Island Hopping, Pulau Perhentian
Pagi-pagi kami dah bertolak ke office tour agent kami. Kat situ, ada jugaklah orang yang boleh bantu untuk dapatkan parking kereta, kos sama RM10.00/sehari. Lepas isi borang dan dapat tiket bot, kami terus ke jeti. Kami pilih untuk naik bot ke Pulau Perhentian pada pukul 9.00 pagi. Mula-mula terasa macam awal sangat takut menunggu lama, tapi fikir-fikir balik, di pulau kami boleh luangkan masa di swimming pool, pantai, makan-makan sebelum check in hotel. Masuk hotel dah boleh rehat/baring-baring. Untung-untung kalau bilik siap awal, boleh check in awal :)

Kami sejak dari awal dah putuskan untuk menginap di Pulau Perhentian Besar. Kedua-dua pulau kami pernah pergi sebelum ni, cuma kami berpandangan Pulau Perhentian Kecil lebih crowded dan tak chill huhu.. Kami nak lepak2 di pantai yang luas, tenang dan kurang kesibukan bot-bot, pelancong dan orang tempatan. Tapi kami tak nafikan makan/minum dan aktiviti di Pulau Perhentian Kecil lebih banyak dan happening. Lebih-lebih lagi di Long Beach. Tapi takpe, kami tetap akan naik water taxi ke Long Beach untuk makan-makan/lepak
Budak yang paling excited nak ke pulau :)
Takde rezeki lagi nak lepak minum coffee kat sini. Risau takut muntah naik bot hahaha
Terima kasih ye bawakkan mommy punye bag laptop. Mommy tak boleh tinggal kerja office huhu
Bayar cukai di jeti dulu. Cash, kad & QR code pun boleh. Cuma cukai Taman Laut tak perlu bayar dah
Muka masing-masing muka mengantuk
Sampai-sampai je excited dah dengan tengok air yang jernih, nampak segala hidupan laut.
Really is heaven on earth!
Yang seronoknya, bot kami singgah dulu di Coral Bay dan Kampung Nelayan di Pulau Perhentian Kecil. Dapatlah tengok-tengok. Last sekali barulah bot ke Jeti The Barat, Pulau Perhentian Besar. Kami akan berjalan sedikit ke Coral View Island Resort. Kalau di Perhentian Island Resort pun ada jeti sendiri berdekatan di hotel
Waah dah sampai.. Bilik kami berhadapan dengan pantai kat sini
Kami suka dengan vibe hotel kat sini. Syok lepak-lepak, tenang-tenang, tak crowded. Banyak facilities, banyak tempat boleh pegi melawat. Ade restaurant, waterpark untuk kanak-kanak, swimming pool dan jakuzzi
Bilik di sini Family Suite with Private Pool. Ada 2 plunge pool with jakuzzi dan buaian di setiap unit mengadap pantai. Syok kan?
Kat swimming pool pun ada buaian. Lepak dulu sini. Mommy acah-acah tak nak mandi dulu, sebab leceh nak tukar baju. Bilik kami belum siap, jadi kami lepak-lepak dulu, main swimming pool dan makan tengah hari. Kalau bilik masih tak siap, kami plan nak jalan-jalan ke pantai depan Perhentian Island Resort atau ke jungle trekking ke Tuna Bay.
Sambil-sambil anak dan suami mandi swimming, kita naik atas jalan-jalan tengok pemandangan
Banyak betul air terjun hiasan sepanjang perjalanan ke bilik-bilik atas. Nyaman je dengar
Mommy tak boleh tahan. Mommy dah berendam jugak hahaha
Depan pantai pun ade buaian jugak :)
Di area hotel ni, di mana-mana boleh snorkeling. Confirm ada ikan. Setakat air di paras lutut pun ada ikan. Budak-budak memang seronok
Dah letih mandi-mandi di panas tengah hari buta, kami berhenti sekejap makan tengah hari
Baru nak order makan, orang dari reception hotel datang bagi tahu bilik dah siap :) wow rezeki! Tak sia-sia kami naik bot awal pukul 9. Pukul 12 lebih dah boleh check in. Alhamdulillah :)
Bilik kami ~ Premium Pool Sea View
Tak sangka plak ade juga plunge pool with jacuzzi :)
Bilik yang sangat selesa untuk kami bertiga, cukup segala kelengkapan
Konon-konon curi masa buat kerja office, budak kecik ni terjun dalam kolam abis basah lencun haha
Petang sikit kami ke pantai, jalan-jalan ke arah Perhentian Island Resort. Last time, kat jeti situ best snorkeling
Tak perlu pegi jauh-jauh, tak perlu pegi shark point. Kat sini ada banyak white tip reef shark. Jinak betul berenang-renang bersama. Ada je sepanjang masa
Kami enjoy sangat snorkeling depan hotel. Rasa rugi plak masa hari pertama tak turun pantai masa panas-panas tengah hari tu. Masa tu ikan suka duduk bawak jeti, tak panas :)
Pantai di hadapan Coral Island View Resort (depan bilik Family Suite) agak berbatu tapi masih boleh snorkeling, cuma ruang nak mandi tu tak luas. Kalau di hadapan bilik Premium Seaview plak pantai die luas, tak berbatu tapi petang air surut cepat. Pemandangan tak berapa cantik. Walaupun air paras buku lali, masih ada ikan :) tu yang syok tuuu
Kedai coffee yang setiap malam kami pegi, coffee abis. Sabar jela. Last-last dapat minum ms breakfast masa hari terakhir. Tak la sedap pun. Salah bagi order plak tu lols
Kat sini pun happening juga cuma restaurant tak banyak lah macam di Long Beach / Coral Bay. Setakat 3 hari, kami enjoy la makan. Harga ok dan sedap. Kami plak memang suka vibe restaurant tepi pantai mcm ni
Kalau tak pegi ke Long Beach, kat sini pun ada fire show.
Dalam pukul 9.30 malam, depan hotel The Barat Perhentian. Kami enjoy sangat. Kami pun baru tau yang kat sini ada fire show setiap malam. Setahu kami malam minggu je. Tak silap, ada juga fire show di Tuna Bay
Balik bilik layan Netflix sampai tengah malam, chill-chill. Esok nak bangun lambat haha.. Snorkeling trip pun start lambat pukul 10.00 pagi
Turn mommy plak layan jakuzzi
Keadaan bila petang-petang air dah surut kat jeti. Budak kecik seronok tengok timun laut
Balik bilik, sambung plak main bola
Lepak restaurant hotel kejap untuk minum-minum. Padahal dah dinner kat Long Beach tadi
Budak kecik ni request nak pegi tengok fire show lagi :) Gigih kan bawak flash light
Happy Birthday Danish Ilham! Have a blast on this trip!
(Mom & dad definitely did!)
Hari ni kite breakfast kat sini plak
Lepas breakfast sambung mandi lagiii
Dah nak balik pun masih rindu nak jalan-jalan pantai kat sini walaupun panas terik
Sambil menunggu bot sempat lagi lepak makan
Happy sangat dengan trip ni. Rezeki cuaca pada bulan Julai memang terbaik. Rezeki juga dapat tour agent yang efisien membantu dalam menguruskan hotel, snorkeling trip dan bot. Bagi kami, menginap di Pulau Perhentian Besar memang terbaik untuk chill, tenang dan kurang padat. Tapi sekali-sekala turun Long Beach, lepak makan, minum, mandi, pun best juga.
Ada rezeki akan repeat lagi trip ke Pulau Perhentian :)
No comments:
Post a Comment