Monday, August 19, 2024

Gua Tempurung, Gopeng, Perak

On the way balik ke Cyberjaya, kami singgah di salah satu wishlist mommy. Harap daddy & Danish Ilham bersabar ye haha.. pertama kali sebenarnya trip ke gua ni. Tak pernah tau pun tempat ni dekat dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas. Ada beberapa pilihan tour Gua Tempurung. Yang santai ada, yang extream pun ada. Yang kering ada, yang basah pun ada. Pilihlah..

Teruja sangat tengok keindahan stalagmit dan stalaktit dan bentuk hakisan angin dan air pada gua. Kami lupa plak nak cari bentuk-bentuk hamparan unik yang dikatakan berada di setiap platform. Bile dah jalan, sibuk amik gambar, lupa dah.. Gua Tempurung ni jugak tempat persembunyian komunis pada zaman dahulu. Ada juga lukisan dan tulisan yang ditinggalkan. Masa ni takde kelawar sebab bukan musimnya. Kalau nak tengok kelawar, boleh datang melawat pada bulan April hingga Jun.


Hanya 20 minit dari Ipoh. Masa kami pegi ni hari Sabtu. Tak ramai orang pun walaupun tengah hari di hari minggu. Mungkin bukan tumpuan pelancong tempatan kot. Parking pun kosong je. Oklah rezeki tenang-tenang di sini















Ok boleh test kasut baharu :) Thanks daddy
Nike Pegasus 41 memang best utk jogging/berjalan jauh. Memang terbaik




Serba-sedikit maklumat tentang Gua Tempurung














Salah satu dari group wet tour. Syok kan?


Nampak tinggi tapi anak tangga die kecik-kecik, jadi takdelah terasa penat. Di dalam terasa dingin dan sejuk






































Platform terakhir untuk Tour 1 - Golden Flowstone



View yang sangat menakjubkan dari atas










Masa ni dah makin ke dalam. Makin kedap, takde satu pun bunyi gema. Agak seram jugak. Haha..







Inilah penghujung Tour 2 (Dry Tour) - Platform Top of the World. Kalau untuk Tour 3 dan 4 (Wet Tour) boleh turun bawah.. nun jauh ke bawah.. adventurous kan!
























Pekene air sejuk, ais krim dan keropok lekor dulu sebelum balik.
Thanks guys melayan mommy hari ni :)
Happy la sebab semua pun kagum tengok keindahan Gua Tempurung. Satu kelainan buat trip kali ni





Bukaan Gua Tempurung


Marilah kita pulang