Add

Wednesday, December 25, 2013

EXPLORE TOKYO : Fuji-Q Highland (Day 2)

Pada hari kedua, kami meneruskan perjalanan dari hotel di Haneda ke Kawaguchiko. Sebelum sampai ke Kawaguchiko, kami singgah dulu di Fuji-Q Highland, taman tema yang berlatarbelakangkan Gunung Fuji. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Ni route kami dari hotel di Haneda :

Otorii station (Keikyu Line) > Sengakuji station (Keikyu Line) > Daimon station (Asakusa Line) > Shinjuku station (Oedo Line) > Otsuki station (Chuo Line Rapid Service) > Fuji-Q Highland Station (Fujikyu Line) > Kawaguchiko station (Fujikyu Line)

Sampai di Otsuki station, aku ternampak vending machine ni.. mcm best jeee!! Ade sup, coffee, ice cream pun ade. Keje gile la klau nak beli ice cream kan.. aku beli sup jagung. Sedaap

Di Otsuki station sebelum naik train Fujikyu Line






Tak de bende sangat nak cerita pasal Fuji-Q Highland ni..Gambar pun tak berape banyak. Sejuk sangat! Tak tahan..huhu.. Apa yang menarik di Fuji-Q Highland ni, ia dibina di kaki gunung Fuji dan berlatarbelakangkan gunung Fuji. Mmg cantik.. Kat sini juga ada kebanyakan roller coaster yang dulu adalah antara roller coaster yang terpanjang, tertinggi dan terpantas di dunia. Antara yang terhebat adalah roller coaster Fujiyama, Dodonpa, Eejanaika dan Takabisha.


  






Seriously, di Fuji-Q Highland ni agak sesuai sangat2 untuk orang dewasa sbb kebanyakan rides semua extreme-extreme belaka. Tu yang best tu.. Siapa-siapa yang nak bawak anak-anak kecik boleh, tp tak berapa nak enjoy la.. Mcm kami, kami hanya bayar tiket masuk je 1300yen/pax. Kalau nak naik, boleh bayar pay per ride. Tak mahal sangat pun. Kalau entrance tiket + unlimited rides harga die 5000yen/pax. Kami mmg plan tak nak naik rides, lebih datang nak tengok2 je.. Haiqal pun seronok tengok je, nak naik mmg tak lah..

Roller coaster ni special sikit. Selalu kite tengok roller coaster mula bergerak dengan rantai & gravity kan. Tp roller coaster ni mula2 jalan pakai ape tah, turbo ke hape nak start jalan. Mmg laju gile. Bunyi pun menakutkan..




Makanan yang kami enjoy kat sini adalah crepe. Beli tiket dulu kat machine sebelah pastu bagi kat kaunter. Senang kan? Tak payah nak communicate. Cakap kang bukan faham..

Banana, chocolate & almonds crepes!

Siapa-siapa yang berani, silakan.. Aku berani tengok je.. tu pun meremang bulu roma.

   

Kalau kat Genting Theme Park, bende buaian pusing ni rendah je.. Kat Fuji-Q Highland bapak tingginye!!


Dalam 2-3 jam kami lepak di Fuji-Q Highland, kami pun bertolak ke Kawaguchiko Station. Comelkan train ni!! tp bukan train kami.. ni rasenye train menghala ke Otsuki.



4 comments:

  1. Hello, saya nak tanya, dari Otsuki station pergi je Fuji Q Highland, di mana hendak beli ticket train? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry lambat reply.. Di station Otsuki mmg ade kaunter jual tiket utk Fujikyu line. Tq

      Delete
  2. Hi sorry sy nk Tanya kalau dari Tokyo macam mana nk ke sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr tokyo, boleh pegi dari Shinjuku station > Otsuki station (Chuo Line Rapid Service) > Fuji-Q Highland Station (Fujikyu Line) > Kawaguchiko station (Fujikyu Line)

      Delete