Add

Tuesday, June 7, 2016

Explore Victoria : Mansfield (June 2016)



Pantang Air Asia ade promotion je mesti aku sibuk canang satu kampung. Adik-adik dah mula ajak travel bersama. Lagipun dah lame tak travel sesama adik-beradik mcm dulu-dulu. Diorang dah tanye mane nak pegi? Banyak sangat pilihan. Of course nak pegi Australia. Gold Coast? Melbourne? Sydney? Perth? (Perth, definitely not!) Tanye aku, mmg target nak pegi Melbourne cume tunggu anak aku besar sikit sbb flight die lame skit. Diorang tanye aku apesal pilih Melbourne. Dlm masa yg singkat camne aku nk jawab? Hentam je la. Gold Coast banyak amusement park. Sydney lebih kepada city tour. Perth... Aku dah bosan. Melbourne ade combination of nature and urban living. Setuju tak? Terus adik aku suruh book ticket. Tp ni tahun lepas punye cerita.

Kali ni travel, pengalamannye lain jugak. Sedikit berbeza dgn Bali dan Yogyakarta last time. Kali ni persediaan lebih terperinci sbb tempoh lebih lama dan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat ambil masa yg lama. Untuk tiket flight, aku sengaja pilih waktu pergi & balik malam supaya anak aku boleh tidur sepanjang penerbangan. Nasib baik tiket harga promo banyak. Lepas tu aku pilih hot seat supaya lebih selesa dan boleh letak anak aku dalam bassinet. Walaupun kene extra caj RM110/seorang/sehala tp bagi aku tetap berbaloi.

UBAT
Sebelum travel, aku pegi klinik utk mintak doktor standby ubat demam, selsema dan batuk. Selain tu aku bwk minyak telon, krim herba Tropika, nixoderm, calamine lotion dan vaseline. Aku standby sekali ubat sakit mata utk kanak-kanak, beli kat farmasi. Sbb aku mcm kene sakit mata plak. Aku pun beli ubat sakit mata, terus pakai. Aku kurangkan contact dgn anak aku. Mmg kene basuh tangan selalu. Vaseline mmg selalu kena ade di bag. Musim sejuk ni, bibir & kulit muka akan kering dan gatal. Selalu la sapu kat anak.

PAKAIAN
Mase ni mungkin dah penghujung autumn, nak masuk winter. Mmg standby dah baju sejuk dan glove. Baju tebal tak banyak pun takpe, yang penting ade jaket tebal. Baju dalam boleh pakai 2-3 lapis. Suhu walaupun tak rendah tapi angin yg kuat tu bahaya jugak utk budak2. Aku sendiri pun tak tahan.

MAKANAN
Utk makanan, sekarang dah mudah sikit. Anak aku makan makanan biasa yg aku makan. Die boleh makan nasi, roti, kentang, corn flakes dan biskut. So aku takde la bwk makanan baby. Tapi dalam backpack mmg kene standby biskut/cereal sbb anak aku suke mengunyah. Kalau travel ke Australia ni hati-hati, kene buat research sikit makanan ape yang boleh/tak boleh bawak. Kalau malas nak pening kepala, buat mcm aku. Bawak makanan segera je. Kopi 3 in 1, biskut, nasi dan lauk segera Brahim's dan makanan ringan.

TOYS
Aku bawak sekali buku-buku dan iPad. Bukanlah nak menggalakkan budak-budak main iPad tp bagi anak aku leka utk sementara dalam kereta/flight, terutama sekali bile keadaan tak selesa dan bosan. Dalam kereta berjam2 mesti budak2 dah bosan. At least bolehlah bagi layan video / cartoon untuk hilangkan bosan. Bile aku balik dari bercuti, aku terus simpan iPad, tak bagi die main dah.

BABY CARRIER
Bile anak dah nak 2 tahun ni, die dah tak suka didukung dah. Apetah lagi duduk dalam stroller. Jadi aku bwk soft structured carrier utk kendong anak aku. Setakat pengalaman aku, ia mmg banyak membantu. Anak lg mudah nak tidur dalam tu sbb berada di dada kite kan. Bile die penat pun die tak meragam. Terus je tidur.

Ni serba sedikit info berapa kos sepanjang kami di Melbourne:

Return flight - RM805/seorang
Return hot seat - RM298/seorang
Infant - RM250 (Return/seorang)
ETA (Electronic Travel Authority)/Visa - SGD$11.95 (https://easyeta.com)
Return baggage - RM198.00/25 kg

Penginapan untuk 4 orang:
Mansfield Holiday Park - RM469.00/night - Deluxe 2 bedroom bungalow (www.booking.com)
Quays Motel San Remo - AUD$119.00/night - Family room(www.booking.com)
Begonia City Motor Inn - AUD$135.00/night - Family room (www.begoniacity.com.au)
Pegasus Apart'hotel - RM1187.00 / 2 nights - 2 bedroom aparment (www.agoda.com)

Sewa Kereta - AUD$342.00/6 days termasuk baby car seat (Mitsubishi Outlander - Apex Car Rental)
Sewa GPS - AUD$4.00/day
Maru Koala and Animal Park - AUD$20.00/person 
Parking fees di Harbour Town, CBD - AUD$10.00/day


Mata masing2 dah mengantuk. Tunggu budak kecik mengantuk..

Dah tidur.. Alamak! tapi kaki terkeluar dah. Dah tak boleh masuk bassinet dah ni. Tidur situ kejap je. Pukul 3-4 pagi, dah nangis cari mommy die.

Budak kecik ni dah bersiap! Mengantuk?

Di airport aku agak terkejut kastam langsung tak check bag kami semua. So takde la ape2 masalah. Lagipun kami mmg tak bawak ape2 makanan yang tak dibenarkan. Semua makanan segera yang dah dipack. Just bawak nasi & lauk segera Brahim's, biskut, instant coffee, roti dan makanan dlm tin.

Baru sampai Tullamarine Airport. Bile tah budak2 ni ambil gambar kat sini. Ciss tak ajak.

Sampai di airport kami terus bersiap. Baju, susu anak semua dah standby dlm backpack. Lepas bersiap, kami terus pg tunggu shuttle kat depan airport. Ms tu sejuk gile. Hujan plak tu. Nasib baik nampak van ade tulis Apex Car Rental baru berlepas. Terus kami tunggu kat situ. Sampai kat tempat sewa kereta, terus husband pegi ke kaunter, sign agreement dan ambil kereta. Dah jalan baru perasan GPS Garmin kami rosak. Skrin mcm pecah. Rasenye baru pecah tu, terhimpap dlm bag ke ape tah. Patah baliklah kami pegi car cental, sewa GPS plak. Die bg AUD$4.00/day.
Di Apex Car Rental. Sangat2 murah..

Nasib baik si comel ni baik je. Selalu asyik nak mengulit je

Singgah di Kmart jap. Kat mane tak pasti, kami just jalan je.. nampak terus berhenti

Perjalanan dari Tullamarine Airport ke Mansfield ambil mase lebih kurang dalam 2 jam 20 minit. Sebelum kami menghala ke Mansfield, kami singgah dulu Kmart. Nak cari makan dan adik aku nak cari long board katenye. Tp best gile shopping barang kat Kmart. Sweater, jeans, boots, boleh dpt bawah AUD$15.00. Sambil-sambil tu beli la sikit makanan ringan & air kat supermarket Coles. 

Makan fish & chip di Corner Bakery Cafe. Gambar kami siap masuk dalam FB page diorang hihi.. Fish & chip AUD$12.90. Ciss.. Mule2 dah terkene makan mahal.

Perjalanan ke Mansfield

Dah selesai kami teruskan perjalanan ke Mansfield. Sampai ke Mansfield agak lewat, dalam pukul 4.00 petang dan dah gelap. Nasib baik sampai masih terang sikit sbb jalan-jalan kat sini bukan ade lampu. Sampai je kat Mansfield Holiday Park, kami terus berehat. Pukul 6 pun dah gelap-gulita. Banyak2 tempat, ni lah stay kami yg paling best sebab pemandangan cantik, kabin comel tp serba lengkap. Cabin ni ade 2 bilik, ade meja makan, sofa, tv, dapur memasak, microwave, fridge, pinggan mangkuk dan oven! Malam tu kami dinner nasi beriyani Brahim's. Sedap jugak tp mane cukup 2 org satu kotak! Haish. Malam tu keluar sekejap tp mmg suasana mati la, sebab business hour pun dah tamat. Balik bilik, tengok tv, tido.

Our Deluxe Two-Bedroom Bungalow in Mansfield Holiday Park

View dari bilik aku

Sangat selesa dan semua kelengkapan ada

Bilik kami sekeluarga

Belakang tu bilik adik2 aku, belah kiri tu shower and toilet



Makan malam yang simple tp mengenyangkan


Bawak jugak buku untuk ulangkaji hihi..


Baru perasan ade oven. Sape yang rajin gile nak baking?? haha

Good night!

1 comment:

  1. By going to Car Rental 8 you can find affordable rental cars from over 50000 international locations.

    ReplyDelete