Add

Sunday, December 3, 2023

Weekend picnic & quick staycation in Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson

Abah ada tournament tennis di Royal PD Yacht Club. Jadi alang-alang abah nak ajak semua satu family lepak di PD. Abah booked bilik di Pacific Regency Beach Resort (Dulu dikenali sebagai Ming Court). Berpuluh tahun jugak hotel ni terbiar. Takut jugak berhantu hihi.. Awal pagi kami terus ke port kami selalu berkelah, lepak-lepak makan mandi laut dulu sebelum check in. Kami cuba nak berkhelah depan hotel tapi tempat mcm tak berapa best. 





Kawasan terlalu rapat dengan pantai, pasir basah sbb tempat air pasang. Jadi kami tak prefer nak pacak khemah kat situ. Lepas tu rasa mcm parking kereta jauh. Kemudian baru tahu boleh parking dekat. Mungkin next time boleh consider




Last-last kami berkelah di tempat biasa jugak :)





Dalam tengah hari mak abah pun sampai join sekali kami berkelah. Alhamdulillah makan lebih dari cukup. Walaupun cuaca panas terik tapi beragin. Jadi best betul lepak tepi pantai





Siap boleh order milo ais kat gerai belakang


Air dah surut boleh tengok ketam!















Dalam pukul 2.00 petang kami terus ke hotel. Dah request awal untuk early check in. Alhamdulillah dapat check awal. Abah booked bilik Family Suite. Ade 2 tingkat, 3 katil, 2 toilet, kitchen cabinet, dining area dan reading room. Memandangkan mak abah insist nak tido kat katil tingkat 1, kami tidur la di master bedroom. Toilet di bawah takde tempat shower. Tempat shower hanya ada di tingkat atas sahaja.



Master bedroom yang sangat selesa



Katil super single mengadap pantai. Bilik ni paling best


Tangga die agak sempit jadi kene hati-hati










Siap ada reading room dengan writing desk. Kemain!







Petang tu kami ke pasar malam. Seronok jugak, mcm-mcm makanan ade. Mase kepingin sangat teh ais cincau. Kat Cyberjaya nak order teh ais memanjang cincau habis. Pasar malam die tak besar sangat tapi banyak pilihan




Malam tu kami makan makan di tempat biasa kami selalu pegi - Lantak Cafe @ Port Dickson







Malam tu memborong jugaklah kami di Baden-Baden Bundle. Sekarang harga pun dah tak murah mcm dulu. Baju budak pun starting RM9.90



Pagi tu kami semua breakfast di hotel. Makanan die okay lah walaupun tak banyak pilihan. Tapi makan favourite Danish semua ada.. bubur, kek pisang, tembikai.. banyak jugak die makan








Lepas tu kami terus ke pantai





























Overall kami suke la stay kat sini. Bilik die baru refurbish, dekat dengan pantai, dekat dengan kedai bundle, kedai runcit dan restaurant. Senang, jalan kaki je kalau nak merayau malam-malam. Pantai pun best sebab tak berbatu dan bersih. Insya Allah kalau ada rezeki, boleh stay di sini lagi

No comments:

Post a Comment