Add

Wednesday, December 5, 2012

Sipadan Island (1 December 2012)

Hari kedua kami ke Pulau Sipadan untuk diving dan snorkeling. Permit aku dah mohon 6 months in advance. Uncle Chang's Backpackers Lodge dah uruskan semua. Kos ke Pulau Sipadan agak mahal berbanding dengan pulau-pulau lain di Malaysia. Yela.. pemandangan dan hidupan di dasar laut yg tercantik, diikhtiraf sebagai tempat diving terbaik di dunia dan sebagai salah satu 7 world wonders of nature. Mestilah istimewa berbanding dengan pulau-pulau lain. Dulu Uncle Chang's Backpackers Lodge sebenarnya bertempat di Pulau Sipadan. Lepas tu semua resort di Pulau Sipadan diarahkan berpindah keluar dari pulau tu. Ade beberapa diving spot di Pulau Sipadan. Antaranya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens. Aku berpeluang diving di 3 tempat; Barracuda Point, West Ridge dan South Point.
3 Dives @ Sipadan : RM640.00 / person

Snorkeling @ Sipadan : RM540.00 / person

Underwater camera (from divemaster) : RM100.00 / day


Ni lah underwater camera yang aku sewa dari divemaster. Nanti aku nak beli satu lah casing untuk G12 aku. Lainkali tak payah sewa lagi. 1st dive tu, boleh plak rupe2nye bateri camera ni kong..huh, bengang lah jugak. Nasib baik before 2nd dive tu diorg charge balik. Cume 2nd dive tu, aku tak bersihkan betul2 casing tu. Fogging plak. huhu.. tapi okla.. asal nampak hidupan laut cukuplah.. 3rd dive tu baru la marvelous..terbaik!

Mule2 tu hujan di Pulau Mabul sampai lah ke Pulau Sipadan. Kitorang gear up pun dalam hujan. haih..Laut plak tgh berombak. Nasib baik aku tak muntah sambil pasang BCD & tank. huhu

Yang rambut dreadlock tu name die Alfred. Rimas plak aku tengok rambut dia..hahaha..
tp die sangat2 friendly.. bercakap je tak abis2..

Mamat ni yg tolong aku bile aku tak boleh nak descend nih... sbb weight aku sikit sangat. 2nd time tu baru aku tambah 4 weight. Baru lah ok..
Sampai je di Pulau Sipadan, masih lagi hujan. Kitorg pg daftar dulu kat kaunter. Lepas tu berlepas ke tempat diving.
Abis 1st dive, kami berehat di Pulau Sipadan.Mase tu dah tak hujan dah. Panas terik plak. Sunblock plak tak pakai. Mmg hitam legam la jawabnye. Di Pulau Sipadan ni tak de ape. Takde resort, takde kampung. Hanya ade tentera je yg jaga. Kalau datang untuk ke Pulau Sipadan shj untuk lepak2 mmg rugi bayar permit la.. Nak berbaloi, kene diving kat sini.
Baru best!
Pantai Pulau Sipadan
Sekitar Pulau Sipadan
Tengahari tu singgah minum dulu.. Macam biaselah, kami buat teh o panas makan dengan sandwich jem nenas.. pergh..sedap..Sambil2 charge camera, aku lepak2..berehat.. jap lagi nak dive lagi. Mase ni, Zul tinggal kat sini sementara kami pg diving. Nak lepak2 katenye. Tenangkan fikiran, rileks2.. Kami pun proceed pg naik boat untuk pegi diving spot yang seterusnya.
Ni divemaster aku - Ridwan. Sangat bersabar dengan aku yg suke panic dan kelam kabut. hahaha
1st time jumpe penyu..excited! Mase dive kat Pulau Perhentian, tak jumpe penyu..

Ni antara video Keek untuk tatapan you all. Tapi jangan tanye aku camne aku rakam Keek bwh laut nih..huhu :


Barracuda Point
Bumphead Fish. Comel gak. sbb die jongang..hihi
Di Pulau Sipadan, yang istimewanya, ade macam tebing sepanjang aku dive tu.. Bile ambik gambar coral tu, macam tengok dinding pun ade. Dekat bawah aku dah xnmpak ape2 dah. Hitam semuanya.
Aku tak terbayang berape dalam bawah tu.
Berposing bersama sekumpulan barracuda
Bersama-sama penyu comel
Adoi.. stamp pun comel!!

Seterusnya >> Pulau Bohey Dulang

Seterusnya >> Pulau Mabul

No comments:

Post a Comment