Add

Thursday, December 26, 2013

EXPLORE TOKYO : Asakusa, Ueno, Cat Cafe in Shibuya, Harajuku & Akihabara (Day 6)

Lepas breakfast sendirian berhad dlm bilik hotel, kami mula2 perjalanan kami pada hari ni ke Asakusa untuk membeli-belah barang2 souvenir. Turun je di stesen Asakusa, dah boleh nampak dah Nakamise Street. Kalau tak dapat jumpe pun, setiap stesen akan ade map kawasan setempat. Boleh lah double check kedudukan tempat yang kite nak pegi.



Shopping di Nakamise Street mmg best. Harga pun ok, banyak bende boleh beli. Fridge magnet, t-shirt, tea set, toys (Japan kan popular dgn mcm2 toys kan), kimono, makanan2 ringan dan banyak lagi. Mungkin ade tempat lain yang lg best untuk shopping souvenir tp kami sengaja pilih 1 tempat untuk shopping. Senang, takyah pg tempat lain.






Senso-Ji Temple yang terletak di Asakusa adalah temple yang tertua di Tokyo










Lepas selesai shopping, kami berhenti di stesen Ueno plak. Plan asalnya nak ke Ueno Zoo, tengok panda bear dan National Museum of Nature & Science, tp malas plak nak masuk zoo..huhu..

Jalan2 di Ueno Park. Kalau mase musim bunga, taman ni cantik sangat dengan bunga cherry blossom ataupun dikenali sebagai bunga sakura. Cer google.. cer google.. cantik tau



Jauh lagi nak sampai ke muzium nih.. haih.. nak tengok Hachiko pnye psl lagi..hahaha

Ni landmark muzium, nampak je paus ni dah sampai la tuh



Ni plak Hachiko yang sebenar yang dah diawetkan. Ok dah. Jom balik.

Yang kat belakang tu plak antara sled dog (Taro dan Jiro) yang ditinggalkan di Antarctica selepas sekumpulan saintis Jepun selesai buat kajian kat sane. Total yang ditinggalkan 15 ekor anjing Shakalin Husky yang dirantaikan tp selepas setahun diorg dtg balik, 2 ekor je yang hidup. Itu pun selepas ramai yang marah diorg ni tinggalkan anjing tu kat sane dengan berantai dan tanpa makanan.

Ni plak antara meteor-meteor yang jatuh di Japan. Gile ar...

Yang seronoknya pegi muzium di Japan ni, segala macam ade. Fosil dinasour la, meteor la.. mcm2. Yela, di Malaysia tak de bende2 cmni kan..



Jangan lupe, Japan pun antara negara yang hebat dengan teknology jam awal2 dulu.



Tak dapat jumpe panda betul. Jumpe plak patung giant panda.
Lepas habiskan masa di Ueno, kami berkejar plak ke Shibuya semula untuk ke Cat Cafe. Risau sbb takut tutup awal ms winter ni. Tak susah nak cat cafe tu sbb dah survey semalam..huhu. Name Cat Cafe ni Hapineko Cat Cafe. Di Jepun dan Korea mmg popular dengan cafe berkonsepkan binatang2 ternakan ni. Sebab kebanyakan mereka tinggal di apartment dan sesetengahnya tak dibenarkan bela haiwan peliharaan. Jadi mereka datang ke cat cafe / dog cafe untuk main2 dengan haiwan2 ni sambil lepak2, bace buku, dating2. Pendapat peribadi aku, segala yang ade di Tokyo selalu mahal & kecil. Tu biase lah. Sama juga seperti cat cafe. Kalau di Seoul, Korea, tiket masuk cat cafe lagi murah dan dikira per entrance + drinks. Cafenye juga besar dan luas. Tp kalau di Tokyo, tiket masuk dikire setiap jam, harga mahal sikit + drinks. Cafe di Tokyo pun kecik. Yela.. kat Shibuya, tempat pun tempat tumpuan, mestilah sewa pun mahal dan semua kedai2 keci2.. Standard la tuh di Tokyo. Nak tengok rumah besar / kedai besar, kite boleh nampak di kawasan jauh skit dari Tokyo.

Nak pegi cat cafe kene tengok masa. Kalau orang terlalu ramai, kene tunggu dulu. Pastu nak enjoy main dengan kucing kene dtg lewat2 petang sikit. Mase tu kucing dah aktif. Kalau awal2 sngat diorg tidur jee.. Ade gak orang kate kucing2 ni tak berape aktif sbb diorg bagi dadah.. ape daahhh.. tengoklah timing..

Somewhere kat atas ni la Hapineko Cat Cafe tu..



Sup kucing

Lepak dgn kucing sambil membaca

Masa ni orang tak ramai lagi..




Comel tak selipar yang kami kene pakai..hihi


























Lepas puas tengok kucing kami pegi ke Harajuku plak. Kalau nak tengok awek2 jepun pakai baju fashion pelik2, kat sini la tempat nye..Dari Harajuku Station dah boleh nampak Takeshita Street.




Nak jugak pegi Daiso! sbb sini murah.. semua barang harga 105 yen je (3 ringgit lebih)

Kalau sampai di Harajuku jgn lupe makan crepe ok!! Kami makan mcm2 crepe, fruit salad crepe ade, tuna ade, coklat pun ade.. Makan panas2 pergh.. mmg best. Lebih kurang ade 100+ menu. Mmg rambang mata.



Kami ramai2 makan kat belakang lorong ni, siap ade tong sampah. Senang. Tak sepah2.


Baru pukul 5 lebih

Beratur nak beli crepe


Bile balik KL, agak2 rindu nak makan crepe, aku boleh g Pavilion makan kat sane. Mcm2 boleh makan, ayam, daging..hihi
Sebelum balik ke hotel ade 1 tempat lagi yang kami nak singgah iaitu Akihabara atau pun dikenali sebagai Electric Town. Kalau kat KL kite Plaza Lowyat untuk cari barang2 komputer, handphone, etc. Tapi di Akihabara, satu bandar tu jual barang2 elektronik dan barang elektrik. Bukan saja komputer, handphone, malah ade barang2 elektronik (tv, kipas, segala machine, etc), komponen2 elektronik (perintang, transformer, fius, cable, etc), video games, toys (Gundam, Avenglion, etc) dan macam2 lagi. Bandar ni pun cantik sebab banyak lampu2. Ala2 mcm kat Vegas. haha.. Tapi bagi ibu2 bapa2 yang membawa kanak2 hati2 ye sbb banyak gambar2 kartun untuk orang dewasa..hihi..







Antara bende yang aku kagum kat sini - parking lot die. Kalau tengok filem Ghost Protocol, kan ade scene diorg parking kete pakai lif kan.. ha, ni exactly camtu. Kite drop je kereta kat situ, akan ade lif bawak kereta tu parking kat atas. Aku ingat fiksyen belaka, rupenye betull..hihi



Orang jepun ni kebanyakannye balik keje lambat betul.. Train penuh dgn orang balik keje..huhu


Ni antara Gundam yang kami beli kat Akihabara. Menyesal kami tak borong untuk kawan yang gile Gundam. Harga murah dan definitely original from Japan. Bukan China / tiruan.
Esok plak, hari terakhir kami di Tokyo, kami nak abiskan masa di Shinjuku, membeli-belah di Ginza dan jalan-jalan di Odaiba, satu pulau buatan di Tokyo. Malam ni kene tidur puas2..

EXPLORE TOKYO : Haneda (Day 1)
EXPLORE TOKYO : Fuji-Q Highland (Day 2)
EXPLORE TOKYO : Kawaguchiko Lake (Day 3)
EXPLORE TOKYO : Fujiten Snow Resort (Day 4)
EXPLORE TOKYO : Ryogoku, Sumida, Shibuya & Minato (Day 5)
EXPLORE TOKYO : Asakusa, Ueno, Cat Cafe in Shibuya, Harajuku & Akihabara (Day 6)
EXPLORE TOKYO : Shinjuku, Ginza & Odaiba (Day 7)

1 comment:

  1. Best nyer masuk kat street market diorang.. huhuhuu..
    Muzium diorang memang terbaik.. kesian pulak pada anjing2 yang ditinggalkan mereka..kejam betul la huhuhuuu...

    ReplyDelete