First night masing-masing semua tidur lewat, penat sangat lepas check in. So esok paginye kami gerak lewat sikit ke Kyoto. Dari apartment kami jalan kaki ke JR Shin-Imamiya Station. Masa ni kami pakai Kansai Area Pass (3 days pass) untuk ke Kyoto. Perjalanan Kyoto > Osaka > Kyoto. Di Osaka kami naik train Haruka Hello Kitty.. comel :) Sepanjang perjalanan dalam 45 minit Kyoto, kami sempatlah berehat dalam train. Sempat tidur sekejap.
Destinasi pertama kami ke Arashiyama Bamboo Grove dan station paling dekat ialah JR Saga-Arashiyama Station. Dari station, jalan kaki dalam 10 minit ke Arashiyama Bamboo Grove. Boleh nampak orang ramai2 menghala ke sana. Kalau terlajak, akan terus jumpe Togetsukyo Bridge. Make sure jangan terlajak. Sebab simpang ke hutan buluh tu kecik je, takut tak perasan.
|
Kilang coklat Meiji |
|
Boleh plak ada sawah padi kat area perumahan.. Hampir setiap rumah ada kawasan kecik sawah padi |
|
Perjalanan dari JR Saga-Arashiyama Station ke Arashiyama Bamboo Grove lalu kawasan perumahan dan kami singgah beli ais krim |
|
Masa ni on the way ke Togetsukyo Bridge. Mak nak makan crepe.. sedap sungguh :p |
|
Togetsukyo Bridge |
|
On the way balik ke JR Saga-Arashiyama Station, Danish Ilham request nak beli capsule toys. Bermulalah episod ketagihan kami membeli capsule ni. hahaha |
|
Secara tak sengaja, kami lalu di Kimono Forest. Tempat ni lebih menarik kalau kite pegi pada waktu malam. Sebab tiang tu ada lampu dan berwarna-warni |
|
Antara snack kegemaran |
|
Kebetulan lalu kedai sewa baju kimono untuk 30 minit - 1800 yen :) Payah jugak nak cari yang boleh sewa 30 minit.. Kebanyakannya sewa 1 hari - 3000-4000 yen. Bukannya aku suka sangat pakai kimono ni.. Pakai 3 lapis, bengkuk keras, berat, susah nak jalan. Setakat nak merasa, sakan bergambar, cukuplah.. |
Lepas selesai aktiviti kat Arashiyama, kami ke Kyoto Station, cari makan tengah hari. Masa ni Danish Ilham pun dah penat dan nak tidur. So kami terus cari restaurant yang sesuai nak makan. Lepas lunch, kami ke Fushimi Inari Taisha (Orange Poles Temple). Mak dah penat, nak berehat kat cafe. Jadi mak lepak makan waffle dan minum coffee kat Kyoto Station. Kami proceed ke Fushimi Inari Taisha.
|
Kyoto Tower |
|
Udon dan telur |
|
Udon, fish cake dan udang tempura |
|
Husband makan sambil pangku anak tengah tidur :) |
|
Kalau nak ke Fushimi Inari Taisha boleh turun di JR Inari Station. Depan station je dah boleh nampak tiang orange. Tempat ni memang tempat favourite Danish Ilham sebab die kate mcm Ninja Temple / Ninja Castle. Mentang-mentang dah tidur, dah makan.. terus bertenaga nak panjat tangga sampai ke hujung |
Danish Ilham memang tak puas lagi panjat tangga kat Fushimi Inari Taisha.. Dia kate nak sampai ke hujung.. Semua orang tak larat dah huhuhu.. Last-last daddy offer nak belikan capsule.. hahaha.. nasib baik die berkompromi dan setuju nak balik. Mase mmg sangat-sangat beruntung, first time tikam terus dapat Gundam! Loveeeee. Mmg berbaloi.. walaupun mahal dalam 500 yen tapi keluaran Bandai.. Mmg cantik!
No comments:
Post a Comment