Showing posts with label Kawaguchiko Lake. Show all posts
Showing posts with label Kawaguchiko Lake. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

EXPLORE TOKYO : Fujiten Snow Resort (Day 4)

Plan hari ni sepatutnye kami ke Mount Fuji 5th Station. Fujiten Snow Resort dan Gotemba Premium Outlet. Tp hotel receptionist ckp kebanyakan jalan ditutup pada musim sejuk kerana banyak salji termasuklah perjalanan ke Mount Fuji 5th Station. So kami batalkan hasrat kami untuk ke Mount Fuji 5th Station. Nak ke Gotemba Premium Outlet plak rase2 mcm takde mood. Sbb perjalanan yg ambil mase sejam ke sane dan aku tau harge barang2 kat sane mahal (review dari blogger yg penah pegi sane). So buat ape buang mase. Cukup2 la shopping..hihihi. So hari ni, kami hanya ke Fujiten Snow Resort je dan secara tak lansung untuk menunaikan janji kepada Haiqal nak bawak die main salji.

Mmg tak de bas kalau nak pegi ke Fujiten Snow Resort. Option yang kami ade hanya naik teksi je. Perjalanan ke sana hanya 25 minit. Tambang 4500yen/sehala. Tutup mate sudah lah ye... :-) Selain Fujiten Snow Resort, ade juga Snow Town Yeti dan ade bas untuk ke sane. Tp agak jauh lah dari Kawaguchiko. Boleh check semua snow resort di Japan : http://www.snowjapan.com/

Dlm 5 minit hotel call teksi, teksi pun sampai la di lobi hotel. Kami terus ke Fujiten Snow Resort. Pemandu teksi tu pun peramah. Walaupun tak berape fasih berbahasa inggeris tp die suke bersembang dengan kami. Die siap offer untuk jemput kami balik dari Fujiten Snow Resort. Hmm, lagi bagus! tak yah cari teksi lg dah.

Pemandangan Gunung Fuji sepanjang perjalanan kami

Aku tak pasti tentang entrance ticket, tp di Fujiten Snow Resort masuk FREE kecuali kalau nak pegi main ski & sewa kelengkapan. Tak silap aku kalau di SnowTown Yeti, nak masuk kene bayar tp rasenye tempat main salji die lagi best kot.

Kami just sewa tempat sledding ni 500yen/1pcs. Mase kami nak bayar untuk 2 tempat sledding ni, die cakap harge total "one hundred yen". Kami terkejut. Biar betul! Murahnye?? Bile bagi syiling 100yen, die kate salah..last2 die tekan kat calculator "1000"..O.. one thousand yen.. haha.. ketawa die sbb die salah ckp.

Aku dgn Haiqal dah mcm budak2 main sledding. Seronok! Paling seronok tngok Haiqal tergolek..lol

Seronok bile tengok cuace cantik cmni.. Fuji pun seronok tunjuk muke..



Masa kitorg baru nak start main, ade sorang lelaki ni tegur aku "Are you japanese?". Aku ckp "Ie, I'm Malaysian..". Terus die ckp melayu "owh... sama2 orang Malaysia...hahahaha". Die pun terkejut jumpe org Malaysia kat sini. Sbb jarang jumpe orang Malaysia lebih2 lg di Yamanashi dan di Fujiten plak. Rupe2nye, die dulu tinggal di Japan dan ade ibu bapa angkat kat sini. So skrng die bawak anak2 die bercuti kat sini. Die panggil mak ayah angkat die dtg bersembang.. Fasih betul abg ni ckp jepun. Yelah bertahun dah tinggal di Jepun kan. Rupe2nye die sama2 arrived di Tokyo dgn kami satu flight dan balik pun satu flight.. Kebetulan sungguh.

Zul mencuba nasib

Budak ni memang tak reti sejuk!!







Snow resort selalunya akan start bukak awal Disember. So skrng orang tak berape ramai. Kebanyakannye main ski


Curi2 bergambar kat snowjet ski






Takde keje betul budak ni main2 ais..



Tangan, kaki, bontot semua masing2 dah bengkak dan kebas lepas bergelumang dengan salji. Lepas tu sibuk cari air panas.
Lepas dah penat main salji, kami teruskan perjalanan kami hari ke Tokyo. Kene cepat sampai sbb tak nak plak bertembung dengan orang balik kerja. Dari Fujiten Snow Resort, kami minta orang di kaunter call kan pakcik teksi. Lepas kami ambil bag semua di reception hotel, van hotel terus hantar kami ke Kawaguchiko Station. Di station, kami ambil2 gambar dulu, shopping2 dulu sebelum balik ke Tokyo.

Antara kedai di Kawaguchiko Station

Kawaguchiko Station & Mount Fuji


Kat depan salah satu restaurant di depan Kawaguchiko Station



Dan kami pun teruskan perjalanan ke Otsuki > Shinjuku > Ryogoku (Hotel kami di Tokyo)

EXPLORE TOKYO : Kawaguchiko Lake (Day 3)

Dari Fuji-Q Highland Station ke Kawaguchiko Station tak jauh sangat pun. Bile kami sampai, kami dah lost cmne nak pegi ke hotel.. nak call pakai public phone, tak pandai.. try bnyak kali, tak menjadi..hahaha.. Rupe2nye pegi je ke tourist information office, mintak diorang call kan hotel untuk pick up. Diorg pun sangat peramah. Dalam 5 minit sampai van hotel untuk ambil kami bawak ke Fuji Lake Hotel, Kawaguchiko.

Berjaya gak sampai ke Kawaguchiko

Lepak tunggu orang hotel datang ambil

Free return hotel transfer

Checking in.. Receptionist ni sangat fasih berbahasa inggeris. So senang nak tanye ape2..

Hotel lobby.


Untuk bilik, mmg kene booking untuk triple sharing. Bilik die cantik sangat! Sangat2 traditional..



Nak jugak ambil gambar jamban. Tak tau kenape

Bilik tidur dan living room kat depan (mcm suite). Bilik ni murah sikit lah sbb view tasik Kawaguchiko. Kalau nak view Mount Fuji biliknye mahal sikit tp siap ade private bath.


View yang sangat cantik!

Ni yang paling kami suke.. Yukata!! or casual kimono.. Mmg aku suke culture kat hotel di Jepun ni. Walaupun secikai mana pun hotel tu mesti ada disediakan pakaian. Senang kan.. Kene plak kami mmg travel light, tak bawak banyak baju.



Tak sabar nak kosong kan beg! Beg penuh dengan makanan2 je..hihi



Teruk betul, hotel dah sediakan japanese tea.. Rendam je boleh minum dah.. tp aku bantai g buat nescafe plak..hihi

Masa ni baru pukul 5 tp dah gelap dah..

Kalau bawak family ramai2 boleh lah bentang tilam ni haaa...
Hotel receptionist ade bagitau, malam kang ade persembahan gendang jepun dan game bingo boleh dapat hadiah..So sebelum tu kami pergi jalan2 dulu area hotel. Nak pegi kedai runcit beli makanan. Tak cukup2 lagi makanan diorg nih.. Dalam 5 minit jalan kaki ade convenient store mcm 7 Eleven. Tapi name die Lawson. Seperti biase, kami mmg tak boleh kalau tak geram pd kedai. Makanan2 diorg mmg best2. Pastry, pie, kek, dessert, ice cream, coklat, popcorn dan makanan2 ringan yang lain. Tu belum tengok makanan2 bergoreng yg sedia di makan lagi..fuhhh.. tahan nafsu sebab semua ade daging dan ayam kan..huhu



Setiap kali lapar dan nak something yg panas, kami mesti pegi sini. Terpakse lah cari makanan vegetarian / just ade ikan / sayur. Antara yang kami makan adalah seafood lasagna, roti, kek dan coffee.

Balik2 dari Lawson, aku terperasan yang langsir nak masuk ke katil tertutup. Eh?? xkan malam2 pun diorg wat housekeeping?? Rupe2nye diorg bentangkan tilam untuk Haiqal.. hihi.. comelnya.. Tp takde tilam pun xpe. Selalu aku kongsi katil dengan Zul. Sbb katil diorg supersingle. Besar.. Haiqal excited gile nak tidur atas tilam sampai tak moh tidur atas katil!


Dah malam sikit dalam pukul 8 lebih kami turun bawah, siap2 pakai yukata. Nasib baik ade manual cmne nak pakai..hihi.. Tadi sebelum pegi kedai runcit, kami tngok orang semua turun ke lobby pakai yukata, so kami pun nak pakai yukata la..



Nasib baik dalam hotel ade kedai cenderahati, boleh membeli belah sikit..

Persembahan gendang jepun. Agak membosankan sbb mcm ulang benda yang sama je..


Sebab leka sangat pegi kedai cenderahati, kitorg terlewat 10 minit game bingo. Kalau ikutkan boleh dapat hadiah tp sbb lambat sangat koyak2 kertas..hihihi

Mcm best je tido.. Ade rupe Nobita tak??

Alhamdulillah cuaca di Kawaguchiko hari ni mmg sangat2 cantik.. Langit cerah dan Insya Allah pemandangan Gunung Fuji jelas dan cantik.

Snap dari bilik hotel.. Patutnye ade sarapan pagi, tapi sebab kami tidur sedap sangat, ade heater plak tuh mmg kami terlajak lah.. Penat sangat kot.. Waktu sarapan pagi diorg plak sangat2 pendek. Tak silap dari 7.30 - 8.30 pagi.

Mentang2 ade heater, selimut Nobita terus dicampak ke tepi

Sebelum kami cari breakfast di Lawson, kami naik ke tingkat atas bilik hotel kami untuk ke observatory room dan tengok pemandangan Mount Fuji.
Nak cerita serba sedikit tentang Gunung Fuji ni. Gunung Fuji ni merupakan gunung yang tertinggi di Jepun. Dan jgn tak percaya, Gunung Fuji ni jgak adalah gunung berapi yang masih aktif. Baru aku perasan, bentuk die tiga segi gitu kan.. Last skali gunung ni meletus pada kurun ke 18 gitu. Kate mak aku, orang dulu2 sembahyang2 beribu2 tahun supaya gunung berapi ni tak meletus. Gunung Fuji dengan ketinggian 3776.24 meter ni, kite boleh nampak dari bandaraya Tokyo. Nanti aku share gambar Gunung Fuji yg kami ambil dari Odaiba, Tokyo.









Lepas tu kami round2 hotel, tengok ape yang ade.. ni Public Bath untuk mandi air panas dari gunung berapi. Tapi rules die tak boleh pakai apa2 ok..  Termasuklah pakaian dalam.. so kene bogel la ye..

Sedap minum air ni. Mcm mineral water. Harap2 betul la Fuji Lava Water

Public Bath

Public Bath for Ladies

Haiqal berposing di Lake Kawaguchiko

Di kawasan hotel ni adalah kawasan untuk lepak2.. cun jugak..




Unik coffee table die..

Kami ke kedai Lawson untuk membeli sarapan pagi


Seafood Pasta pun ade tabur seaweed. Tak tahan aku bau die.. Aku mmg pemakan sushi, tp kalau makan pasta ade seaweed, tak boleh terima aku.. So aku makan biskut & roti dan minum coffee.

Kalau nak pegi naik cable car pun boleh..

Layan dulu pemandangan sebelum teksi sampai untuk ke Fujiten Snow Resort