Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-5, kami merancang untuk meluangkan masa berdua-duaan di pulau. Tapi sebenarnya dah rancangan setengah tahun sebelum. hihi.. Nak ke Pulau Sipadan memang kene booking awal, sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum untuk memohon permit. Untuk masuk ke Pulau Sipadan pun ade limit berapa orang yg boleh masuk. Sebelum tu ade jugak buat research sikit, resort mane nak duduk, pakej pulau mane nak pergi, etc. Akhirnya kami pilih menginap di
Uncle Chang's Backpackers Lodge. Ade jugak beberapa penginapan lain yang murah. Cume aku tak beberapa berkenan dgn bilik, kemudahan dan ada bayaran tambahan. Di
Uncle Chang's Backpackers Lodge, aku suke dengan bilik die yg besar dan selesa. Lain-lain tu hampir same je dgn resort lain. Tapi ape yg aku boleh rumuskan adalah, kos ke Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Mataking, Pulau Bohey Dulang dan lain-lain mmg agak mahal berbanding dengan tempat percutian yg lain. Tapi mmg padan dengan keindahan tempatnya. Sangat2 berbaloi.
Flight Tiket
Tawau - KL : RM287.00 / pax (
MAS)
Other expenses
Teksi dari Tawau ke Semporna : RM240.00 (return)
Jetty fees : RM2.00 / pax (Malaysian)
Uncle Chang's Backpackers Lodge Chalet Room : RM140.00 / pax / night (termasuk penginapan, sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, return boat transfer)
3 Dives @ Sipadan : RM640.00 / person
Snorkeling @ Sipadan : RM540.00 / person
Underwater camera (from divemaster) : RM100.00 / day
Diving / Hiking / Snorkeling @ Bohey Dulang : RM150.00 / person (Min 4 pax)
Renjer fees for hiking @ Bohey Dulang : RM50.00
Sampai je di Airport Tawau, dah ada orang tunggu untuk dibawa ke Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna ambik masa dalam 1 jam, depends kpd traffic. So kene pastikan waktu penerbangan pergi dan balik kene dengan waktu bot berlepas. Sebab bot pun ade time2 die. Sampai di Semporna, terus dah nampak dah office
Uncle Chang's Backpackers Lodge. Lepas daftar dan isi borang, sementara tunggu boat pukul 3.00 ptg, kami pun pg la round2 area jetty Semporna tu. Ok jugaklah.. jalan kaki sikit boleh sampai ke kedai makan, pasar basah, Giant. Jalan kaki jauh skit lagi boleh sampai ke town die. KFC sumer ade lah kat situ. Cume satu je yg tak berapa best.. kurang kedai cenderahati. Kalau ade pun, barang2 tak banyak. Kebanyakannya souvenir tulis Tawau / Semporna. Tak jumpe souvenir yg ade tulis Pulau Sipadan / Pulau Mabul, etc. Kalau dah pegi ke Pulau, lagi lah tak de.huhu.. Harga pun tersangatlah mahal. Kebanyakan penjual pun orang Filipina. (Teringat Pasar Filipina yang mahal di KK). Di jetty ade jugaklah restaurant seafood. Lobster, ketam semua fresh-fresh belaka.
|
Semporna |
|
Dragon Inn (berdekatan dengan jetty Semporna) |
|
Restoran Seafood dan kedai-kedai di jetty Semporna |
|
Office Uncle Chang's Backpackers Lodge |
|
Peta kedudukan pulau-pulau sekitar Uncle Chang's Backpackers Lodge. Perjalanan kami untuk hari ni, dari Semporna - Pulau Mabul, esok nye dari Pulau Mabul ke Pulau Sipadan, lusa pulak dari Pulau Mabul - Pulau Bohey Dulang. Pergghh.. gile jauh.. |
|
Sepanjang perjalanan naik bot dari Semporna ke Pulau Mabul |
|
Sampai-sampai Pulau Mabul, dah nampak orang terjun mandi. Ade jugak budak2 tempatan main2 kat situ. |
|
Chalet Room |
|
Persekitaran Uncle Chang's Backpackers Lodge. Tapi bukan hanya untuk backpackers la.. untuk honeymoon bolleehhh.. |
|
Mase hari last di Pulau Mabul, boleh plak kami nampak penyu lalu kat depan bilik2 / cafe kat situ.
Fuuhh.. that moment was priceless! |
|
Kat sane banyak kucing! Kat cafe, kat dive center, msti ade sekor atau dua kucing yg lepak situ. Dah jadi mcm penunggu plak kat situ. Kurus-kurus kucing die. Kesian aku tengok. Dah boring makan ikan kot. |
|
Ni plak kucing yg setia menunggu di dive center / tempat bot. Ala2 mcm penyambut tetamu pun ade. Kucing ni selalu bising. Mengiau je kejenyee..ntah hape yg die complaint aku tak tau. |
|
Sempat jugak berenang kat depan bilik aku. Tapi risau jugak sbb kampung-kampung dekat je. Takut air kotor dek bahan buangan. hihi.. |
|
Jadual untuk aktiviti esok. Nama husband ade. Tapi name aku die letak name bapak aku plak..haish.. |
|
Coffee & Tea facilities ade disediakan. Bile2 mase nak buat teh, coffee, buat sandwich, boleh buat kat sini. Mase kami di sana, hampir setiap mase kami minum teh o panas, beli goreng pisang, buat sandwich & jam nenas/strawberry/blueberry. Petang2 ade jugak orang-orang tempatan jual ketam. Dalam harge 3 ekor RM10.00. Kite pun boleh request orang di cafe untuk masakkan untuk kite. Fuhh.. heaven! |
|
Sunset di Cafe |
|
Persekitaran di kampung Pulau Mabul |
|
Tengok kanak-kanak kat sini.. sangat2 adventurous! |
|
Kucing kecik ni selalu haus nak berebut air..hahaha..kesiaan.. first time aku tengok kucing kempunan air..
Makan malam disediakan di cafe ni. Kalau bernasib baik, diorg akan ade live band. |
|
Persekitaran waktu malam di Pulau Mabul |
|
Sebelum bertolak ke Pulau Sipadan. Hujan renyai pagi tu, tp program diteruskan jugak. Hujan pun sekejap je. Lepas tu panas balik. Tu yang aku sunburn teruk gak tuh.hihi.. takpe..itu lah bukti aku jejak kaki di Sipadan. Tak hitam, tak pegi Sipadan la..ye tak? |
|
Sebelum bertolak ke Pulau Sipadan, aku buat preparation barang-barang nak bawak sane. Kat Uncle Chang, segala peralatan ada disediakan. Dari wetsuit, mask, snorkel, fin, BCD, regulator, tank segala.. Tapi aku pakai mask sendiri.. sbb aku pakai powered mask. Rabun la katekan.. Selain tu, aku jugak sewa underwater camera dari divemaster. RM100/sehari. Kucing kuning tu xabis2 sibuk mengacau..hihi |
|
Sebakul barang-barang yg nak dibawak ke Pulau Sipadan |
|
Jernih kan air kat Pulau Mabul.. |
|
Melepak malam-malam sambil tengok ikan2 kat tepi. Bile malam2 ikan suke duk kat tempat yg terang (ade lampu). So mmg banyak la ikan kat depan bilik kami |
|
Hari last, di Tawau. |
kalau nk pakej mabul murah boleh visit
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/cutimabul