Add

Sunday, October 6, 2019

Port Dickson, Negeri Sembilan (September 2019)

Dah lame tak pegi Port Dickson. Last time pegi awal tahun (Februari 2019). Kali ni husband bawak family jalan-jalan sekali. Sebelum ni stay di Thistle (favourite) tapi kali ni saje try Avillion Port Dickson plak. Nampak mcm best. Harga pun masa ni murah sikit compare dengan Thistle. Alhamdulillah cuaca mase ni sangat-sangat best. Langit cerah, tak de awan, laut nampak kebiruan. Tapi mmg panas la. hihi..


Favourite spot setiap kali bile lunch mesti pekene cendol di PD Famous Cendol. Pastu makan kambing bakar.



Check in awal, tak lame lepas tu, hotel call kate bilik dah ready. Parking di Avillion Port Dickson agak jauh dan padat. Kalau penuh kene parking di seberang jalan. Agak kurang best bile hujan/panas/barang banyak. Bagi aku bilik die ok, tapi agak jauh berjalan. Susah sikit bila bawak orang-orang tua berjalan, kesian jalan jauh dalam panas. Bilik agak kecik berbanding dengan di Thistle dan tak berapa bersih. Kedua-dua bilik di Thistle dan Avillion ada daybed (kat tepi tingkap). Kalau di Avillion, stay 3-4 orang agak cramped.





Lepas check in, terus ke swimming pool. Agak bercinta la juga jalan jauh ke swimming pool hahaha.. so pastikan takde barang2 tertinggal eh














On weekends akan ada persembahan caklempong kat sini

Petting zoo pun ada tapi hanya bukak pukul 10.00 - 11.00 pagi tak silap


Cochin pool ni hanya terbuka untuk orang dewasa

Kalau nak masuk aVi Lounge ni ade entrance fees pastu hanya untuk orang dewasa :(
such a deal breaker.. sigh..


Kebetulan belah belakang resort tu ada event (dinner party) cantik jugak setting buat di tepi pantai










Dah puas mandi swimming pool, beralih ke pantai plak. Mase ni air masih surut. Kami just jalan-jalan tengok kerang dan ketam.
















Malam tu kami pekene makan western dekat2 situ. Lupe plak ape name restaurant tu. Tapi mmg best. Next time nak lepak sini lagi. Harge ok, orang tak berapa ramai (mungkin sebab mase tu hari Jumaat)





Kalau di Thistle, malam-malam ada tayang movie di tepi swimming pool + bentang tikar + bean bag. Di Avillion, ada bilik untuk tengok movie :) Mase ni tayang Aquaman

Di pantai agak meriah sebab terang, banyak lampu2 dan ramai lepak kat situ





On the way pegi breakfast



Lepas breakfast, kami bawak mak abah bersiar-siar di area situ. Ade rezeki dapat tengok burung merak kembang. Cantik dan jinak :)







Lepas breakfast, sambung lagi mandi swimming pool sebelum  check out




Sempat masuk petting zoo
















Sebelum balik, sempat pekene teh ais cincau. Pun favourite!

1 comment: