Perjalanan dari Kawaguchiko ke hotel ambil mase lebih 2 jam jugak. Agak memenatkan, kene plak orang tengah ramai balik dari keje. Lambat sikit dapat tempat duduk dlm train dari Otsuki ke Shinjuku dan dari Shinjuku ke Ryogoku. Sampai je di Ryogoku Staion (Oedo Line), jalan kaki dlm 5 minit sampai terus ke
Dai-Ichi Hotel Ryogoku.
|
Checking in! |
|
Seperti biase, baju tidur disediakan atas katil..hihi |
|
Lapar!! makan dulu |
|
Pemandangan malam2 yg sangat indah.. |
|
Berehat2 sebelum keluar balik lepas ni. Tengok tv semua dlm bahasa jepun, mcm faham je korang nih |
Lepas check in, sambil rehat2 dan setelkan ape yang patut, kami terus merangka perjalanan seterusnya. Utk malam ni kami nak ke Shibuya, Tokyo Tower dan Tokyo Skytree. Setakat tu je yang kami larat..hihi..
|
Gigih meneruskan perjalanan |
|
Kami turun di stesyen Oshiage (Asakusa Line). Ramai gile orang lepak kat sini.. Memang happening la.. |
|
Zul cukup suke dengan lampu-lampu kat tangga ni..cantik |
|
Nak dekat Christmas, hiasan-hiasan kat sane cukup meriah! |
|
Tokyo Skytree yang terletak di Sumida adalah merupakan menara yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter dan merupakan struktur kedua tertinggi selepas Burj Khalifa. Kat atas tu ade juga restoran berputar. Menara ni dihiasi dgn lampu LED bertukar2 warna dan tahan gempa bumi |
|
Zul dan tangga kegemarannya |
Perjalanan seterusnya kami ke Shibuya. Berhenti di stesyen Shibuya dan meraba2 cari Hachiko Square sbb sibuk sangat nak cari tugu gangsa Hachiko kat situ. Aku sangat2 terkesan dengan kisah Hachiko nih. Dah la aku nangis tngok filem Hachiko. Hachiko ni anjing sejenis akita inu yang dibela oleh Prof Hidesaburo Ueno. Hari2 Hachiko ni tunggu Prof. ni balik keje di Shibuya Station. Setahun lepas tu (Tahun 1925) tuan die meninggal dunia tapi Hachiko still hari2 datang kat Shibuya Staton ni tunggu tuan die sampai 9 tahun. Tahun 1935 Hachiko ni mati kat situ. Sebelum Hachiko ni mati, kisah Hachiko mmg dah popular dan ramai orang yang wat liputan. Tu yang diorg buat tugu Hachiko kat situ utk memperingati kesetiaan anjing tu kepada tuannya.
|
Hachiko's Bronze Statue |
Selain kisah Hachiko, aku pun tertarik sangat nak datang sini sebab nak tngok one of busiest crossing in the world, Shibuya Crossing / Shibuya Scramble Crossing. Mmg tahap busy gaban aku tengok.. dah mcm pertempuran manusia2 kat situ. Sesibuk mana pun jalan tu, orang2 jepun tetap akan berhenti bile lampu isyarat merah. Mmg sangat2 kagum..
|
Nampak tak Starbucks kat atas tu. Orang kate seat yang mengadap Shibuya Crossing mmg sentiasa full house. Mmg la.. tu pemandangan yang paling best kan! |
|
Semua berhenti ms traffic light merah. Bersedia!! |
|
Serang!! |
|
~Haiqal ni ambil gambar aku & Zul blur plak.. haish.. ~
Di Syibuya banyak kedai2 makan, club, kedai baju yang tutup lewat. Sangat2 happening.. Tak rugi kami susun jadual pegi ke Shibuya malam2. Cantik sangat dengan lampu2 kat sane. Dah lapar sangat, kami berhenti makan kat Burger King. Dapatlah kami makan Fish Sandwich.. |
|
Satu2nye group photo kami.. ade awek jepun yg comel offer ambil gambar kami..hihi |
Sebelum balik ke hotel, kami turun sekejap di stesen Daimon untuk tengok Tokyo Tower. Kami menapak punya lah jauh semata-mata nak tengok Tokyo Tower pada waktu malam. Siang-siang tak mau pegi sbb takde lampu-lampu. Sebenarnya aku plan nak turun kat stesen Akabanebashi. Tapi receptionist kat hotel tu kate suruh turun kat stesen Daimon kalau nak ke Tokyo Tower. Serius punyelah jauh kami berjalan. Tapi mungkin sebab kami salah keluar exit kot..huhu.. Takpelah, asalkan jumpe.
|
Tokyo Tower ni terletak di Minato dengan ketinggian 333 meter. Warna lampu menara ni selalu berubah2 ikut tema atau event. Contohnye, ms Hari Diabetes Sedunia, lampu die warna biru, ms Bulan Barah Payudara Kebangsaan, lampu die warna pink dan mcm2 warna lagi la.. |
Balik ke hotel mmg lepak la.. kaki pun dah sakit.. rase mcm xnak tukar baju je nak terus tidur..huhu.. Tengah malam tu plak kitorg panas.. sbb dah boring asyik pakai heater. Meraba Zul cari remote untuk on aircond. Masalah remote tu utk heater. Cari punye cari, rupenye ms winter setting air cond diorg off kan. Kite bukak aircond "natural" je. Ade lubang kecik kat tingkap tu, kite boleh bukak utk bagi udara sejuk masuk.. haisshh.. nasib baik jumpe. Kalau tak mesti kitorg lemas.. Esok sambung jalan lagi ke Asakusa, Ueno, Cat Cafe di Shibuya, Harajuku dan Akihabara..
|
Pemandangan pagi2 dari hotel kami |
|
Ni la cara nk on aircond semulajadi..huhu |
|
Bukak je, nnti udara masuk..haaa... |
No comments:
Post a Comment