sebelum check in ke hotel. Nasib baik tak kene bayar deposit. Fuuh.. Ms check in tu arrange terus breakfast untuk esok. Kami pilih sesi breakfast pukul 7.30 pagi. Cume kami tak dapat masuk bilik kami lagi sebab semalam fully booked dan tak de bilik yang siap. So kami tunggulah sampai pukul 3.00 petang.

Sementara nak tunggu pukul 3 tu kitorang explore abis kawasan hotel. First, kitorang pegi Mickey Maze, tengok pemandangan tepi laut. Sambil2 tu anak main dengan husband kat maze. Lepas tu pegi playground. Dah penat main kat playground, pegi plak swimming pool. Sempatlah jugak budak kecik ni mandi kat indoor swimming pool jap.





Bilik TV disediakan sambil2 menunggu

Senarai aktiviti yang disediakan di ketiga-tiga hotel kat Hong Kong Disneyland. Boleh je join semua aktiviti di mana-mana hotel










Pose spontan bile husband suruh pose ;p

Antara tempat paling Danish Ilham suke main dengan daddy







Agak janggal kat sini tengok swimming pool dan playground kosong. Sebab semua pegi Disneyland & ade banyak aktiviti untuk kanak2 kat dalam setiap hotel





Kat swimming pool siap ade life jacket size budak2. Tapi Danish Ilham tak berapa suke pakai life jacket. Die suke arm floats lagi huhu





Sape anak2 perempuan nk make up / melawa pakai princess gown, boleh pegi sini.. Semua accessories ade jual.





Tak sempat nak masuk. Mase tempat bukak, kitorang dah nak check in, nak rehat dan nak ke Disneyland


Budak kecik ni sibuk main sampai tercabut tali kat tiang tu. Kene marah dengan mommy. Mase menangis, datang pekerja kat situ, pujuk Danish Ilham dan bagi sticker. :)

Semua orang dah dapat bilik. Kitorang punye bilik lambat plak siap :(
Nasib baik Danish Ilham tak meragam/merayau2. Lepaklah sekejap dalam bilik ni


Untuk bilik, dpt free upgrade ke Deluxe Room dan kami pilih Ironman room deco. Kalau untuk girls ade juga bilik tema Frozen, princesses dan lain-lain


Diorang hias bilik dengan runner Ironman, bagi selipar tidur Ironman, macaron
dan hiasan-hiasan lain. Selain daripada tu, bile book bilik online, kami dapat voucher print gambar dan priority line untuk 1 ride di Disneyland Park. 


Toiletries box yang aku buat pencil box. Comel! 

Selipar tidur yang disediakan tetap ade - Christmas theme! <3

Argh.. this is one of my favorites! Bathrobe size budak-budak pun ade



Bilik kami mengadap depan, so pemandangan xberapa menarik.. kalau mengadap ke laut/pool, rate die mahal sikit

We are ready for Disneyland!


Balik dari Disneyland, sempat kami jalan2 kejap kat area hotel





Amboi hari2 berjam2 mandi dalam bathtub. Takpelah mommy bagi peluang


Masa pegi Disneyland, punyelah banyak gift voucher kami dapat. Sampai tak abis pakai. Rugi je. Kalau tau, kami beli setiap bende pakai voucher. Hotel bagi HKD$10 off voucher x 3, pastu masa beli ticket Disneyland online dapat lagi HKD$15 off voucher x 6! Rugi plak shopping sebelum check in hotel pastu tak tau sebenarnye semua gift voucher boleh pakai kat mana-mana kedai Disneyland merchandise. Kami beriya beli kat dalam Disneyland Park. Padahal kat hotel pun boleh pakai.

Ni plak voucher yang aku dapat mase beli ticket Disneyland



Melaram pakai bathrobe. Ninja katenye ;p





Kesian hari cuti kene bangun awal pagi lagi.. Sebab nak breakfast dengan Mickey Mouse!

Enchanted Garden Restaurant



Banyak variety makanan kat sini. Sedap! Cume makanan bertema Mickey Mouse / Disney untuk kanak-kanak sangat2 la kurang. Harap waffle bentuk Mickey Mouse jela. Seronok juga ade roti canai, cereal, porridge, dim sum, dll kat sini. Senang anak kami makan.. sbb die suke roti canai..hihi


First character yang datang tempat kami.. Pluto! Pandai die bergurau dengan budak2. Seronok gile diorang..


Professional photographer pun ade amik gambar. Kalau berminat, boleh pegi kedai gambar, bawak card dan boleh print


Awek2 Jepun denga meja kitorang ni mmg peminat tegar character Disney. Bawak segala soft toy Disney, album gambar, etc. Pastu excited gile ambik gambar, mintak sign..










Awww. Comelnye Danish Ilham amik gambar kami



Lepas breakfast tu ade program Taichi dengan Goofy. Selalu buat kat Mickey Maze (kat luar), tp kali ni die buat kat lobby plak. Panas kot


Dah bersiap untuk check out dan nak ke Disneyland for second time!


Bersemangat nak kejar shuttle bus ke Disneyland Park. Luggage semua boleh simpan kat hotel. Free of charge :) kalau nak simpan kat Disneyland Park pun boleh tp kene charge HKD$50/bag

Tidur kepenatan selepas balik dari Disneyland sementara daddy amik luggage

Toilet di hotel <3

Express checkout & kad bilik boleh ambik untuk souvenir :)

Stationery set yang mommy berkenan haha.. Mommy yang beriya beli sbb tau anak suke main shield mcm Captain America




Best gile duduk hotel ni. Tapi sekali sekala boleh lah.. nak merasa. Tapi kalau ade rezeki ke Hong Kong Disneyland lagi, lebih convenient kalau stay di salah satu hotel di Disneyland Resort. Ade lagi beberapa hotel yang lebih murah dan shuttle bus ke Disneyland disediakan. Kalau pegi ke Disneyland, lagi bagus beli 2 days pass. Lagi untung, tak penat dan boleh explore semua, tak terkejar2. Kalau check out the website, mcm-mcm offer untuk booking bilik hotel, entrance ticket, makan di restaurant dan dll. Yang paling di Disneyland Resort, semuanya mesra kanak-kanak!!

No comments:

Post a Comment