Add

Tuesday, June 7, 2016

Explore Victoria : Phillip Island - Brighton Beach - Ballarat (June 2016)


Pagi tu breakfast fish & chip semalam dengan nasi segera Brahim's. Lepas habis berkemas, sesi ambil gambar area motel plak. Awal2 pagi, mmg cantik pemandangan kat sini.







Pantang ade kawasan luas, mmg si comel suke berlari2.. Bagi la die panaskan badan dulu..hihi..


Daddy tengah check air kereta


Lepas puas ambil gambar, kami terus ke Phillip Island. Lepas puas ambil gambar, kami terus ke Brighton Beach Bathing Box. Mase tu cuace tak berapa best. Sejuk gile, hujan dan angin kuat. Gambar pun lighting tak berapa cantik. Mendung je nampak. Tp sebab dah sampai, lepak jugaklah sekejap. On the way ke Ballarat, kami singgah sekejap di Essendon DFO (Direct Factory Outlet). Sini mmg heaven utk memborong. Favorite aku, pinggan mangkuk Corelle dan baju budak2. Set pinggan Corelle 16pcs corak biase dalam AUD$61.00. Tp aku survey kat BigW lg murah. AUD$59.00. Baju OshKosh B'gosh satu set (1 seluar, satu bodysuit lengan panjang dan satu lengan pendek) harga aku beli AUD$19.00 je. Pumpkin Patch pun murah, last time aku borong seluar jeans AUD$8.00 satu, t-shirt lengan panjang AUD$5.00 satu. Adik aku borong wallet Superdry dgn selipar & t-shirt Roxy. Katenye murah. Selesai shopping terus ke Ballarat. Sebelum ke hotel, singgah sekejap beli makanan kat Woolworths.










Kat semak mane tah.. Pun cantik.. hihi



Si kecik tidur, daddy pun mengantuk.. Tukar driver


 




Angin kuat betul mase ni


Mommy tak tahan sejuk! Budak kecik rilex jee



Sejuk sangat, terpakse bungkus budak kecik ni.. haha



Cuaca sejuk anak aku asyik mengunyah je.. Biskut, corn flakes, chips.. Lepas menyusu, tidur.. Aman sikit kereta dari bunyi music kat iPad haha

Sebelum meneruskan perjalanan ke Ballarat kami singgah dulu di DFO, Essendon. Boleh borong mcm2 kat sini.





Sebelum ke hotel kami singgah pegi supermarket Woolworths jap. Cari makan malam dan tambah makanan ringan. Teringat frozen food brand Steggles mase pergi Perth. Antara frozen food yang halal. Tapi sayangnya makanan ni kene goreng. Tempat tinggal kami takde dapur plak.huhu.. So kami pizza dan cheese baked potato untuk dinner.


Di Ballarat kami stay di Begonia City Motor Inn. Hotel ni pun sama best. Semua kelengkapan disediakan. Cume bilik mandi die sejuk sangat. Tak pasti ade lubang angin ke ape tp masuk bilik mandi sejuk gile. Name org Malaysia camne pun sekali sehari mesti nak mandi gak walaupun sejuk. Tp anak aku tak mandi la. Kesian die, jejak simen toilet pun die bising sbb sejuk sangat. Aku just lap2 badan, gosok gigi die je. Yang penting setiap kali nak pakai baju aku sapukan minyak telon dan krim herba Tropika. Setakat ni alhamdulillah die takdelah kembung ke ape. Malam tu just dinner ape yg kami beli kat supermarket td. Pizza & cheese baked potato. Kenyang gile.






Good night!

2 comments:

  1. begonia city motor inn ni book agoda ke direct

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begonia city motor book dengan agoda. Sbb mase ni, agoda paling murah compare to booking.com & direct

      Delete