Add

Tuesday, June 7, 2016

Explore Victoria : Ballarat - Williamstown - Melbourne CBD (June 2016)


Pantang buka pintu, mmg die pertama sekali keluar.. Seronok eh!








Awal pagi di Ballarat, cuace agak sejuk. Lepas check out kami terus jalan-jalan di bandar Ballarat. Singgah lepak2 di Ballarat Botanical Garden. Aku suke dengan bangunan-bangunan kat Ballarat ni, klasik mcm zaman koboi pun ade.
























Jalan-jalan di Ballarat







On the way ke Williamstown, ternampak signboard Kryal Castle. Terus singgah.. Ni bukanlah castle betul.. Castle replika, start bina pada tahun 1970-an. Sekarang dah jadi  mcm theme park. Dalam tu ade muzium, show, etc. Entrance fess AUD$31.00/person.






Pemandangan depan Kryal Castle



Sebelum meneruskan perjalanan ke Melbourne CBD (Central Business District), kami singgah lepak kat Williamstown Esplanade.










Lepas tu berkejar plak nak pegi Queen Victoria Market sbb tutup pukul 4 ptg. Esok hari Isnin, tempat tu tutup plak. Jgn lepaskan peluang nak shopping sakan. Mase sampai kat Queen Victoria Market (QVM) tu kami dah terperangkap dan termasuk dlm parking lot QVM. Naah kene AUD$8.00/2 hours. Redha jelah. 






Seronok jugaklah shopping kat sini. Mmg sangat2 berbaloi tak shopping souvenir di tempat lain. T-shirt dewasa dari harga AUD4$4.00/sehelai, keychain/fridge magnet dari harga AUD$10.00/4 sets of 6 pcs, soft toys kangaroo/koala bear dari harga AUD$10.00/3-4 patung. FYI, harga utk hari ahad murah sikit dr hari lain. Mase aku pegi hari Selasa, harga lain plak. T-shirt semua kurang2 pun AUD$8.00/sehelai. Untunglah aku plan dtg sini hari Ahad. Aku tak borong ape sangat. T-shirt dah ade banyak gile. Aku just beli baju utk anak, buah tangan utk mak dan utk cikgu taska anak aku je. Aku prefer beli makanan local/lepak makan kat situ. Aku beli sabun organic ade la. Huhu.. Adik2 aku la borong sakan. Sebelum balik, kami lepak makan kebab. Sedap! AUD$10.00 satu. Lepas tu proceed check in hotel. Dekat je hotel. Jalan kaki pun boleh, dalam 5 minit.








Belah kanan tu, sabun2 yang aku beli kat QVM. Naturally organic. Mcm bau ade. Ade kawan kirim sabun susu kambing, katenye bagus untuk kulit yang mengalami alahan. Yang lain2 tu, bau rasberry, lavender, marshmallow, rose, etc.

Yang ni plak gula2 yang aku beli kat QVM gak. Sedap! Menyesal beli sikit.

Balik dari Queen Victoria Market, kami terus ke hotel. Sorang standby dalam kete jap, kami pegi check in dulu dan hantar bag2 dalam bilik

Nak dijadikan cerita, budak kecik punyelah excited berlari2, main dengan pintu automatik. Aku dah stand by kat luar pintu nak jerkah die. Sekali pintu automatik tu tak bukak. Terus anak aku terlanggar cermin pintu automatik tu.. haisshh.. Panik aku. Nasib baik tak de ape2.. Takde benjol ke, pengsan ke, bengkak ke..adoi.. Sejak tu, haram die nk main lagi dengan pintu tu.

Lepas check in di Pegasus Apart'hotel, kami pg ke Harbour Town utk parking kereta selama 3 hari sepanjang kami kat CBD. Parking situ murah, AUD$10.00/sehari. Kalau bandingkan dengan tempat lain, semua harge per hour. Paling murah pun AUD$30.00/sehari. Dari Harbour Town kami naik City Circle Tram (Free Tram Zone) ke hotel. Naik tram ni free je tapi hanya beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Mula2 agak confuse sebab tak pasti nak naik menghala ke mana. Kami main hentam je naik. Sekali salah.. Huhu. Patut ikut clockwise. Tp kami menghala anti-clockwise. Nak turun, malas.. Sebab dah penat. So round je la satu bandar. Dapatlah tengok pemandangan di waktu malam. Mase ni pukul 5 lebih dah gelap.


Kat belakang tu Melbourne Star Observation Wheel. Ni dekat Harbour Town. Parking kat bangunan bertingkat sebelahnya.

Sempat kejar naik tram sebelum pukul 6 petang. Mase ni masih pukul 5 lebih

Jalan kaki dati Melbourne Central Station ke Pegasus Apart'hotel

Singgah di 7Eleven, budak kecik ni nak banana katenye

Kami berhenti di Melbourne Central Station. Sbb tak pasti station mane yg terdekat dengan hotel. Yang pasti Melbourne Central Station tu landmark yg dekat gak la dengan hotel. Sampai situ ternampak kedai Pandora. Terus singgah dan membeli. Harga kat sini murah jugaklah berbanding di Malaysia. Contohnya harga bracelet kat Malaysia RM329.00. Kat Australia baru AUD$89.00. Tu belum claim GST (VAT) lagi tu. Dapat lagi 10%. Lepas round area situ, terus kami ke hotel. Jalan kaki je, dalam 10 minit.

Hasil tangkapan di Pandora

Untuk satu set yang mcm ni, harga di sini dapat murah RM400.00 tau.. Untung woo

Malam tu kami dinner makan meggi je sebab masih kenyang makan kebab petang tadi. Malam tu kami rehat di hotel je. Adik2 aku je keluar jalan2 bandar. Malam2 suasana CBD meriah jugak lah sebab banyak kedai makan 24 jam.

Pegasus Apartment Hotel ni terletak di A'Beckett Street. Aku suke hotel ni sebab location die sangat2 memudahkan. Ni antara tempat-tempat yang berdekatan dan boleh jalan kaki:

Queen Victoria Market (5 minit jalan kaki)
Flagstaff Garden (3 minit jalan kaki)
Melbourne Central Station (8 minit jalan kaki)
State Library of Victoria (10 minit jalan kaki)
Bourke Street Mall (15 minit jalan kaki)

Selain tu, convenience store ade berdekatan dalam 3 minit jalan kaki. Kalau di area Melbourne Central Station tu banyak kedai makan 24 jam. Mmg sangat2 best. Kelengkapan yang disediakan dalam apartment hotel ni tak yah citerla. Kalau motel pun sediakan kelengkapan yang cukup, apetah lagi apartment hotel ni. Ade jugak yang bertanya, "Kenapa tak tinggal di homestay org Malaysia?". My answer, "Why not here?". AUD$190/semalam, apartment 2 bilik, lengkap dengan semua kemudahan, bertaraf 4 bintang di tengah-tengah bandar, dekat dengan semua tempat tarikan pelancong, kire murah ape?

Our apartment

Sorry sepah sikit..hihi..baru sampai, barang tak kemas lagi.

Apartment ni ade 2 bilik, living hall, dining table, shower, toilet and dapur.

Semua cukup!

Budak kecik ni suke betul makan nasi


No comments:

Post a Comment