- Explore Kansai : Kuala Lumpur - Osaka
- Explore Kansai : Dotonbori, Osaka
- Explore Kansai : Tempozan, Osaka
- Explore Kansai : Kyoto (Arashiyama and Fushimi Inari Taisha)
- Explore Kansai : Kyoto (Nijo Castle and Yasaka Pagoda)
- Explore Kansai : Kobe
- Explore Kansai : Nara
Semalam tidur nak dekat pukul 3 pagi. Pegi merayau kat Mega Don Quijote. So esoknya keluar apartment lambat hihi.. Destinasi ke Kyoto lagi cuma kali ni nak ke Nijo Castle, Yasaka Pagoda (Hokanji Temple) dan Gion. Disebabkan keluar rumah lambat, jadi mengadaplah matahari terik kat Nijo Castle. Kalau nak ke Nijo Castle boleh turun di Nijojo-Mae Station (Kyoto City Subway Tozai Line). Dari station boleh terus nampak Nijo Castle, just jalan kaki dalam 100 meter.
Beli makanan ikan di vending machine |
Keluar daripada Nijo Castle kami terus naik bas ke Kiyomizu-michi Bus Stop. Mase ni main hentam je naik bas huhu.. nasib baik die berhenti kat station yang betul. Konon-konon plan nak beli Kyoto Unlimited Pass (Subway + Bus = 900 yen). Bile dah panas dan penat, terus malas..hahaha. Last2 naik bas pakai ICOCA je. Xyah pening kepala. Sampai je kat station bas, terus jalan kaki ke Yasaka Pagoda (Hokan-ji Temple). Boleh nampak dari jauh sebab Yasaka Pagoda ni tinggi dan boleh nampak di celah-celah lorong.
Di Yasaka Pagoda kami berhenti makan tengah hari, makan ais krim dan beli air di Starbucks. Tak taulah, setiap hari mesti nak beli crepe / ais krim. Suke betul. Starbucks plak mmg kegemaran aku. Beriya survey map/google street nak cari the first tatami Starbucks outlet ni.. Memang unik dan susah nak jumpe. Mcm camouflage di tengah-tengah kedai. Rupe semua hampir serupa. Alhamdulillah dapat jumpe. Of course dalam tu kalau nak lepak penuh dengan orang. So, kami tapau je. Sempat lah singgah ambil gambar.
Hampir-hampir tak nampak Starbucks. hihihi |
Hari Ahad.. mmg ramai orang.. |
Dari Kiyomizu-michi bus stop, kami ke Gion-shijo bus stop. Nak shopping di Pontocho Alley dan Shinkyogoku. Turun je dari bus terus nampak jambatan menghala ke Pontocho Alley. Jalan dalam a few hundres metres, nampak kedai-kedai. Sempatlah kami membeli-belah buah tangan. Harga oklah jugak.. T-shirt dalam 1000 yen. Oklah tu, malas nak survey dah. Sehari sebelum tu Danish Ilham beli baju ninja. Hari ni die nak beli pedang samurai plak haha..
Kesian anakku... dah penat, mintak dukung.. bile nak membeli, kemain plak memilih barang..hihi.. |
No comments:
Post a Comment