Showing posts with label Phillip Island. Show all posts
Showing posts with label Phillip Island. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Explore Victoria : Phillip Island - Brighton Beach - Ballarat (June 2016)


Pagi tu breakfast fish & chip semalam dengan nasi segera Brahim's. Lepas habis berkemas, sesi ambil gambar area motel plak. Awal2 pagi, mmg cantik pemandangan kat sini.







Pantang ade kawasan luas, mmg si comel suke berlari2.. Bagi la die panaskan badan dulu..hihi..


Daddy tengah check air kereta


Lepas puas ambil gambar, kami terus ke Phillip Island. Lepas puas ambil gambar, kami terus ke Brighton Beach Bathing Box. Mase tu cuace tak berapa best. Sejuk gile, hujan dan angin kuat. Gambar pun lighting tak berapa cantik. Mendung je nampak. Tp sebab dah sampai, lepak jugaklah sekejap. On the way ke Ballarat, kami singgah sekejap di Essendon DFO (Direct Factory Outlet). Sini mmg heaven utk memborong. Favorite aku, pinggan mangkuk Corelle dan baju budak2. Set pinggan Corelle 16pcs corak biase dalam AUD$61.00. Tp aku survey kat BigW lg murah. AUD$59.00. Baju OshKosh B'gosh satu set (1 seluar, satu bodysuit lengan panjang dan satu lengan pendek) harga aku beli AUD$19.00 je. Pumpkin Patch pun murah, last time aku borong seluar jeans AUD$8.00 satu, t-shirt lengan panjang AUD$5.00 satu. Adik aku borong wallet Superdry dgn selipar & t-shirt Roxy. Katenye murah. Selesai shopping terus ke Ballarat. Sebelum ke hotel, singgah sekejap beli makanan kat Woolworths.










Kat semak mane tah.. Pun cantik.. hihi



Si kecik tidur, daddy pun mengantuk.. Tukar driver


 




Angin kuat betul mase ni


Mommy tak tahan sejuk! Budak kecik rilex jee



Sejuk sangat, terpakse bungkus budak kecik ni.. haha



Cuaca sejuk anak aku asyik mengunyah je.. Biskut, corn flakes, chips.. Lepas menyusu, tidur.. Aman sikit kereta dari bunyi music kat iPad haha

Sebelum meneruskan perjalanan ke Ballarat kami singgah dulu di DFO, Essendon. Boleh borong mcm2 kat sini.





Sebelum ke hotel kami singgah pegi supermarket Woolworths jap. Cari makan malam dan tambah makanan ringan. Teringat frozen food brand Steggles mase pergi Perth. Antara frozen food yang halal. Tapi sayangnya makanan ni kene goreng. Tempat tinggal kami takde dapur plak.huhu.. So kami pizza dan cheese baked potato untuk dinner.


Di Ballarat kami stay di Begonia City Motor Inn. Hotel ni pun sama best. Semua kelengkapan disediakan. Cume bilik mandi die sejuk sangat. Tak pasti ade lubang angin ke ape tp masuk bilik mandi sejuk gile. Name org Malaysia camne pun sekali sehari mesti nak mandi gak walaupun sejuk. Tp anak aku tak mandi la. Kesian die, jejak simen toilet pun die bising sbb sejuk sangat. Aku just lap2 badan, gosok gigi die je. Yang penting setiap kali nak pakai baju aku sapukan minyak telon dan krim herba Tropika. Setakat ni alhamdulillah die takdelah kembung ke ape. Malam tu just dinner ape yg kami beli kat supermarket td. Pizza & cheese baked potato. Kenyang gile.






Good night!

Explore Victoria : Mansfield - Mt. Buller - Puffing Billy - Phillip Island (June 2016)

Kolam sebelah cabin kami


Suasana di Mansfield Holiday Park



Pagi-pagi breakfast nasi lemak Brahim's. Lepas tu ambil gambar kat luar cabin. Pemandangan yg sangat tenang, cantik dan udara yang segar. Bile check out kami just drop kunci cabin kat kotak check out je dan teruskan perjalanan ke Mount Buller. Last time aku check dari website Mount Buller takde salji. Setahu aku Mt. Buller Ski Resort bukak utk ski 11 Jun nanti. Tp bile naik je dah penuh dengan snow. Pada masa yg sama snowflakes pun turun. Alhamdulillah rezeki kami. Ni first time tengok ribut salji. Angin kuat je. Selalu tengok snow di matahari terik / clear sky. Seram pun ade. Dah lah takde org. Nak naik tu klau bukan musim winter free je. Boleh naik sampai atas dan tak perlu pakai snow chain. Rasenye kalau winter/musim ski kene bayar AUD$40/kereta. Konon2 nak lepak kat The Village, makan, minum kopi. Tp tak jadi sebab xtahan sangat sejuk. Angin kuat, salji turun pun banyak gak. Risau dengan budak kecik walaupun die tengah tidur nyenyak je. Risau gak turun naik kereta bile ribut salji ni. Dah la tak pakai snow chain. Yang paling penting kene bawak kereta perlahan-lahan dan berhati-hati. Sane dah lah takde divider, sebelah tu gaung plak tu.




Kesian budak kecik mengantuk.. Menangis die.. Maklumlah kat Malaysia masih pukul 6 pagi..huhu. Masuk kereta menyusukan die, terus die tidur







Budak kecik dah tidur









So kami teruskan perjalanan ke Belgrave, utk tengok Puffing Billy - keretapi wap lame. Perjalanan dari Mount Buller ke Belgrave ambil masa dalam 2 jam 50 minit. Tp bile kami asyik berhenti ambil gambar pemandangan menarik, berhenti minum kopi jd perjalanan ambil masa lebih dari 3 jam. Sampai di Puffing Billy sempat la kami ambil gambar sbb keretapi belum bertolak lagi. Kalau nak naik harga tiket AUD$52/seorang.


Seronok tengok kambing biri-biri.. Drive lame2 kat sini seronok. Tak rase penat dan bosan. Pemandangan sangat cantik. Teringat ms pegi New Zealand





Berhenti sekejap isi petrol, beli coffee dan lepak2 sekejap







Cappuccino yang sedap!

Puffing Billy ~ Aku tak dapat lepak lama.. Tempat tak berapa best sebab parking sikit dan penuh, nak jalan jauh. Kami parking jauh sikit datang untuk ambik gambar je. Kalau nak naik train ni ade beberapa journey harga ticket dari AUD$30.00/return. Boleh check di >>> SINI





Lepas tu kami teruskan perjalanan menghala ke Phillip Island. Sementara tu kami singgah di Maru Koala and Animal Park. Entrance ticket AUD$20.00/person. Saje nk bwk anak tengok kangaroo dan koala bear. Dulu2 tengok kangaroo die kecik lagi. Sekarang die plak nak tunggang kangaroo. Haha. Bagi aku tempat ni agak kecik dibandingkan dgn animal park yang pernah aku pegi, cume aku enjoy tengok kangaroo die. Spesis yang besar2 gedabak, jinak plak tu. Takut gak tengok bile berdiri besar lelaki dewasa. Biase aku tengok spesis kecik je. As long as my little one seronok, aku pun seronok..

Amboi.. Selfie pakai GoPro nampak?










Koala bear tidur lebih dari 20 jam sehari. Kitorang sangat2 bertuah masa datang tu la die bangun cari makanan..










Dah puas tengok binatang, kami terus ke Quays Motel, San Remo. Motel kami lebih kurang 5 minit je ke Phillip Island. Mase ni pukul 5 lebih.. Dah hampir malam.

View motel mengadap laut

Si comel terus tidur lepas penat kejar kangaroo



Pemandangan di depan motel pun sangat cantik. Nampak laut. Ms tu dah nak malam. Dapatla tengok sunset. Tempat ni walaupun namenye motel tp semua kelengkapan cukup. Bilik besar, ade 1 double bed, 2 single bed dan satu katil 2 tingkat. Siap ade free wifi, sofa, tv, fridge, meja makan, pinggan, mangkuk, cawan, gelas, microwave dan bread toaster. Aku duduk kat Hilton pun tak complete camni. Hihi. Malam tu kami dah bosan makan nasi. So kami keluar cari kedai makan. Huh mmg confirm la takde sbb semua dah tutup. Yang ade pun satu kedai Fish and Chip. Tu pun nak tutup pukul 8.30 malam nanti. Kami bungkus la fish & chip set, udang dgn air Coke makan kat bilik.


Kedai fish & chip yang kami tapau malam tu