Monday, December 24, 2012

Perth, West Australia (Summer 2012)


Pengembaraan solo ke Perth.. Macam tak percaya kan. Tapi itulah realitinya. Sementara suami ke Sibu untuk menghadiri majlis perkahwinan, aku ke Perth keseorangan berbekalkan GPS, itinerari aku tulis kat Post-It notes, sedikit wang saku (wang saku? haha), tripod (budget best la tuh), dan camera kesayangan aku. Pengembaraan aku ke Perth selama 4 hari amat-amatlah seronok dan sangat-sangat simple walaupun keseorangan. Malah pengalaman travel sesorang ni antara impian aku selama ni. Terima Kasih suami tersayang kerana memberi keizinan untuk travel sendiri. Rasa-rasanya orang lain susah nak bagi isteri nak travel sorang-sorang. Apetah lagi ke tempat yang tak pernah kite pegi. Sape yang tak risau.. Zul pun risau jugak, tp terfikir si isteri teringin sangat nak travel sorang2, jadi dia bagila green light..Thanks syg.. Summary travel ke Perth :

Air Asia X : RM299.00/way/pax + RM199/way/pax upgrade to Premium Seat
Permelia Hilton Hotel : FOC (redeem 132,000 point Agoda)
Hertz Car Rental Perth : RM630 (2 days)
Caversham Wildlife Park : AUD24.00/pax

Sebaik sahaja aku hantar Zul ke KLIA, aku terus packing barang2, dokumen, tukar duit dan susun itinerari. Penerbangan ke Perth berlepas pada jam 11.50 malam dan dijangka sampai ke Perth pada pukul 5.00 pagi. Untuk flight kali ni, aku upgrade seat aku ke Premium Seat. Sbb sorang2 je kan. Tak rase mahal sangatlah. Tapi kalau travel bersama family pun, nasihat aku amat2lah disarankan upgrade ke Premium Seat sekiranya penerbangan lame. Sangat2 selesa, layanan yang tersangat2 istimewa (berbanding di seat biase) dan paling penting boleh tidur dgn selesa. Aku duduk di barisan aisle, sebelah aku pakcik mat salleh. Ciss..kalau dpt abang2 mat salleh tak pe gak.haha..Tengah2 aku leka bace buku, pramugari terus bukak kan lampu. Aku tgh nak tidur, pramugara plak datang, rebahkan seat aku, bentangkan selimut kat aku. Kadang2 dia tanye plak, nak makan bile..sekarang ke, kemudian..padahal, baru je berlepas. Kalau duduk kat seat biase, haram die nak tanye bende2 tu semua. hihi..
 
Premium Seat Air Asia X

Baring-baring sambil layan movie Dark Knight Rises.
Dalam pukul 5 pagi lebih, aku sampai di Perth International Airport. Mase tu mengantuk gile, ingat nak sambung tidur di airport. Tapi sampai2 je airport, terang-benderang dah!! Pukul 5 pagi tapi matahari terik macam dah pukul 10. Terus tak jadi tidur. Perth International Airport kecil comel je dan kat sebelahnye ade construction untuk renovate airport tu. Nak besarkan airport, tambah kaunter, gate, etc katenye.
 
Perth International Airport
  
Kesian, shoot sendiri dalam toilet..hihi
  
5.30 pagi di Perth International Airport!!

 
Lepas aku segarkan diri, aku breakfast. Latte & brownie = AUD9.00. huhuhu #berdarah hidung
 Lepas basuh muka dan breakfast (breakfast la sangaaat) aku terus pegi ke kaunter Hertz untuk setelkan sewa kereta aku. Sampai2 sane aku baru teringat. Aku lupe nak survey sewa kereta kat Budget. Mesti kat situ lagi murah. Fikir nak senang je.haha..takpe, lain kali aku sewa kereta dari Budget plak. Sampai di kaunter Hertz, aku terus sain paperwork, dan dia terus bagi kunci kereta. Sbb aku dah check in melalui online. Diorang pun takde brief aku pasal kereta tu, so pandai2 sendiri lah pakai yee.. Mula2 aku book Toyota Yaris melalui online. Sampai di kaunter, die offer untuk upgrade ke Mini just tambah AUD50/day. Horray!! Seronoknya.. Lepas dapat kunci kereta, terus aku collect kereta di parking bersebelahan dgn airport tu. Tak susah nak cari. Sbb ade satu je Mini kat situ. hihi. Aku double check no plat, hmm betul la.

Kaunter sewa kereta Hertz dan kawasan parking kereta sewa
(Belum ape2 lagi dah ade barang aku shopping dari LCCT. hihi)


Sampai2 di kereta, mula2 aku wat, set GPS dulu, pastu bergambar sakan. Haha..jakun. Dalam 15 minit jgaklah aku study dulu kereta ni sebelum teruskan perjalanan. Takut jugak tak tau mane nak tekan signal, lampu, wiper, radio, etc.




CAVERSHAM WILDLIFE PARK

Destinasi pertama aku adalah Caversham Wildlife Park. Tak berapa jauh dari Perth International Airport. Hanya 30 minit je perjalanan ke sini. Jalan agak sunyi jugak dan matahari terik. Suhu dalam 16 darjah celsius. Sampai2 di Caversham Wildlife Park, risau jugak tak bukak lagi. Sbb aku sampai awal. Lebih kurang pukul 8.15 pagi. Nasib baik dia dah bukak awal. Ade jugak la beberapa family yg dah masuk. Tiket masuk Caversham Wildlife Park ni mahal jugak. Tapi takpelah, saje nak merase. Nak berbaloi, kene lepak sini lame2 dan enjoy semua show yg diorg ade.



First sekali aku pegi tengok kangaroo. Banyak gile kangaroo die. Mule2 aku takut gak. Mane tau die mengganas ke. (Banyak sngat tengok Animal Planet). Tapi semua kangaroo ni sangat2 baik dan manja.

Mase ni, tinggal aku sorang je kat sini. Aku amik gambar pakai timer je. Tgh2 amik gambar, ade 2 ekor kangaroo ni sibuk gigit tali camera aku..kacau je nak amik gambar. haha



Ni keje dia menggaru je. Garu2 kiri, garu2 kanan

Kangaroo tengah tidur. Aku ingat diorang pengsan tadi..

Antara spesis rodent yang ade di Caversham Wildlife Park


Orang yang tunjukkan demo cukur bulu kambing biri-biri.

First time jumpe Llama. Besar jugak! Kalau dulu jumpe Alpacas di New Zealand. Rupe lebih kurang mcm Llama. Cume saiz die kecik sikit. Tapi kedua-dua nya tu spesis camelids (spesis unta). Yang bawah tu, korang taulah spesis ape kan. hahaha..tapi yg ni berbulu panjang. Nasib baik diorg tengah tidur. Takut jugak aku tengok diorg. Macam garang je..dah lah besar..

Ni plak spesis ayam berbulu panjang. Haish ..macam2 la..

Aku tak pasti ni menatang ape. Sbb takde tulis. Tapi rupenya mcm lembu tapi berbulu panjang.

Aku tak pasti ape yg terjadi kpd pony yg terbaring  tu. Sakit agaknya..

Tepat pukul 10 pagi, show di Molly's Farm pun start. Mereka tunjukkan demonstrasi cukur bulu kambing biri-biri dan cara-cara panggil kambing biri-biri dgn cara traditional. Orang yang cukur bulu kambing biri-biri tu mmg berpengalaman la.. sbb diorg kene cukur bulu dan jadikan bulu2 tu 1 piece, supaya boleh ditebarkan jadi carpet atau boleh buat baju sejuk. Baru mereka boleh jual dgn harga yang mahal. Kalau cebisan yang kecil pun diorg boleh jual jugak. Cume harga tak berapa mahal dan hasil produk yang agak terhad. Walaupun diorg ni profesional, tapi kadang2 ade jugak luka2 kecik kat badan kambing biri-biri tu. Tu perkara biasa. Mereka letak ubat sikit, pastu eloklah..



Ni sesi paling comel.. Sesi menyusukan anak kambing untuk kanak2 !! Untuk orang dewasa tak de ke.. :-( nak jugak..
Perah susu lembu plak..








Lepas habiskan masa yang agak lame, di Caversham Wildlife Park, aku teruskan perjalanan ke destinasi lain plak. Cuaca sangat2 panas walaupun suhu 16 darjah celcius. Sbb matahari terik dan awan tak de plak tu. huhu.

Itinerari yang tulis kat Post-It notes. Takut aku lupe. Sbb dah susun ikut kawasan / jarak

The Margaret River Chocolate Company

Destinasi seterusnya, aku singgah sebentar di Margaret River Chocolate Company. Tempat ni tak jauh dari Caversham Wildlife Park. Hanya 10 minit je. Di sini, kite boleh tengok diorg wat chocolate, rase chocolate, minum dan makan di cafe, shopping chocolate dan cenderahati. Bagi peminat-peminat chocolate, tempat ni mmg akan membuatkan kite jadi gile sekejap. Aku tak tahan dgn bau chocolate, mmg menggiurkan! Perut tengah lapar plak tu! Macam2 produk chocolate ade jual. Chocolate bar, chocolate sauce, chocolate milk, cocoa powder, chocolate cake, brownies, chocolate scented candles, foot spa & segala sabun yang berasaskan coklat, dan banyak lagi! Harga agak mahal la. Tapi nasib baik sedap! Nak jimat, beli lah 1 set hamper die. Murah sikit. Di sini jugak ade cafe. Makanan dan minuman ade dijual di sini. Aku tapau chocolate milk (kotak kecik) dan chocolate truffles. Tak sempat nak snap gambar, aku dah ngap! Geram sangat. Selain tu, aku beli satu set small hamper untuk Zul. (Kata untuk Zul, tapi aku beli dark chocolate ~~ aku yg suke dark chocolate sebenarnya..hihi)


Chocolate testing everybody!!

Omagad..Omagad..Omagad..!!!

Fremantle Prison

Sampai je di Penjara Fremantle ni, aku terus parking. Nasib baik orang tak ramai. Lepas bayar parking, aku terus masuk. Penjara Fremantle ni adalah satu-satunya world heritage dan penjara yang terbesar di bina oleh banduan di Australia Barat. Penjara ni dah digunakan lebih 140 tahun sampailah tahun 1992, diorg bukak untuk public. Di sini ade beberapa tour yang kite boleh join. Ade Doing Time Tour (setiap 30 minit, tempoh tour selama 1 jam 15 minit, lawatan ke kawasan penjara, tempat banduan dipenjarakan, tempat makan, berehat, tempat hukum gantung, etc), Great Escapes Tour (setiap 1 jam, tempoh tour selama 1 jam 15 minit, lawatan ke tempat2 banduan cube lepaskan diri dan cara2 diorg lepaskan diri), Tunnel Tour (waktu tour dah ditetapkan, tempoh tour selama 2 jam 30 minit, lawatan ke bawah tanah penjara sejauh 20 meter, lalu terowong, naik boat, dan lain2) dan Torchlight Tour (setiap hari Rabu dan Jumaat, tempoh tour selama 1 jam 30 minit, melawat penjara pada waktu malam) ~ ni yang paling best ni..hihi. Tour dgn harga combo pun ade kalau nak semua harga dia AUD99.00.
Pintu masuk Fremantle Prison


Convict Cafe
Nama cafe pun power tu..name menu pun ala2 penjara gitu.haha. Lepas aku beli tiket kat kaunter, aku terus masuk cafe. Lapar gile dah. Aku order shrimp burger. Tour dah nak start lagi 15 minit. Dalam 5 minit, burger aku tak siap2 lagi. Gelabah jugak aku. Aku bagitau waitress tu, mintak die tapaukan burger aku. Sbb tour dah nak start. Yang paling best tu, die tapau kan burger aku, siap potong kecik2. Die kate, nnti senang nak makan. Cucuk je pakai lidi. Alolo..sweetnye..


Dalam group Doing Time time aku tu adelah dalam 15 orang. Tour guide yang bawak kami tu namenye Paul. Tua dah orangnya. Kami semua dlm tour dipanggil banduan. Kononnya nak masuk penjara la nih. Dia bawak kami, dari tempat mulanya banduan masuk penjara. Siap periksa badan kitorg. Tapi nasib baik tak bogel. Sbb mcm tulah cara banduan dulu2 diperiksa sebelum masuk penjara.

Jadual harian banduan di Penjara Fremantle

Antara kawasan-kawasan penjara yang aku lawat. Division 1 untuk banduan kanak-kanak, di mana kanak-kanak sekecil 9 tahun dipenjarakan. Kesalahannya kadang2 mencuri makanan, bergaduh. Kanak-kanak paling muda yang mati dihukum gantung umur 15 tahun, sbb kesalahan membunuh. Selain tu aku melawat tempat makan, dapur, gym, tempat berehat, bilik mandi, pejabat warden, dan pegawai2 penjara, tempat hukuman gantung dijalankan dan lain-lain.

  


Fremantle Market

Dari Fremantle Prison nak Fremantle Market ni dekat je..nak jalan kaki pun boleh. Dari Fremantle Market, dah boleh nampak Fremantle Prison kat atas bukit. Aku park kereta tak jauh dari Fremantle Market. Bayar parking mahal plak tuh. Kadang2 1 jam AUD1, kadang 1 jam AUD2. tngok kawasan la. Aku plan nak bershopping berhabis-habisan kat sini. Sbb kate orang sini barang2 souvenir murah. Tapi setakat ni, kat sini kire murah la. Kalau balik ke Perth City harga barang mahal skit lah..Di Fremantle Market ni sebut je lah barang ape nak. Semua ade jual. Buah-buahan, makanan, kek, baju, kasut, barang2 cenderahati, semua ade. Acai Berry pun ade jual! Tapi Acai Berry yg original hokeeyy...Harge pun ok lah. Harge boleh bargain. Aku banyak borong beg, boomerang, tshirt, dan aku beli makanan untuk dinner sekali. FYI, barang2 kat sane ade yg mahal, ade yg murah. Macam t-shirt, untuk kualiti yg ok harge dalam AUD15 ke atas. Fuuh..mahal jugak tuh! At least kat NZ ade jgak jual t-shirt murah harge $5 sehelai. huhu. Tu sebabnye aku tak borong banyak sngat t-shirt kat sini. Beli 2-3 helai je. Nak barang cenderahati murah, mcm tote bag dalam harge AUD3-6. Kebanyakan barang-barang cenderahati diorg Australian Made. Tu yg mahal tuh..Cube kalau made in China. Mesti murah. hahaha. Tapi ade jugak barang yg "Made In China But Under Working Conditions and Quality Standards Supervised by Australian". Eleh..nak cover line supaya boleh jual barang mahal la tuh. huhuhu. Kalau nak murah, shopping di E-Shed Market pun ok. Cume sane tak berapa meriah, tutup awal. E-Shed market hanya 10 minit drive dari Fremantle Market.

Comel tak kereta saya parking kat situ? hihi


Keadaan dalam Fremantle Market

Ade basking tap dance show

Paella ~ atau Nasi Goreng & Acai Berry

E-Shed Market dan sekitar kawasan Fremantle

Dari Fremantle nak ke Perth City sambil2 aku drive nampak laut. Cantik..air biru. Terus aku u-turn, patah balik, berhenti tepi jalan, ambik gambar. Nak mandi kat sini pun takut. Mesti ade white shark.

Perth City

Dalam perjalanan pulang dari Fremantle ke bandar Perth aku singgah dulu di Harbour Town. Harbour Town ni ala2 mcm factory outlet. Murah jugak barang2 die. Masa keluar dari Harbour Town pun dah start traffic jam. Rupe2nye ade christmas party kat area Swan Bell Tower tu. Orang duk berpusu-pusu bwk tikar, makanan, berpicnic kat kawasan situ. Lame jugak lah aku duk berpusing-pusing kat bandar sbb banyak jalan tutup. Aku dah booked di Permelia Hilton Hotel. Dah sampai2 tanye, aku tanye mane parking. Bell boy tu kate sini tak parking. Yang ade pun valet parking AUD50/day. Adoi!! Die kate boleh parking di Perth Convention Centre. Hmm..mmg aku kene menapak la..Tak terfikir plak nak tinggalkan barang dulu lepas tu baru park kereta. Masuk ke parking Perth Convention Centre, penuh plak tu..tp at last jumpe jugak lah parking. Lepas tu satu hal plak nak bawak barang2 menapak ke hotel. Dah shopping sakan plak tu.hihi. Sampai di hotel pukul 7.30 gak lah. Plan awal2 nak check in hotel petang pastu nak keluar balik pegi round2 bandar malam2. Tapi hampeh..Dah check in, pastu tak keluar2 dah..

Shopping di Harbour Town

Suasana lewat petang di Perth


Parking kereta di Perth Convention Centre, lepas tu jalan kaki dlm 10 minit ke hotel. Cuace pun dah start sejuk..

Swan Bell Tower. Kalau nak naik pun boleh. Harganye AUD14.00/pax


Kan best kalau Zul ade skali..hmm.. mase ni dah rindu kat die dah..hihi

Makan malam ~ nasi goreng dan dessert buah mangga. Mangga tu aku beli kat Fremantle Market AUD3.00/box 

Hotel lobby

Breakfast yg sungguh marvellous! Favourite aku dim sum, hashbrown, scramble egg dan cereal die..



London Court

Keesokan harinya aku bangun lambat..huhu.. Subuh pukul 3 pagi plak tuh. Badan penat sangat, aku sambung membuta sampai pukul 10. Lepas tu kelam kabut bangun nak kejar breakfast..haha..Nasib baik sempat. Hari ni nak jalan2 bandar satu hari sampai pengsan..boleh? Next destination adalah London Court. Ni bukan mahkamah ye.. ni tempat shopping. Drive di bandar rase2 mcm lengang plak. Malam semalam punyelah ramai orang sampai sesak. Siang ni kosong plak. Semua mmg tak keluar rumah hari Ahad kot. Aku park di satu tempat, lepas tu aku jalan kaki di sepanjang jalan di bandar Perth tu. Nasib baik hari Ahad parking free. Hari ni mmg aku jalan kaki habis-habisan sambil shopping, cuci mate, makan, sorang-sorang.. gile kan? Tapi seronok jugak walaupun bosan takde boyfriend. Sampai je di kawasan London Court tu, aku dah nampak orang ambik2 gambar bangunan tu. Kejap kat depan bangunan, kejap seberang jalan, kejap melintas jalan..hahaha. Termasuklah aku. Kalau kite masuk ke London Court, kite boleh nampak kedai2 makan, cenderahati, dan lain2 berkonsepkan Tudor style. Macam kat Europe plak rasenye. Dari London Court tu boleh tembus ke kawasan shopping di belakang plak. Ala-ala mcm kat Bukit Bintang but better. So aku banyak menghabiskan mase hari tu berjalan sakan kat area tu aja..smpai dah xlarat nak jalan dah..Ade jugak beli cenderahati sikit, tp ade yg harge mahal, ade yg murah. Pandai2 lah cari.


London Court



Dari London Court, boleh tembus ke jalan ni..aku tak check plak ape name jalan die..

Antara kedai-kedai & restaurant kat situ

New Esplanade Hotel ni, antara hotel yang aku survey kat Agoda. Murah, tak murah sangat..tapi bile aku tengok depan mate, mcm spooky je. Dah aku sorang2..huhu. Nasib baik tak jadi stay sini.

Sterling Garden


Flight keesokan harinya agak awal. So aku check out awal2 dari hotel dan tinggalkan barang kat entrance hotel. Aku proceed amik kereta kat Perth Convention Centre. Sampai2 di Perth Convention Centre aku bayar parking AUD26.00!! adusss..nasib baik boleh pkai credit card kat machine. Sayang plak nak pakai cash. Mane tau nak shopping lagi / makan..Sampai hotel, ambik bag, terus ke airport. Sampai airport, aku park kereta di parking Hertz, dan drop kunci di kaunter. That's it. Senang je kan..Mase boarding, boleh plak machine bawak beg kat airport tu boleh rosak plak. Tak pasal2 delay..

Suasana di airport pada pukul 6 pagi

Pemandangan bandar Perth dari atas
Walaupun sekejap aku berada di Perth tapi ia merupakan pengalaman lain bagi aku. Sebab kali pertama travel berseorangan. Bagi aku, kalau pg Perth tak susah. Sewa kereta, pakai GPS, habis cerita. Sape2 pun boleh buat. Tak perlu pg sane pakai rombongan, tour guide bagai. Makanan halal pun senang cari. Cume kos kat sane mahal sikit lah. Nak jimat, boleh naik bas (free), train atau sewa kereta. Penginapan pun senang sbb kat sane banyak homestay serendah AUD70.00 semalam. According to my cousin, untuk homestay yg murah, boleh check kat Airbnb. Insya Allah, ade rezeki aku akan ke sane lagi dgn family plak..kali ni Cik Abang ikut skali..hihi

11 comments:

  1. hi...

    kejap eh u pg perth...menarik...selamat berkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Ekspidisi Gunung Kinabalu adalah antara entry awk yg paling sy suke!!!! teringin sngt nk mendaki gunung kinabalu. dah booking utk bulan april 2013 nih, tp cancel plak sbb kate diorg sharing dorm dgn lelaki dlm satu group. Kalau u nak mendaki gunung kinabalu lg sekali, I NAK JOIN!!

      Delete
  2. Hi, skjap je..sbb xde geng..haha.. terima kasih.. :-)

    ReplyDelete
  3. cayalah izyan, travel sorang2 mmg smpi mati pun xkan dilupakan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saje je kak. nak cube2. hihi.. anyway, thanks kak for reading my blog :)

      Delete
  4. Hai,nk tnya...utk car rental tu,blh x guna krdt card maybank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, as long as Visa / Mastercard / Amex boleh..xde masalah..

      Delete
  5. hi..penah book ikot airbnb ke? sy nak try tp cuak lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, tak pernah. tp sepupu sy penah. Ok je..no problem..hihi..
      contoh experience org booking airbnb dlm blog nih :
      http://syurgawijr.blogspot.com/

      Delete
  6. salam kak liz. sy pun plan nk solo ke sana. nk tnya pasal sewa keta tu diorg nak jaminan apa2 ke? eg min cash dlm bank acc ke, deposit kunci ke? harap ada jwpn. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mimi, hampir kesemua tempat, syarat utk sewa kereta kene ade credit card je. Diorg just swipe utk deposit. Mmg mudah & cepat. Tak banyak tempat yang terima cash & debit card tapi ade juga, contoh Bayswater Car Rental cume jauh dari airport.

      Delete