Add

Monday, July 23, 2012

PADI Certification @ Pulau Perhentian (15 - 17 July 2012)

Accommodation : Maya Guesthouse
Transportation : KL - Kuala Besut (Sani Ekspress - RM48/way), Kota Bharu - KL (Air Asia - RM92/pax/way), Teksi Jeti Kuala Besut - Kota Bharu Airport RM70
**Accommodation & diving arranged by D Swim Academy (Open Water Diver Course)

Hujung tahun lepas, aku sign up utk ambik Open Water Diver Course dengan D Swim Academy di Sunway. Tapi tak lame lepas tu ofis dia pindah kat Shah Alam. Sebelah dengan swimming pool kat Kompleks Sukan Negara (Panasonic Sports Complex). Kalau ikut jumlah jam, tak lame utk complete kan kursus tu. 5-7 jam utk theory, 5-7 jam lagi tu utk confine water class (swimming pool). Tp disebabkan kekangan masa, aku busy sangat, gap antara kelas tersangat lah lame..sekarang baru dapat complete. Antara komponen utk scuba diving ~ BCD (Bouyancy Control Device), regulator, tank, weight belt, mask, snorkel dan fin. Setakat ni oklah.. aku dah tambah ilmu skit psl scuba diving. Aku berani ckp, 70% bende yang aku belajar dlm kelas theory, betul2 semata2 utk theory exam..hihi. In real life, hampir kesemua diver akan pg kat dive center sewa gear, pkai local dive instructor then.. DIVE. Tak tau lah kot2 ade orang yang tak pg dive center, dive sendiri/sorang kat tasik2/lombong..huhu. Tapi macamana pun, bile dah jadi certified scuba diver, sememangnya kite bertauliah utk g diving kat mane2, with/without buddy or instructor.


Lepas habis theory class & confined water class, aku kene amik theory exam. Dah pass baru boleh pg utk island certification. Macam aku, aku dpt kat Pulau Perhentian. Alhamdulillah.. sbb aku tak pernah pegi Perhentian. Redang dah pernah pegi. Before nak pegi, hati ni tersangatlah nervous. Berdebar2 dan takut sngat kalau tak dapat buat. Lepas tu husband plak tak dpt temankan, lagi lah bertambah nervous. Nervous2 pn kene gak pegi.. Aku beli tiket bas Sani Ekspress through online. Mase ni, punyalah jakun sbb 1st time beli tiket bas online. hihi.. Balik aku naik flight, sbb takut letih / tak cukup mase.. Sok nye dah keje..huhu..

Naik bas dari Station Putra KL pd pkul 10 mlm. Sampai kat Kuala Besut awal pagi. Dalam pukul 6 pg. Sampai sane, aku lepak2 jap pastu breakfast. Pastu terus naik bot ke Pulau Perhentian.

Masa ni aku terkejut gak.. First time tngok jellyfish merata kat jetty

Ni mase baru smpai Pulau Perhentian Kecil. Baru hujan.. tp lautnya masih cantik!!

Maya Guesthouse. Tempatnya tak berape cantik & nampak lama.. tapi sngat bersih. Pemandangan pun cantik. Aku jarang suke duk tmpat menginap yg murah2.. tp yang ni aku suke sngat..hihi

Lepak2 sambil alas perut sebelum pegi dive

Top right : Instructor aku Kate Clark & dive partner aku Amir.
Tak dapat nak amik gmbar ms dive sbb tak smpat nk plan nk sewa underwater camera / bwk cameraman..huhu
Mase dive, berpengalaman gak lah aku kene sengat dgn jellyfis..adeehhhh..
Jadual 3 hari 2 malam kat sini mmg penuh dan aku tersangat bz kecuali waktu malam.. badan pn penat sbb 1 hari dive smpai 3 kali. Kaki pun lenguh sbb aku pkai smpai 4 weight.

Snorkeling trip kat sana murah2.. skali dgn snorkeling gear. Ade gak yg skali dgn breakfast. Best nyer..


Giler heaven dapat breakfast dgn pemandangan mcm ni..!! gosh.. i miss this place a lot..

Breakfast set yang amat2 tempting..!! Satu set dalam harga RM6-10. Macam aku punye, scramble egg, kentang, roti bakar, baked bean, fruits, juice and tea. Yang lagi satu tu aku bedal pancake with banana & choc ice cream.

Kat sini makan malam pun heaven gak!! Banyak dia wat set. Harga dalam RM15-18 untuk 1 set. Macam aku, 1 BBQ set tu ade sotong BBQ, juice, potato, salad, fruits, black pepper sauce. Second night tu aku mkn baracudda BBQ plak. BBQ set tu boleh pilih antara mcm2 jenis ikan, sotong, udang, ketam, ayam dan bnyak lg.

Malam kat sini mmg happening. Belah2 Long Beach & Perhentian Besar aku tak round lagi. Dengar2 lagi happenning. Insya Allah, ade mase akan datang aku round satu Small Island..

Ni kucing comel dan mengada2 yg selalu lepak situ

Sekitar pemandangan depan bilik aku - Maya Guesthouse (Sea View Room)


Dah selesai dive semua, aku amik kesempatan snorkeling kat area situ. Sangat seronok, sbb even air tinggi lutut aku pun, aku snorkeling. Ade gak coral, ikan2, sea cucumber, etc. Nasib tak jumpe jellyfish.

Suasana sunset di depan bilik


Dah nak balik dahh....


Speed bot yg open air. Sangat best..Dijamin, tidak mendatangkan mabuk. hihi (sbb aku ni kaki mabuk)

Ni pemandangan kat sekitar Pulau Perhentian Besar. Banyak hotel2 eksklusif. Tapi tak pasti makan die best ke tak, mlm2 happenning ke tak.

Sudah sampai ke Jeti Kuala Besut

No comments:

Post a Comment