Kali ni travel, pengalamannye lain jugak. Sedikit berbeza
dgn Bali dan Yogyakarta last time. Kali ni persediaan lebih terperinci sbb
tempoh lebih lama dan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat ambil masa yg
lama. Untuk tiket flight, aku sengaja pilih waktu pergi & balik malam
supaya anak aku boleh tidur sepanjang penerbangan. Nasib baik tiket harga promo
banyak. Lepas tu aku pilih hot seat supaya lebih selesa dan boleh letak anak
aku dalam bassinet. Walaupun kene extra caj RM110/seorang/sehala tp bagi aku
tetap berbaloi.
UBAT
Sebelum travel, aku pegi klinik utk mintak doktor standby
ubat demam, selsema dan batuk. Selain tu aku bwk minyak telon, krim herba
Tropika, nixoderm, calamine lotion dan vaseline. Aku standby sekali ubat sakit
mata utk kanak-kanak, beli kat farmasi. Sbb aku mcm kene sakit mata plak. Aku
pun beli ubat sakit mata, terus pakai. Aku kurangkan contact dgn anak aku. Mmg
kene basuh tangan selalu. Vaseline mmg selalu kena ade di bag. Musim sejuk ni, bibir & kulit muka akan kering dan gatal. Selalu la sapu kat anak.
PAKAIAN
Mase ni mungkin dah penghujung autumn, nak masuk winter. Mmg
standby dah baju sejuk dan glove. Baju tebal tak banyak pun takpe, yang penting
ade jaket tebal. Baju dalam boleh pakai 2-3 lapis. Suhu walaupun tak rendah
tapi angin yg kuat tu bahaya jugak utk budak2. Aku sendiri pun tak tahan.
MAKANAN
Utk makanan, sekarang dah mudah sikit. Anak aku makan
makanan biasa yg aku makan. Die boleh makan nasi, roti, kentang, corn flakes
dan biskut. So aku takde la bwk makanan baby. Tapi dalam backpack mmg kene
standby biskut/cereal sbb anak aku suke mengunyah. Kalau travel ke Australia ni hati-hati, kene buat research sikit makanan ape yang boleh/tak boleh bawak. Kalau malas nak pening kepala, buat mcm aku. Bawak makanan segera je. Kopi 3 in 1, biskut, nasi dan lauk segera Brahim's dan makanan ringan.
TOYS
Aku bawak sekali buku-buku dan iPad. Bukanlah nak
menggalakkan budak-budak main iPad tp bagi anak aku leka utk sementara dalam
kereta/flight, terutama sekali bile keadaan tak selesa dan bosan. Dalam kereta berjam2 mesti budak2 dah bosan. At least bolehlah bagi layan video / cartoon untuk hilangkan bosan. Bile aku
balik dari bercuti, aku terus simpan iPad, tak bagi die main dah.
BABY CARRIER
Bile anak dah nak 2 tahun ni, die dah tak suka didukung dah.
Apetah lagi duduk dalam stroller. Jadi aku bwk soft structured carrier utk
kendong anak aku. Setakat pengalaman aku, ia mmg banyak membantu. Anak lg mudah
nak tidur dalam tu sbb berada di dada kite kan. Bile die penat pun die tak
meragam. Terus je tidur.
Ni serba sedikit info berapa kos sepanjang kami di Melbourne:
Return flight - RM805/seorang
Return hot seat - RM298/seorang
Infant - RM250 (Return/seorang)
ETA (Electronic Travel Authority)/Visa - SGD$11.95 (https://easyeta.com)
Return baggage - RM198.00/25 kg
Penginapan untuk 4 orang:
Mansfield Holiday Park - RM469.00/night - Deluxe 2 bedroom bungalow (www.booking.com)
Quays Motel San Remo - AUD$119.00/night - Family room(www.booking.com)
Begonia City Motor Inn - AUD$135.00/night - Family room (www.begoniacity.com.au)
Pegasus Apart'hotel - RM1187.00 / 2 nights - 2 bedroom aparment (www.agoda.com)
Sewa Kereta - AUD$342.00/6 days termasuk baby car seat (Mitsubishi Outlander - Apex Car Rental)
Sewa GPS - AUD$4.00/day
Maru Koala and Animal Park - AUD$20.00/person
Parking fees di Harbour Town, CBD - AUD$10.00/day
Sewa GPS - AUD$4.00/day
Maru Koala and Animal Park - AUD$20.00/person
Parking fees di Harbour Town, CBD - AUD$10.00/day
Mata masing2 dah mengantuk. Tunggu budak kecik mengantuk.. |
Dah tidur.. Alamak! tapi kaki terkeluar dah. Dah tak boleh masuk bassinet dah ni. Tidur situ kejap je. Pukul 3-4 pagi, dah nangis cari mommy die. |
Budak kecik ni dah bersiap! Mengantuk? |
Di airport aku agak terkejut kastam langsung tak check bag kami semua. So takde la ape2 masalah. Lagipun kami mmg tak bawak ape2 makanan yang tak dibenarkan. Semua makanan segera yang dah dipack. Just bawak nasi & lauk segera Brahim's, biskut, instant coffee, roti dan makanan dlm tin.
Baru sampai Tullamarine Airport. Bile tah budak2 ni ambil gambar kat sini. Ciss tak ajak. |
Sampai di airport kami terus bersiap. Baju, susu anak semua dah standby dlm backpack. Lepas bersiap, kami terus pg tunggu shuttle kat depan airport. Ms tu sejuk gile. Hujan plak tu. Nasib baik nampak van ade tulis Apex Car Rental baru berlepas. Terus kami tunggu kat situ. Sampai kat tempat sewa kereta, terus husband pegi ke kaunter, sign agreement dan ambil kereta. Dah jalan baru perasan GPS Garmin kami rosak. Skrin mcm pecah. Rasenye baru pecah tu, terhimpap dlm bag ke ape tah. Patah baliklah kami pegi car cental, sewa GPS plak. Die bg AUD$4.00/day.
Di Apex Car Rental. Sangat2 murah.. |
Nasib baik si comel ni baik je. Selalu asyik nak mengulit je |
Singgah di Kmart jap. Kat mane tak pasti, kami just jalan je.. nampak terus berhenti |
Perjalanan dari Tullamarine Airport ke Mansfield ambil mase lebih kurang dalam 2 jam 20 minit. Sebelum kami menghala ke Mansfield, kami singgah dulu Kmart. Nak cari makan dan adik aku nak cari long board katenye. Tp best gile shopping barang kat Kmart. Sweater, jeans, boots, boleh dpt bawah AUD$15.00. Sambil-sambil tu beli la sikit makanan ringan & air kat supermarket Coles.
Makan fish & chip di Corner Bakery Cafe. Gambar kami siap masuk dalam FB page diorang hihi.. Fish & chip AUD$12.90. Ciss.. Mule2 dah terkene makan mahal. |
Perjalanan ke Mansfield |
Dah selesai kami teruskan perjalanan ke Mansfield. Sampai ke Mansfield agak lewat, dalam pukul 4.00 petang dan dah gelap. Nasib baik sampai masih terang sikit sbb jalan-jalan kat sini bukan ade lampu. Sampai je kat Mansfield Holiday Park, kami terus berehat. Pukul 6 pun dah gelap-gulita. Banyak2 tempat, ni lah stay kami yg paling best sebab pemandangan cantik, kabin comel tp serba lengkap. Cabin ni ade 2 bilik, ade meja makan, sofa, tv, dapur memasak, microwave, fridge, pinggan mangkuk dan oven! Malam tu kami dinner nasi beriyani Brahim's. Sedap jugak tp mane cukup 2 org satu kotak! Haish. Malam tu keluar sekejap tp mmg suasana mati la, sebab business hour pun dah tamat. Balik bilik, tengok tv, tido.
Our Deluxe Two-Bedroom Bungalow in Mansfield Holiday Park |
View dari bilik aku |
Sangat selesa dan semua kelengkapan ada |
Bilik kami sekeluarga |
Belakang tu bilik adik2 aku, belah kiri tu shower and toilet |
Makan malam yang simple tp mengenyangkan |
Bawak jugak buku untuk ulangkaji hihi.. |
Baru perasan ade oven. Sape yang rajin gile nak baking?? haha |
Good night! |
Great place to visit. Hope so, you would like to visit other places too.
ReplyDeleteairport parking Birmingham
airport parking Heathrow