Sunday, December 9, 2012

South Korea (Winter 2012)

Bulan Disember mmg bulan percutian untuk rakyat Malaysia. Terutama sekali cuti sekolah, semua orang sibuk nak pegi bercuti. Dengan aku2 sekali sibuk berjalan je kejenye. Kali ni mmg agak gile skit percutian aku.

PERCUTIAN PALING PENDEK DLM SEJARAH HIDUP AKU + SHORT NOTICE + COVER SEMUA TEMPAT AKU NAK PEGI + WELL PREPARED & ACCORDING TO THE PLAN.

Alhamdulillah..

Berikutan ade beberapa urusan keluarga, aku mengambil kesempatan untuk "pegi sebentar ke Incheon & Seoul". Hihi.. gile kan? Itinerary pun prepare dlm mase 1 hari je. Dah lah winter plak tu! Seriously i wasn't ready for it and winter is not my favourite season! lol

Untuk aktiviti tour di Seoul, aku dah try contact beberapa student yg boleh sediakan khidmat tour kepada pelancong Malaysia. Tapi semuanya hampeh. Semua kate, tak boleh sbb dari Incheon ke Seoul jauh la, susah nak pegi tour la..mcm2 alasan. Ntah ape2. Padahal, diorg bawak nnti pun naik train je dari Incheon ke Seoul. Bukan jalan kaki. Takpe, aku tak perlukan khidmat diorg. Buat rugi je kalau bayar pun.Pergi sendiri lagi puas hati. At last, aku buat sedikit research dalam beberapa jam untuk sediakan itinerary percutian aku yg pendek ni. Maka, bermula la percutian aku ..

Return Flight : Air Asia - RM 1,100/pax (Last minute booking)
T-Money Card : KRW2,500.00 each + KRW20,000.00 recharge
Deoksugung Palace Entrance : KRW1,000.00/pax
Incheon Parkwood Hotel (Double Deluxe Room) : RM295.00/night (Last minute booking)

Suhu -9 darjah celcius di Incheon International Airport. Turun je, kami terus menaiki shuttle ke Arrival Hall

Flight dari LCCT berlepas pukul 1.00 pagi dan sampai Incheon International Airport pukul 8.30 am waktu tempatan (7.30 waktu Malaysia). Touch down je, terus nampak permukaan putih kat seluruh kawasan Incheon. O..O.. macam sejuk gile nih.. Pilot announce suhu sekarang -9 darjah delcius. Jadi semua bersedialah dengan snow cap, winter jaket, gloves, winter boots, etc. Lepas freshen up, kami terus ke kaunter imigresen. Sebelum tu, ade kaunter health check. Dia tanye "Malaysia?". Lepas tu die senyum, terus bagi laluan. Hihi..agak2nye orang2 Malaysia ni sihat2 belaka kot. Sampai di imigresen plak, pegawai imigresen tanye Zul, "you're Malaysian, are you?". Haha..mungkin diorg ingat Zul bukan org Malaysia sbb muke chinese look.

T-Money

Sampai2 di Incheon International Airport, aku tersangat2 kagum. Sangat2 besar, dan meriah dgn kedai-kedai makan, butik. Dah macam Pavilion aku tengok. Kami terus ke kedai 7 Eleven kat sebelah pintu arrival, untuk beli kad T-Money. Kad T-Money ni macam Octopus Card di Hong Kong atau Oyster Card di London atau Touch & Go Card di Malaysia. Boleh pakai untuk naik teksi, bas, train, 7 Eleven, Gs25, dan mana-mana kedai yang ade logo T-Money. Harge kad T-Money sahaje KRW2,500.00. Lepas tu kite boleh recharge. Aku recharge KRW20,000.00. Kalau ade baki boleh refund di Refund Machine.

Dari Incheon Airport, kami naik subway ke Hongik University (melalui Airport Railroad Line)

Dari Incheon International Airport, kami ke Airport Railroad untuk menghala ke Hongik University Station yang terletak di daerah Mapo-gu di Central Seoul. Agak jauh jugak perjalanannye. Naik train lebih kurang 1 jam.

Vending machine yg ade jual mcm2 barang2 keperluan wanita. heheheh

Kat luar penuh dgn salji! Kereta2 pun dah tak nampak sbb tutup dek salji

Del Train Cafe di Hongik University Station

Setakat ni, kami belum keluar dari bangunan lagi sebab semua pengangkutan disambungkan dengan subway. Tapi rase jugaklah kesejukannya sbb kadang2 dekat dgn exit. Sampai je di Hongik University Station, kami keluar di Exit 9. Rancangan kami untuk pegi ke Cat Cafe yang terletak di kawasan situ. Seronok berjalan dalam subway. Kat bawah tu, kedai2 pun banyak. Boleh jugaklah shopping, makan. Sebelum keluar ke Exit 9, kami singgah beli coffee dulu di Del Train Cafe. Di Korea ni, diorg suke betul dgn coffee. Setiap ceruk mesti ade coffee house. Rase2nye Starbucks & Coffee Bean pun kurang laku. Sbb diorg punye coffee lagi sedap! Aku & Zul tapau coffee kegemaran kami ~ Caramel Machiato!

Caramel Machiato sedap yg mula2 panas tp dah jadi sejuk!
Kawasan di sekitar Hongdae
Persekitaran kawasan Hongdae dan tengah mencari Cat Cafe

Cat Cafe ~ Cat's Attic in Hongdae

Keluar je dari Exit 9, kami dah kesejukan walaupun dah pakai boot, winter jacket, gloves, bagai. Tapi lame2, ok lah.. sbb semua dah kebas. hahaha. Agak susah jugak nak cari Cat Cafe tu. Sbb die kat tingkat atas. Signboard punye la banyak. Last2 jumpe jugak..dekat je pun dgn Exit 9, Hongik University Station. Sampai2 diorg belum bukak plak. Bukak pukul 12 katenye. Takpela..lagi 15 minit je pun. Sampai2 tu dah nampak dah kucing-kucing comel tu menyambut kami. Argg..tak sabarnye nak masuk!

Cat Cafe - Cat's Attic in Hongdae!

Tepat pukul 12, kami pun masuk dalam Cat Cafe. Sebelum masuk dalam, kene pakai selipar khas diorg dulu & pakai sanitizer untuk kebersihan. Kite kene beli coffee dan barulah dpt masuk. Kirenye bayar KRW8,000.00 / seorang untuk entrance fees & free coffee (any coffee in the menu). Kami macam biase la.. Caramel Machiato..hahaha..Banyaknye kucing kat dalam tu!! Aku kire2 adelah lebih 20 ekor kucing dalam tu. Semua bersih2, sihat2, dan baka hebat2 semua..Tapi sayangnye, tak boleh peluk / dukung. Sbb aku & Zul suke dukung kucing..hihihi.. tapi kami enjoy gile kat sini. Lame jugaklah kami lepak di Cat Cafe. Pukul 2.00pm rasenye baru kami balik.haha..Setiap kucing kat sini ade name & profile die tp tak boleh nak bace sbb tulis dlm Korean. Kebanyakan kucing lepak dekat dgn heater. Kesian diorg..kesejukan. Ade jugak yg lepak kat cash register machine.

Kene pakai selipar dulu dan sapu sanitizer dulu
Kalau dpt 5 cop (5x visit) akan dapat 1 free visit
Zul, Liz & their Caramel Machiato!
Si Comel-Si Comel yang menyambut kami di kaunter
Si Putih yg paling friendly dan paling manja!
Adehh..mcm tu pun boleh tido ke??
Spinx kitty yg kesejukan..hihi.. Bile aku usik die, aku mcm kene letrik sbb die tak de bulu. hahaha

Seronoknya kami antara customer yg terawal datang. So kami conquer la semua kucing!

Tandas kucing2 (potty) kat situ. Haha..comel
Semua kesejukan. Tu yg diorg lepak kat tingkap nak dapatkan cahaya matahari.
Sambil2 customer tgh tak ramai ni, pekerjanye check kucing2 tu. Bersihkan tahi mata, korek telinga, potong kuku, grooming, etc.

Kami tgh tunggu subway di Hongik University Station untuk ke City Hall Station (Line 2)

Deoksugung Palace

Tepat pukul 2pm, kami keluar dari Cat Cafe, kami sambung naik subway menuju ke City Hall Station (Line 2) untuk pergi ke Cheonggyechon Stream dan Deoksugung Palace. Dari city Hall Station, kami keluar ke Exit 2 atau 4. Kami berjalan dalam 2 minit, lepas tu kami nampak dah upacara ganti security guard di depan Deoksugung Palace. Setahu aku, bukan pagi2 ke upacaranye? Ntah, lantaklah.. Lepas abis upacara, aku pun beli tiket masuk KRW1,000.00 /seorang. Kami tak banyak menghabiskan mase melawat muzium dan istana kat dalam tu. Just main2 salji & ambik gambar je. Hihi..Banyak main kami ni..

Sekitar Deoksugung Palace
Upacara tukar pengawal

Lepas kaki dan tangan kami dah beku, barulah kami keluar dari Deoksugung Palace tu. Tgh nak cari Cheonggyechon Stream tu, kami jumpe dengan gerai jual Walnut Cake. Kami singgahlah beli walnut cake. Sedap! especially bile makan panas2. Die pun ade jual fish cake, prawn ball, dan lain2 makanan seafood. Pun sedap!! Kami berbual-bual dengan penjual gerai tu. Die pun pernah melancong ke Malaysia. Sambil2 tu kami tanyela kat mane kawasan Cheonggyechon Stream. Dia ckp tak jauh..jalan depan sikit je la. Kirenye, keluar dari City Hall Station, kalau kite berdiri mengadap jalan raye, Deoksugung Palace belah kanan, Cheonggyechon Stream belah kiri.

Gerai Walnut Cake

Cheonggyechon Stream

On the way ke Cheonggyechon Stream tu, ade ramai jugaklah orang berarak. Mereka tgh berkempen untuk pilihanraya. Tak lame lepas tu, sampailah di Cheonggyechon Stream. Anak sungai ni dulu penah kering dan sangat2 kotor. Tapi lepas tu diorg dah bersihkan dan rawat balik sungai dan sekarang dah jadi salah satu tempat rekreasi di Seoul. Air die sangat2 jernih. Aku harap2 projek untuk rawat balik Sungai Klang di KL tu berjaya. Boleh jadi tarikan pelancong mcm Cheonggyechon Stream. Waktu paling baik untuk melawat Cheonggyechon Stream ni adalah waktu malam. Sbb banyak lampu!

Yang ramai2 pakai baju pink tu, diorg tgh berkempen untuk pilihanraya
Kawasan sekitar Cheonggycheon Stream

On the way ke subway City Hall Station (nak naik subway ke Anguk Station)

Iklan pembedahan plastik. Hmm..padanlah orang2 Korea cantik molek..hahaha

Belah kiri tu vending machine yg jual segala coklat & biskut..yummy!
Belah kanan tu just in case kalau emergency, black out. Aku tak faham ape die tulis. Aku agak je.haha

Insadong 

Lepas tu kami menuju pula ke Anguk Station untuk shopping di Insadong. Dari City Hall Station (Line 2), kami naik train menghala ke Eujiro 3(sam)-ga Station untuk transit ke Line 3 dan terus ke Anguk Station. Turun je di Anguk Station, kami keluar ke Exit 6. Jalan terus dalam 100 meter dah nampak dah kedai2 jual cenderahati kat belah kiri. Apa yg aku boleh describe kat sini, Insadong ni mcm Pasar Seni di Malaysia. Segala barang2 hasil kerja seni diorg semua ade jual kat sini. Selain tu kedai makan, barang2 cenderahati seperti t-shirt, keychain, fridge magnet, kalender & poster penyanyi & pelakon Korea, dan lain2 semua ade jual kat sini. Adelah beberapa barang yg aku borong. Kebanyakannye cenderahati untuk kawan2 dan keluarga. Untuk diri sendiri, hmm.. tak tau nak beli ape dah. Fridge magnet jela kot.hahaha..

Kawasan Insadong
Conteng-conteng penuh kat dinding ni nampak cantik plak eh..
Shopping di Insadong, macam2 ada..

Mase di Insadong, lebih kurang pukul 4.00pm tapi dah gelap sikit. Kami kene rushing ke subway untuk pergi destinasi seterusnya ~ Myeong-dong. Dah makin membeku dah ni. Dari Anguk Station (Line 3) kami terus ke Chungmuro Station untuk transit ke Myeong-dong Station (Line 4).

Naik subway di Anguk Station untuk menuju ke Myeong-dong Station

Myeong-dong

Sekitar Myeong-dong dalam pukul 5pm
Sampai je di Myeong-dong Station, kami keluar ke Exit 7. Terus nampak banyak shopping complex, kedai makan dan pasar2 jual pakaian, makanan, aksesori handphone dan lain2. Myeong-dong ni mcm Petaling Street + Bukit Bintang la.. Ade jugak butik duty free. Shopping kat sini mmg best giler!


Jalan-jalan di pasar Myeong-dong mmg seronok! Hampir setiap gerai makanan kami singgah. Antaranye, gerai jual sotong, buah berangan dan Belgian Waffle. Sepanjang perjalanan, kami hanya mengunyah. Dahlah kesejukan! Mmg sedap!

Atas : Buah berangan (Chestnut) bakar dan dah siap bukak kulit..Best & senang nak makan..
Bawah : Belgian Waffle yg dijadikan mcm biskut lepas tu disalut dgn cream (choc, white choc, green tea, cinnamon, etc)


Sebelum balik ke hotel, kami makan malam dulu di Long Bread Sandwich & Panini. Tak lapar sangat, tapi nak minum air panas! Kami hanya order Broccoli Soup, bread & panini, dan coffee ~ Caramel Machiato lagi!! haha..

Long Bread Sandwich & Panini Cafe
Sekitar Myeong-dong
Lepas kenyang, dan sementara malam masih awal ni, kami ambil kesempatan terus pg ke Incheon International Airport dan pg ke hotel. Plan mula2 nak balik hotel lewat sikit, tp fikir2, baik berehat lame2 sikit di hotel. Soknye nak bangun pagi. Pada mulanya aku nak pg ke Building 63 City (Yeouinaru Station, Line 5) dan Namdaemun Market (Hoehyeon Station, Line 4). Di sana orang2 perempuan suke untuk shopping2 kain cotton. Tapi aku skip sbb tak terase nak beli kain. Baik kami jimat mase untuk pegi ke tempat lain.

Dari Myeong-dong Station (Line 1), kami ke Seoul Station untuk transit ke Airport Railroad. Di Seoul Station pun meriah. Macam2 butik ade, dah macam Pavilion lah aku tengok. Seronok aku kalau dok hari2 balik umah naik subway. Mesti lambat sampai umah sbb singgah shopping dulu.

Seoul Station
Seoul Station
Tgh tunggu train ke Incheon Airport di Seoul Station
Dari Seoul Station (Airport Railroad Line), kami terus ke Incheon International Airport Station. Perjalanan ambil mase dalam 1 jam. Sampai je di airport, kami ingat nak call hotel untuk hantar shuttle jemput kami tp kami malas plak nak call. hahaha.. (sebenarnye tak reti nk pakai public phone diorg..hahaha). Kami menginap di Incheon Parkwood Hotel, tak jauh dari Incheon International Airport. Dalam 10 minit je. Kami naik teksi jelah di airport. Bayar tambang pun pakai T-Money. Senang kan?

Sampai di hotel, kami check in dan diorg arrangekan shuttle untuk ke airport esok pagi. Pukul 6.20 am. Hah, selesai..tak payah fikir2 lagi dah. Bilik pun comel, style rumah traditional orang Korea. Semua kelengkapan ade disediakan.

Incheon Parkwood Hotel



Lepas freshen up, kami pegi 7 Eleven kat depan hotel tu untuk cari makanan. Seronok cuci mate kat 7 Eleven. Macam2 makanan segera ade. Nasi, pasta, mee, etc. Mmg di Korea diorg gile makan makanan segera. Kami beli la spageti carbonara untuk supper dan semestinye, coffee ~ Caramel Machiato untuk aku & Hot Chocolate untuk Zul. (Cube korang kire berape kali dah aku minum Caramel Machiato hari ni??). Comel betul makcik yg keje kat 7 Eleven tu. Die tengok kami terkial-kial nak masak pasta pakai microwave, die pun datang, tolong buatkan. hihi..

7 Eleven kat seberang jalan Parkwood Hotel
 From left : 1) Pop corn chocolate ade, butter ade, spicy ade, semua ade.. 2) Macam2 jenis ais krim ade
3) Mee segera untuk diet pun ade ok...hihi 4) Mane2 mesti ade coffee. Sebut je coffee ape nak..
Makcik keje 7 Eleven yg comel tolong masakkan pasta untuk Zul. Hahaha

Incheon International Airport

Esok paginya, kami terima wake up call dari receptionist dan bersiap semua untuk ke airport. Sampai je di airport, aku terkejut sbb keadaan di Incheon International Airport tu dah macam shopping complex padahal mase tu gelap lagi, baru pukul 6.30 pagi! Sungguh meriah, ramai orang, semua kedai dah bukak. Berbeza sikit lah dengan keadaan di KLIA atau LCCT. Pagi2 buta & tengah2 malam, mesti tak ramai org, dan kedai semua tutup. Kalau ade bukak pun adelah beberapa buah kedai. Tp kalau di Incheon International Airport, sentiase meriah 24 jam. Tetibe rase rugi plak aku tak overnight je di airport. Tak payah bazir duit tidur di hotel. Transit tour, panggung wayang & ice skating pun ade. Senang untuk orang yg transit lame di airport ni. Taklah bosan sangat. Duit Won ade banyak plak lebih.. Dalam KRW100,00.00 lagi yg tinggal. Last2 aku tukar ke duit GB pound. Saje2 standby untuk pg Europe next year. Nak shopping, tak tau nak shopping ape lagi..huhu

Panggung wayang di Incheon Airport dan tiket beli kat machine je..
Overnight kat sini best gak..boleh tengok mid night movie
Keadaan di Incheon International Airport pada pukul 6.30 pagi
Coffee di mana-mana.. Argghh.. suke nye aku.. sbb aku gile coffee
Makan di salah satu restaurant di Incheon Airport

Lepas kami breakfast di salah satu restaurant di airport, kami terus check in. Dari kaunter check in pun ade shuttle train untuk ke boarding gate (Gate 106). So make sure naik shuttle train yg betul ye..Sampai je di terminal antarabangsa, lagi sekali aku kagum sbb dekat boarding gate tu tersangatlah besar dan penuh dgn kedai2. Butik LV pun ade situ! Seronok gile cuci mate dan bershopping. Aku teringat kat Chek Lap Kok Airport di Hong Kong. Sama-sama hebat.

Butik-butik berdekatan dgn departure hall
Naik shuttle train ke boarding gate
Sambil menunggu flight yg delay nak dekat 2 jam. Kat departure hall delay 1 jam, dah boarding pun delay lagi 1 jam. Adehhh 

Lepas menunggu agak lame, (flight delay nak dekat 2 jam) kami pun berlepas ke Kuala Lumpur dan sampai tepat pukul 5 petang di LCCT.

Pemandangan sekitar Incheon Airport dan pemandangan seluruh Incheon
  
In-flight Entertainment Air Asia X yg baru ~ Galaxy Tab 10.1 #saje nak promote
Ade movies, TV series, songs, magazines, dan games

Overall, percutian paling pendek dalam sejarah aku ni amat-amatlah seronok. Serase-rase aku, aku dah cover semua tempat yg aku nak pegi. Sebab aku tak berminat nak pegi Nami Island, Jeju Island, segala tempat bersejarah di Korea. Rase mcm tak berbaloi dan buang mase nak pg tempat mcm tu. Jauh plak tuh.

Kalau ade rezeki, Insya Allah aku akan repeat. Kali ni, nasib baik aku pergi sekejap je (weekend) sbb aku tak tahan dgn winter! Bercuti di Korea agak selesa berbanding bercuti di China sbb senang nak berkomunikasi, public transport yg superb dan orang-orangnye yg peramah dan suke menolong. Hampir sama dgn pengalaman aku di Hong Kong. Lagi bagus kalau aku ni peminat tegar K-POP, drama dan filem Korea. Boleh aku pandai appreciate tempat2 lokasi2 filem/drama Korea yg ade kat sane.
Walaubagaimanapun, I'm going to miss winter at Korea a lot!

No comments:

Post a Comment