Add

Wednesday, December 5, 2012

Bohey Dulang Island (2 December 2012)

Perancangan pada mulanya, selain ke Pulau Sipadan, kami nak ke Pulau Kapalai dan diving di Pulau Mabul. Ade beberapa blog dan kawan yg mencadangkan pergi ke Pulau Bohey Dulang. Aku mmg tak pernah dengar pada mulanya. Tapi dok google, barulah tau betape unik dan cantiknye tempat nih. Selain aktiviti snorkeling / diving, kite bolehlah hiking kat Pulau Bohey Dulang ni. Kire berita baik untuk Zul la..bukan main seronok lg dia. Pakej boat transfer + makan + minum + buah2an kami book dari Uncle Chang's Backpackers Lodge juga. Dari Pulau Mabul ke Pulau Bohey Dulang, perjalanannya mmg jauh. Hampir 2 jam jugaklah. Pagi2 tu kami terbangun lambat, tau2 je mereka ketuk pintu bilik aku, mintak aku breakfast dan ready untuk naik bot. Arrangement untuk ke Pulau Bohey Dulang ni, mmg kami request. Katenye, minimum 4 orang atau bayar untuk 4 orang walaupun pegi 2 orang. Kami decide untuk bayar je untuk 4 orang sbb fikir2, bila lagi nak ke sini. Sorang diorg caj RM150.00. So kami dengan pakse rela bayar RM600.00 untuk minta mereka arrangekan ke Pulau Bohey Dulang. Sampai2 di jetty mmg hanya kami berdua, dan 2 orang guide (driver bot & dive master). Kebetulan salah seorang diorg tu tak pernah pg Pulau Bohey Dulang, so kami berempat sama2 enjoy lah ke sane. Ni video Keek mase aku baru sampai kat Puncak Pulau Bohey Dulang :



Perjalanan ke Pulau Bohey Dulang dari Pulau Mabul ambil mase dalam 2 jam. Dari Pulau Mabul, kami singgah ke Semporna untuk isi petrol.





Mendaki ke atas ambil mase dalam 45 minit. Mmg penat.. tapi hasilnye amat berbaloi!!






Berjalan turun plak..
Berdekatan dengan Pulau Bohey Dulang tu, dah boleh nampak segala hidupan laut. Seronok kalau bawak kanak2 / mak / makcik2 sbb diorg tak payah berenang kalau nak tengok ikan / coral. Sbb air pun paras2 lutut je..

Seperti biase, makanan, air panas, teh, coffee, gula, susu semua complete.. Pekene nescafe panas / teh mmg best!
Lunch pun ade disediakan. Makan ayam goreng, tauhu goreng dgn sos, sayur campur..mmg sedap! Tgh lapar plak tu! Mase ni mmg seronok, sbb hanye kite berempat je kat Pulau Bohey Dulang..seolah2 pulau ni kami yang punye!
Kate renjer tu, ms zaman jepun dulu, orang jepun penah tinggal kat dalam rumah ni..
Enjoy nampak!
Tepat pukul 3 petang, kami pun balik ke Pulau Mabul dah...takut jugak kalau balik lambat, cepat gelap.
I really going to miss this place a lot!

Seterusnya >> Pulau Mabul

18 comments:

  1. Salam, bohey dulang day trip amik dgn sape ? boleh share contact tak..? Rm150/person kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, saya amik dgn Uncle Chang's. Kalau di tempat lain pun ade jgak pakej ke Bohey Dulang.

      Delete
  2. salam... dengan uncle chang berape per pax g boley dulang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, minimum 4 pax. Sorang RM150 including mkn

      Delete
  3. Replies
    1. Check out the website : www.ucsipadan.com

      Delete
  4. Replies
    1. Couldn't agree more, Simon! :) best island so far.. Really missed this place a lot

      Delete
  5. salam nk tanya, kt uncle chang makanan halal dak?
    berapa minit dari mabul ke bohey dulang naik boat?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, makanan halal.. tukang masak pun muslim. Dari Pulau Mabul ke Bohey Dulang naik bot dalam 2 jam.

      Delete
  6. nice..
    salam,nak tnya brpa bajet nak ke island tu?? rm150/person? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. a'ah sorang rm150.tp minimum 4 orang.siap makan dgn snorkeling gear.

      Delete
  7. sorry nk tya location buhey dulang island ni ktmne erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mane cmne tu? Tak tau nak jawab soalan awk.. :p

      Delete
    2. biar saya jwb..kat semporna...ramai pulau2 yg berhampiran jugak..hehe

      Delete
  8. saya ikut pakej ni..

    https://www.facebook.com/cuticutimabul

    ReplyDelete