Monday, August 19, 2024

Lost World of Tambun (Danish Ilham's Birthday)


Happy Birthday Danish Ilham! Setiap kali pegi Sunway Pyramid, nampak iklan Lost World of Tambun mesti dia akan cakap teringin nak pegi Ipoh. Mom & dad diam je tak cakap ape, kami suka tak layan depan-depan, walaupun dalam hati, satu hari nanti memang kita kene pegi sebab tempat tu memang best! Birthday 2 tahun lepas kami ke Sunway Lagoon. Kali ni kami senyap-senyap beli tiket Lost World of Tambun dan booking hotel untuk bagi kejutan. Kebetulan baru-baru ni dia ada plak baca petikan dalam buku teks bahasa Inggeris pasal Trip to Lost World of Tambun. "Mommy, macam best je Lost World of Tambun ni... nampak seronok!". Mommy jawab mcm tak berminat, "Mommy pernah pegi tempat dia, ok-oklah tempatnya.. jauh tu. Di Ipoh...". Si anak ni layan je la mommy.

Seperti biasa kami bertolak pagi pada hari bekerja. Sebab tak mau ramai orang. Cuma traffic jam bertembung dengan orang nak pegi keje je la. Kami terus ke Ipoh dulu untuk breakfast dan lunch. Lepas tu baru ke Lost World of Tambun.


Bila sampai di sana memang seronok la. Beriya nak bergambar depan patung kucing ni, sebijik macam dalam buku teks. hahahah



Lepas lunch baru kami masuk sebab tak nak masuk awal sangat, takut penat. Kami rancang nak stay sana sampai malam








Banyak betul perubahan selepas lebih 10 tahun dulu. Kagum sangat dengan tempat ni








Comel tak toilet?


























Teringin sangat nak lepak minum-minum kat sini tapi dah kenyang plak. Budak kecik ni dah tak sabar nak main roller coaster, nak main air





Lebih 10 tahun yang dulu, area ni ade tasik. Kami ingat lagi kami naik paddle boat lalu bawah Needle of Tambun. Sekarang semua kawasan ni dah tambak dan di tambah dengan taman haiwan, camp site dan cafe. Cantik sangat..



2 gambar di atas pada tahun 2011.. fuhh 13 tahun yang lalu









Kami plan betul-betul, mana nak pegi dulu. Ade sorang guide kat situ, advise tempat-tempat yang buka sampai malam. Jadi kita kene pegi ke tempat yang tutup pukul 6 dulu. Petting zoo, Luminous Forest dan Hot Springs bukak sampai malam. Jadi jom kite pegi waterpark, naik roller coaster, rumah hantu dan Hippo Kingdom dulu





Budak ni memang tak pernah puas nak main slides. Kalau boleh 10x, memang 10x la die nak naik







Makanan banyak pilihan dan harga pun murah. Cuma konsep bayaran di 1 kaunter tu jadi agak lambat plak. Sebab berapa kali beratur. Kadang-kadang plak makanan/minuman lambat siap.
Tapi overall okay lah












Kami pegi ke Hippo Kingdom naik tram. Lepas tu balik jalan kaki. Nampak jauh tapi ok, seronok sebab tak bosan sepanjang perjalanan




Kalau nak bagi makan pada hippo bayar RM10 tak silap. Masalahnya semua pakai cash.. huhuhu.. kami memang jenis cashless. Sorry la Danish Ilham, terpakse lupakan :(











































Hah ni tempat favourite!
































Husband teringin sangat nak mkn BBQ dinner ni tapi terlambat sebab tak perasan. Next time!





No comments:

Post a Comment