Add

Wednesday, December 25, 2013

EXPLORE TOKYO : Fujiten Snow Resort (Day 4)

Plan hari ni sepatutnye kami ke Mount Fuji 5th Station. Fujiten Snow Resort dan Gotemba Premium Outlet. Tp hotel receptionist ckp kebanyakan jalan ditutup pada musim sejuk kerana banyak salji termasuklah perjalanan ke Mount Fuji 5th Station. So kami batalkan hasrat kami untuk ke Mount Fuji 5th Station. Nak ke Gotemba Premium Outlet plak rase2 mcm takde mood. Sbb perjalanan yg ambil mase sejam ke sane dan aku tau harge barang2 kat sane mahal (review dari blogger yg penah pegi sane). So buat ape buang mase. Cukup2 la shopping..hihihi. So hari ni, kami hanya ke Fujiten Snow Resort je dan secara tak lansung untuk menunaikan janji kepada Haiqal nak bawak die main salji.

Mmg tak de bas kalau nak pegi ke Fujiten Snow Resort. Option yang kami ade hanya naik teksi je. Perjalanan ke sana hanya 25 minit. Tambang 4500yen/sehala. Tutup mate sudah lah ye... :-) Selain Fujiten Snow Resort, ade juga Snow Town Yeti dan ade bas untuk ke sane. Tp agak jauh lah dari Kawaguchiko. Boleh check semua snow resort di Japan : http://www.snowjapan.com/

Dlm 5 minit hotel call teksi, teksi pun sampai la di lobi hotel. Kami terus ke Fujiten Snow Resort. Pemandu teksi tu pun peramah. Walaupun tak berape fasih berbahasa inggeris tp die suke bersembang dengan kami. Die siap offer untuk jemput kami balik dari Fujiten Snow Resort. Hmm, lagi bagus! tak yah cari teksi lg dah.

Pemandangan Gunung Fuji sepanjang perjalanan kami

Aku tak pasti tentang entrance ticket, tp di Fujiten Snow Resort masuk FREE kecuali kalau nak pegi main ski & sewa kelengkapan. Tak silap aku kalau di SnowTown Yeti, nak masuk kene bayar tp rasenye tempat main salji die lagi best kot.

Kami just sewa tempat sledding ni 500yen/1pcs. Mase kami nak bayar untuk 2 tempat sledding ni, die cakap harge total "one hundred yen". Kami terkejut. Biar betul! Murahnye?? Bile bagi syiling 100yen, die kate salah..last2 die tekan kat calculator "1000"..O.. one thousand yen.. haha.. ketawa die sbb die salah ckp.

Aku dgn Haiqal dah mcm budak2 main sledding. Seronok! Paling seronok tngok Haiqal tergolek..lol

Seronok bile tengok cuace cantik cmni.. Fuji pun seronok tunjuk muke..



Masa kitorg baru nak start main, ade sorang lelaki ni tegur aku "Are you japanese?". Aku ckp "Ie, I'm Malaysian..". Terus die ckp melayu "owh... sama2 orang Malaysia...hahahaha". Die pun terkejut jumpe org Malaysia kat sini. Sbb jarang jumpe orang Malaysia lebih2 lg di Yamanashi dan di Fujiten plak. Rupe2nye, die dulu tinggal di Japan dan ade ibu bapa angkat kat sini. So skrng die bawak anak2 die bercuti kat sini. Die panggil mak ayah angkat die dtg bersembang.. Fasih betul abg ni ckp jepun. Yelah bertahun dah tinggal di Jepun kan. Rupe2nye die sama2 arrived di Tokyo dgn kami satu flight dan balik pun satu flight.. Kebetulan sungguh.

Zul mencuba nasib

Budak ni memang tak reti sejuk!!







Snow resort selalunya akan start bukak awal Disember. So skrng orang tak berape ramai. Kebanyakannye main ski


Curi2 bergambar kat snowjet ski






Takde keje betul budak ni main2 ais..



Tangan, kaki, bontot semua masing2 dah bengkak dan kebas lepas bergelumang dengan salji. Lepas tu sibuk cari air panas.
Lepas dah penat main salji, kami teruskan perjalanan kami hari ke Tokyo. Kene cepat sampai sbb tak nak plak bertembung dengan orang balik kerja. Dari Fujiten Snow Resort, kami minta orang di kaunter call kan pakcik teksi. Lepas kami ambil bag semua di reception hotel, van hotel terus hantar kami ke Kawaguchiko Station. Di station, kami ambil2 gambar dulu, shopping2 dulu sebelum balik ke Tokyo.

Antara kedai di Kawaguchiko Station

Kawaguchiko Station & Mount Fuji


Kat depan salah satu restaurant di depan Kawaguchiko Station



Dan kami pun teruskan perjalanan ke Otsuki > Shinjuku > Ryogoku (Hotel kami di Tokyo)

No comments:

Post a Comment