Add

Wednesday, December 13, 2023

Singapore Jewel Changi Airport


Daripada Woodlands MRT kami terus ke Changi Airport. So basically Jewel ni mall la di sebelah Changi Airport. Mall yg sangat hebat, cantik dan mengagumkan. Kalau stranded di airport, mmg takkan bosan, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Turun dari MRT, ikut je signboard, terus jumpa, tak susah pun. Turun dari MRT terus lalu di link bridge di Level 2, jalan kaki dalam 6 minit terus sampai di Jewel. Boleh nampak dari jauh bentuk bangunan yang unik.




Train line MRT di Singapore tak terlalu complicated, lama-lama dah boleh hafal. Danish pun dah faham nak travel naik MRT di sana. Budak kecik tu suka betul naik train. Marah die kalau naik train kejap-kejap. Lagi lama perjalanan, lagi die suka.



Mula-mula plan nak jalan-jalan di airport, tengok landing/take off lookout, tapi last-last penat, malas nak pegi hihi.. maybe next time


Dari jauh dah nampak bangunan Jewel :)






Dari airport dah nampak signage laluan ke Jewel


Masa tu kami sampai awal jugak untuk tengok HSBC Rain Vortex. Kecewa, sebab senyap sunyi je, takde bunyi air terjun. Lepas tu confuse, eh ade timing ke eh? Petang ke? Malam ke? Setahu saya malam hanya lights & sound show. Ntahlah.. pasrah je.. Lepas tu pegi makan.. lapar!


Takde waterfall pun cantik gile!


Ni plak air terjun di tingkat bawah


Jom tengok wayang






The Alley :)







Dah makan, masa kami naik atas terdengar bunyi air terjun. Wah! Rupa-rupanya pukul 11.00 pagi baru ia beroperasi. 11.00 pagi - 10.00 malam tak silap. Excited gile tengok


Sekali-sekala die keluar wap





















Tempat ni besar juga nak explore. Tak abis explore pun. Banyak tempat untuk ambil gambar dari pelbagai sudut. Boleh naik atas juga kalau nak
















Port di sini paling cantik untuk ambil gambar. Nampak semua :)


Nak naik train pun boleh juga tapi view di dalam train tak menarik macam di sini. View train & air terjun lagi mengagumkan







Seronok si kecik sebab ade Super Mario :)

No comments:

Post a Comment