Wednesday, September 17, 2025

Taman Eko Rimba - Gunung Pulai, Johor

Alang-alang balik kampung ni kami terus arrange untuk ke Gunung Pulai memandangkan hari Sabtu kita semua lapang. Mula-mula rancang nak mandi air terjun je. Bila tengok Youtube/TikTok, macam menarik pulak mendaki Gunung Pulai. Bolehlah try. Jalan tar je pun :) (Masa ni aku underestimate pendakian melalui jalan tar haha)




Masa ni tak kenal lagi apakah itu erti penyesalan haha




Seawal 7.30 pagi orang dah mula ramai. Tak pasti semua ni nak pegi mandi sungai atau nak pegi hiking. bersemangat betul semua orang. Nasib baik sampai awal, parking masih banyak. Sampai je di pintu masuk, kene daftar nama. Barisan diasingkan mengikut warganegara atau bukan warganegara. Masuk percuma.










Bile penat kami jalan mengundur. Lega sikit kaki



On the way ke atas ade la nampak anak sungai di tepi-tepi jalan. Suasana pun aman-damai je dengan bunyi air terjun dan sungai. Cuma semakin tinggi kita mendaki, semakin sunyi. Hanya bunyi unggas dan burung-burung je



Sekali-sekala tu ada juga melalui kawasan tanah runtuh. Cuma tak terlalu teruk la







Selepas berjalan dalam 20 minit, jumpelah tempat air terjun. Nak masuk area ni agak strict. Mereka melarang pengunjung bawa makanan dalam bekas atau botol plastik / polystyrene / kotak. Hanya makanan dan minuman dalam bekas makanan sahaja yang dibenarkan. Mangkuk tingkat ke, Tupperware ke boleh. Bagus juga, takde orang buang sampah merata-rata. Macam kami, suka bawak air dalam tumbler sebab suka simpan ais & air sejuk










Memang sepanjang hiking hanya di atas jalan tar. Membosankan tetapi ada cabarannya. Ingat senang? hahaha.. Budak kecik ni bising jugak sepanjang perjalanan. Sebab dia mengharapkan lalu denai dalam hutan. Kecewa dia. Makin tinggi, jalan tar semakin sempit dan semakin tak terjaga. Hati tu berbunga la sikit, tanda-tandanya dah nak sampai. Tapi masih jauh jugak laaa haha. Tak silap, jalan tar yang tak berapa cantik ni ada dalam anggaran 2.5 kilometer sebelum sampai ke puncak


Tumbuh-tumbuhan favourite Danish Ilham

















Dah nampak menara tu dah sampai la tu
































Masa nak turun ni semangat sikit sebab nak mandi air terjun! Tapi nak turun pun payah jugak cabarannya. Sakit kaki nak menahan dalam 5 km huhu






Banyak jugak tempat nak berkelah kat air terjun ni. Kami pilih letak barang kat seberang sungai dan lepak di air terjun depan sekali. Best! Syok betul penat-penat hiking terus berendam dalam air terjun. Memang nikmat
















































Habis mandi, pekene ais krim sekejap lepas tu mandi. Sebelah parking tu ada bilik air dan tandas. Bersih dan mudah dekat dengan kereta. Selesai mandi kami pegi makan tengah hari



Dragon Ball!