Add

Wednesday, December 13, 2023

Bugis Street, Arab Street and Muscat Street @ Singapore


Tak sabar nak ke hotel untuk berehat. Sebab nak keluar petang utk jalan-jalan lagi. Kalau tak rehat nanti lemau plak sampai ke malam. Sebelum ke hotel kami singgah dulu beli ais krim untuk Danish. Teringin sangat katenye. Dari Bugis MRT jalan kaki dalam 6 minit ke Hotel 81 Bugis. Di kawasan tu memang happening. Nak makan pun senang.




Bangunan National Library ni menjadi panduan kami ke hotel





 Adoii tak panas ke naik bas double decker tgh-tgh hari buta? hahaha.. Enjoyyy





Sebelah pun ada 7 Eleven. Budget hotel yang lain pun ada kat area sini




Bilik kami comel je. Alhamdulillah dapatlah berehat dengan selasa. Bersih dan kemas. Harga pun berpatutan dan lengkap dengan semua keperluan. Kami berehat, tidur lebih 2 jam jugak huhu.. dapatlah berehat dan segarkan badan. Tak cukup tidur semalam. Petang kami ke area Sultan Mosque (melalui Bugis Street). Berdekatan situ ada Arab Street, Muscat Street, Haji Lane dan Kampong Glam. Cuma kami tak dapat nak explore semua. Dari hotel, tak jauh pun jalan, dalam 10 minit kot. Sebab kubah masjid dah boleh nampak dari area hotel












Sultan Mosque






Di Muscat Street ni ada banyak restaurant turki dan arab. Kami tak minat sangat makan nasi arab huhu.. Maybe next time boleh lepak minum-minum makan kunafa














Lepas tu kami makan malam di Zam Zam Restaurant. Restoran ni agak popular di kalangan orang Malaysia. Bagi kami okaylah.. sedap tapi takde tiada tandingan. Portion die besar. Terlebih cukup kami makan sekeluarga. Siap tapau bawak balik







Sedapnye milo dinosaur :)


Keluar-keluar dari restoran, hujan renyai-renyai. Lupe plak bawak payung, ada kat backpack lagi satu. Nasib baik semua pakai topi dan hujan tak lebat.







Zaman-zaman dulu suke membeli-belah di Bugis Street sebab murah, tapi rasa mcm dah mahal pulak barang-barangnya. Sebelum ni ada tengok-tengok barang-barang souvenir kat area Arab Street, rase mcm kat sana lagi murah berbanding dengan di Bugis Street. Malam sikit kami patah balik ke Arab Street untuk shopping sikit buah tangan. Nasib baik ada kedai yang masih bukak. Sebab bila weekdays, kedai-kedai tutup awal.


Kat belah belakang Bugis Street ada kedai jual barang-barang pelbagai. Kebanyakannya murah jugaklah. Orang gelar kedai ni kedai $1 dollar shop. Biasalah, ada murah & berbaloi dan ada yang mahal. Kami borong jugaklah di kedai ni.








Saje beli sebab ada nama Danish hahaha.. Tapi tak sedap sangat pun


Malam tu saje beli jus oren kat vending machine. Kat Malaysia berlambak, tak nak plak try haha



Pagi tu breakfast dulu. Target asal nak try cafe-cafe unik tapi malas nak jalan mencari, malas plak nak check status halal. hahah. Last-last pegi dekat-dekat je, asalkan kenyang





Lepas breakfast sambung shopping, cari baju budak kecik ni.. Cerewet jugak dia, tak nak t-shirt biasa, nak t-shirt berkolar SGD18.00 sehelai wei.. nasib baik dapat jumpa kedai yang jual murah sikit






Adoii beli snack untuk budak ni paling mahal.. SGD8.00/100 gram. Daddy tak tau ni hahaha..



Masih awal, banyak kedai yang tak bukak lagi










Banyak-banyak benda, key chain Luffy (One Piece) jugak yang dia suka :)

No comments:

Post a Comment