Add

Wednesday, December 25, 2013

EXPLORE TOKYO : Haneda (Day 1)

Wooww.. dah lama tak travel jauh2 since Europe tour yang lepas. Rindu plak nak travel lagi kan. Adik bongsu aku, Haiqal, sibuk ajak pegi Seoul, Korea. Nak tengok salji katenye sebagai hadiah UPSR. Seoul dah pegi, nak repeat lagi, malas plak. Husband aku bagi cadangan ke Taiwan atau Tokyo. Hmm.. mestilah kami pilih TOKYO! Once husband aku dah confirm tarikh dia free, terus kami book tiket ke Tokyo melalui website Air Asia dan book bilik melalui Agoda. Kali ni, kami travel hanya bertiga, aku, Zul dan Haiqal.

Flight : Air Asia (penerbangan 6 jam 50 minit), GMT +9 hours
Hotel di Haneda : Toyoko Inn Tokyo Haneda Kuko No. 2
Hotel di Kawaguchiko : Fuji Lake Hotel
Hotel di Tokyo : Dai-Ichi Hotel Ryoguku

Flight bertolak dari LCCT sepatutnya berlepas pukul 2 ptg. Delay plak pukul 4 ptg. Nasib baik dah tau awal2. Bolehlah kami lepak2 dulu sembang2 dgn family. Sampai di Haneda pukul 12 tgh malam waktu Tokyo. Barulah aku terfikir, mn ade train kalau dah tgh2 malam?? Haiih.. Nak tak nak terpakse lah tahan teksi. Tambang teksi dari Haneda International Airport ke hotel kami Toyoko Inn Tokyo Haneda Kuko No. 2 sebanyak 1430 yen. Kami bagi je booking confirmation kpd driver teksi, senang die bace sbb dlm tulisan jepun.

*Website ni banyak membantu merancang perjalanan sepanjang kami di Tokyo : http://www.japan-guide.com

*Sebelum tu nak mintak maaf awal2, gambar tak berape cantik. Sbb pakai camera hp je. Pastu camera hp plak lupe nak set 20mp..huhu.. Gambar tak berapa lawa..

Keluar je dari kastam, kami nampak gambar ni..hihi. Welcome to Japan!!

Sampai di hotel, ramai jugak yg baru check in. Mungkin diorg pun sampai pun lambat kot. Zul uruskan check in, aku & Haiqal plak merayau tengok ape yg ade. Kami terperasan, setiap kali org check in die akan ambil sesuatu dari almari ni. Kami pun jenguklah.. rupe2nye pyjamas..

Penginap hotel boleh ambil baju tidur dlm almari ni. Panas lagi..

Reception counter hotel

Twin sharing room. Nasib baik hotel policy boleh bagi kanak-kanak stay sekali secara percuma. Setengah hotel kene kire sebagai 3 orang dan kene tambah kos extra bed.

Bilik yang kecil tp sangat2 selesa dan lengkap dgn segala keperluan.

Part yg paling best travel di Japan adalah toiletnye.. 1st class.. Very practical. Makcik pakcik kompom suke.. hihi


Kami berposing dengan baju tidur kami. Untung.. nasib baik tak bawak baju banyak2..


 Bangun pagi2, kami terus siap2 dan breakfast dulu. Waktu subuh lebih kurang sama mcm di Malaysia tp pada musim sejuk di Tokyo, cepat gelap. So sebelum tghari dah masuk Zohor, waktu Isyak plak petang. Kene kejar masa tapi tak nak keluar awal sangat sebab taknak bertembung dengan orang-orang yang pergi kerja. Lebih kurang pukul 10.00 baru kami keluar. Plan kami hari ni nak pergi ke wilayah Yamanashi nak tengok Gunung Fuji. Perjalanan kami sepanjang percutian ni, kami gunakan pengangkutan awam sepenuhnya, subway. Di Tokyo ade 2 perkhidmatan subway yang utama iaitu Tokyo Subway (13 line) dan JR East Railway (38 line). Selain tu terdapat juga perkhidmatan subway swasta yang lain di Tokyo. Kalau nak mudah, senaraikan dulu tempat melawat yang kita rancang nak pegi dan tuliskan stesen mana yang terdekat dengan tempat tersebut. Lepas tu baru boleh buat research, stesen tersebut menggunakan line ape. Berikut adalah map yang kami gunakan sepanjang percutian kami :

Tokyo : Tokyo Metro, JR East Railway, Yurikamome Line (Odaiba)
Kawaguchiko (Mount Fuji) : Fujikyu Line

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang route / tambang train / masa perjalanan boleh install application hyperdia / Japan Trains.

Sarapan pagi ade disediakan. Kalau nak japanese food boleh pegi bangunan sebelah. Kat bangunan sini western food. Tak banyak choice tp semua sesuai untuk vegetarian. Ade croissant, jam, chocolate pastry dan potato salad. Sedap! 

Niat asal nak beli kad Suica. Tp kat sini tak de plak.. just ade kad Pasmo. Tp basically, semua sama je. Ala2 kad Touch & Go. Malah boleh pakai di sesetengah kedai runcit & vending machine.

Bermula la perjalanan kami dari hotel di Haneda ke Kawaguchiko :
Otorii Station (Keikyu Line) > Shinjuku Station (Oedo Line) > Otsuki Station (Chuo Line Rapid Service) >
Fuji-Q Highland Station (Fujikyu Line) > Kawaguchiko Station (Fujikyu Line)
 

EXPLORE TOKYO : Haneda (Day 1)
EXPLORE TOKYO : Fuji-Q Highland (Day 2)
EXPLORE TOKYO : Kawaguchiko Lake (Day 3)
EXPLORE TOKYO : Fujiten Snow Resort (Day 4)
EXPLORE TOKYO : Ryogoku, Sumida, Shibuya & Minato (Day 5)
EXPLORE TOKYO : Asakusa, Ueno, Cat Cafe in Shibuya, Harajuku & Akihabara (Day 6)
EXPLORE TOKYO : Shinjuku, Ginza & Odaiba (Day 7)

No comments:

Post a Comment