Monday, August 19, 2024

Birthday Boy to Ipoh!

Kami buat surprise birthday trip untuk Danish Ilham tapi tak berapa surprise hahah sebab ada banyak lagi surprise lepas-lepas ni. Last time ke Ipoh kami tak enjoy sangat tak dapat nk explore. Kali ni oklah walaupun tak lama di Ipoh. Sebelum ke Lost World of Tambun kami ke Concubine Lane untuk minum-minum dulu. Seronok jugak, jalan-jalan cuci mata, beli makanan ringan, tengok cafe-cafe tempatan yg menarik. Cuma sayang tak dapat nk singgah. Lain kali kite cafe hopping plak! :)




Beli satu Uno No Mercy. Memang dah lama cari








Singgah minum di sini sekejap - Platf9rm Cafe & Brew / Platform 9 1/2 Cafe.
Danish Ilham pun minat dengan Harry Potter. Cafe yang cantik. Kami pegi pagi jadi orang tak ramai, boleh la explore cafe ni. Minuman pun sedap cuma tak banyak pilihan makanan


Nak sewa costume Harry Potter pun boleh


Ala-ala di Platform 9¾, King's Cross Station di London

















Chocolate Float, Salted Caramel Machiato dan Butter Cream Soda Float. Semua sedap. Butter Cream Soda die best sebab tak muak & tak manis. Kalau Butter Bae di Zus tak rase sangat butter beer, lebih manis dan berkrim - muak.













































Kita makan tengah hari dulu sebelum ke Lost World of Tambun

Esoknya selepas sarapan pagi kami ke Kong Heng Square. Area Concubine Lane tu jugak. Jalan-jalan tengok kedai dan cafe yang estetik. Best!











Jangan lepaskan peluang singgah di Book Xcess di Kong Heng Square. Ia merupakan bekas bangunan bank lama. Yang bestnya semua buku-buku di susun dalam bank's vaults dan peti simpanan deposit. Di sini juga ada muzium penggiat seni Yasmin Ahmad - Yasmin at Kong Heng. Hiasan-hiasan lampu neon pun cantik dan unik. Ala-ala nk turun ke secret underground night club hahaha









































Ini hanya salah satu cafe yang kami beli tapau. Banyak lagi cafe berdekatan yang best-best!
Next time okay!










Happy Birthday Danish Ilham! Seronok die makan brownies panas-panas. Favourite!
Mommy & daddy bagi kejutan pertama dgn jam tangan idaman. Beriya dia nak jam tangan mcm daddy warna black & gold. Susah jugak nak cari untuk tangan remaja tapi jumpa juga. Alhamdulillah anak ini mudah gembira, easy to please. Asalkan kene dengan taste dia, seronok dia. Walaupun murah, tapi dia tetap pentingkan kriteria tertentu. Kadang-kadang pun susah juga haha






No comments:

Post a Comment