Wednesday, August 6, 2025

East Coast Escapade: Jalan-Jalan Kelantan dan Terengganu

Coral View Island Resort, Pulau Perhentian Besar

Island Hopping, Pulau Perhentian

Buat pertama kalinya kami bercuti khas di Kelantan dan Terengganu. Sambil-sambil ke Pulau Perhentian untuk sambut hari jadi Danish Ilham :)

Tengah malam kami bertolak dari Cyberjaya ke R&R Gua Musang. Perjalanan dalam 3 jam. Plan nak tidur di separuh perjalanan dan teruskan lagi 3 jam ke Kota Bharu. Sampai je di Kota Bharu kami terus sarapan pagi nasi kerabu. Pergh.. setakat ni memang paling sedap pernah saya makan. Cumanya kita tak biasa makan berat pagi-pagi. Tapi balun jugaak..







Lepas sarapan pagi, kami ke Pasar Siti Khadijah membeli buah-buahan, snek & buah tangan sikit. Suasana tenang, mungkin sebab hari bekerja






Kegemaran ni :)


Jalan-jalan sekejap di Pantai Cahaya Bulan. Takde apa, banyak kucing. Anak kami sukalah main kucing. Terbayang banyak tempat lepak makan/minum, takde plak



Masa di Pasar Siti Khadijah, budak kecik dah teringin nak cari teh ais. Die teringat macam di jualan di pejabat atau pasar malam. Daddy suruh bersabar dulu. Nanti daddy bawak minum teh ais madu sedap :)


Memang padu!


Lepas tu kami tak tau nak buat ape dah, kami teruskan perjalanan ke Kuala Besut, check in hotel.
Tepat pada masanya kami sampai dah boleh check in


Hotel ni berdekatan dengan Jeti Kuala Besut. Jalan kaki pun boleh. Parking pun senang. Kalau ke pulau 2-3 hari, pihak hotel boleh bantu uruskan bayaran parking harian. Parking berbayar private pun ada. Lebih kurang RM10.00/sehari. Lagi bagus dapat yang berbumbung. Kat sini nk makan best, senang dan sedap. Cafe pun ada. Dapatlah kami pekene coffee petang-petang



Bilik selesa dan bersih. Oklah sementara untuk ke pulau esok, tak terkejar-kejar


Petang, kami merayau mencari keropok lekor. Best makan panas-panas


Jeti Kuala Besut


Cafe yang kami tak sempat nk singgah. Tak sangka tutup awal


Melayan plak budak kecik tengok bola petang-petang. Rindu la tu nak main bola petang-petang

Esoknya kami ke > Pulau Perhentian <

Balik dari Pulau Perhentian kami ke Kuala Terengganu jalan-jalan sebelum ke Kuantan. Singgah pekene udang-sotong celup tepung tepi laut, siap ada live band






Jambatan Angkat yang menjadi kebanggaan warga Terengganu. Kami rasa agak menakjubkan. Cantik dan tak sangka boleh ada jambatan ala-ala Tower Bridge, London




Singgah membeli-belah di Pasar Payang. Dapatlah borong baju siap batik cotton (baju kurung & baju kemeja)








Sebelum gerak ke Kuantan, singgah sekejap borong keropok lekor. Walaupun warga tempatan cakap tempat ni tak berapa best/sedap keropoknya, kami takde pilihan sebab nak lalu di Dungun/Kemaman dah malam, masa tu kedai pun mesti dah tutup. Jadi kami borong di sini



Sebelum bergerak ke Cyberjaya, kami berehat sekejap di sini






Tiba-tiba ada kawasan terbakar & berjerebu


Berkesempatan makan patin tempoyak di R&R Temerloh. Ikan sedap manis dan fresh tapi kuah tempoyak plak cair dan kurang rasa tempoyak.


On the way balik pekene coffee lagiii


No comments:

Post a Comment