Add

Sunday, October 13, 2019

Explore Kansai : Nara, Japan (Autumn 2019)


Sebelum ke Nara kami singgah sekejap ke Tsutenkaku Tower jalan-jalan sekejap bawak mak. Lepas tu terus naik metro ke Nippombashi Station. Sampai sane, tukar train ke Kintetsu Line dan terus ke Kintetsu-Nara Station. Sampai je di Kintetsu-Nara Station kami terus jalan ke belah kanan untuk ke Nara Park. Sebelum sampai lagi, dah nampak rusa-rusa berjalan-jalan cari makan. Kitorang mmg dah ready bawak roti siap-siap dari rumah. Walaupun tak dibenarkan bagi makanan luar pada rusa kat sana, tapi kami cuba tak bagi makanan depan orang ramai dan especially jangan bagi makanan lain kepada rusa depan gerai jual makanan rusa.. mmg kene marahlah hahaha..

Masa naik train menghala Kintetsu-Nara Station boleh nampak pemandangan Osaka dari jauh

Kintetsu-Nara Station lebih dekat dengan Nara Park. Kalau JR Nara Station jauh lagi nak jalan

Danish Ilham terlebih excited dapat jumpe superhero. Mcm rupe Power Rangers tp ade tanduk rusa. haha





Sampai-sampai terus kene serang dengan rusa-rusa comel.. nasib baik bawak roti. Tp kene hati-hati jangan bagi org nampak.. Takut kene marah hihi

Makanan rusa yang kami beli





Harga makanan ada dijual 400 yen/satu tak silap.. kami beli 2 set jugak untuk buat stok jalan2.. Sambil2 tu kami bagi jugak roti. Kene hati-hati ye dengan tahi rusa especially yang fresh dan masih panas. hahaha.. Kalau tahi kering takpe lagi. Jangan risau tak dapat main dengan rusa. Ade banyak rusa kat kawasan tu dan kawasan Nara Park teramatlah besar. Kalau tak nak gangguan, pergilah jauh sikit, pasti ada ramai rusa akan menganggu mintak makanan. Semua jinak-jinak belaka.

































Pemandangan dari Starbucks di seberang jalan Nara Park


Lepas penat melayan rusa, kami duduk melepak sekejap di Starbucks. Kat sini, dapatlah duduk dengan aman, tak ramai orang. Hari tu ms di Kyoto mmg tak dapat duduk. Punyelah ramai orang. Nak tengok koleksi thumbler pun payah.. tak banyak choice. Dapatlah aku beli satu thumbler kat Starbucks Nara untuk office mate :) Dari Starbucks, kami jalan ke Higashimuki Shopping Street. On the way tu jumpe lagi rusa-rusa tengah melepak. Lalu jugak kedai cenderahati. Kami banyak beli mochi kat sini. Murah jugak, dalam 200 - 500 yen sekotak.


Tak cukup dengan shrimp rolls dan chocolate cake, husband beli lagi apple pie plak. Masa ni beli Sweet Potato Frapuchino.. Rare, tapi Sedap!

Ruang berehat dalam bangunan Starbucks



Roof top bangunan yang sama



Aku dan mak sedap shopping buah tangan, kat luar Danish Ilham dan Auntie Syaq plak sedap melepak dengan rusa bwh pokok




Lalu satu bangunan nampak mcm sekolah, tapi tak pastilah.. Tapi yang pasti rusa-rusa comel ni bersepah





Di Higashimuki Shopping Street sempat singgah ke Nakatanidou Mochi Pounding. Dapatlah tengok orang buat mochi dan dapat makan panas2.. Tapi mcm aku, xberapa suka sebab terlalu besar. Suke lagi makan mochi kecik-kecik comel. Bile makan yang besar, rase muak plak dan payah nak abiskan yang satu tu. Tapi tak dinafikan mmg sedap, kenyal dan fresh. Makan sejuk2 pun sedap, apetah lagi makan panas-panas. Mochi yang aku beli, makan esok lusa pun sedap lagi.

Dah selesai semua, kami ke Kintetsu-Nara Station untuk ke Osaka. Mak nak berehat, jadi kami hantar  mak balik rumah dulu sebelum keluar semula nak pegi Den Den Town dan Dotonbori di sebelah malam.


Nakatanidou Moching Pounding dan sebelah tu ada kedai kebab halal.. Tak singgah beli kebab pun sebab dah kenyang makan kat Starbucks







Hmm.. Danish Ilham beli jugak capsule rusa ni.. Nasib baik comel






1 comment: