Add

Wednesday, June 8, 2016

Explore Victoria : Melbourne CBD (June 2016)


Pagi2 kami bersiap untuk jalan-jalan di CBD. Kali ni tak bawak kereta.Yang paling penting, kelengkapan untuk anak mesti cukup. Dalam backpack ade biskut, flask kecik, susu, botol susu, tisu basah & kering, kain lap, air masak dan diapers. Anak plak bawak pakai carrier. Lebih mudah, cepat dan selamat. Destinasi pertama bawak anak main kat taman ~ Flagstaff Garden. Dalam CBD ni punyelah banyak taman. Pegilah mane2 yang berdekatan, semua cantik. Anak aku plak main buaian tak nak berhenti. Adeehh.. Takpelah layankan jela dulu. Nasib baik cuaca cantik. Langit cerah, takde awan, tp tetap sejuk. Suhu lebih kurang 10 darjah celcius.

Bawak budak kecik ni main kat taman Flagstaff, just jalan kaki dari hotel dalam 3 minit

Sempat die petik bunga



Seronok die main buaian sampai tak nak turun

Ayah2 melayan anak main buaian





Aktiviti mengejar burung plak


Next kite tunggu tram menghala ke Parliament Station
  

Tengah tunggu tram, si comel ni tidur plak.. Sedap die tidur kat dada mommy..

Seterusnya kami naik tram dari Flagstaff Station (Free Tram Zone) dan berhenti di Parliament Station. Dari Parliament Station kami jalan kaki ke St. Patrick Cathedral, Royal Exhibition Building dan ke Parliament House. Dari Parliament House kami tunggu tram menuju ke Flinders Street Station. Tunggu punye tunggu, tak sampai2. Federation Square boleh je nampak dari situ. Last2 kami jalan kaki je. Tak jauh mane pun. Tak rase penat sbb cuaca best dan pemandangan cantik.

Dari Parliament Station jalan kaki ke St. Patrick's Cathedral









Asalnya jalan2 nak cari House of Parliament.. Sekali tersesat.. Terjumpa plak Royal Exhibition Building.. Dah ambil gambar, kami patah balik..hihi

Carlton Gardens





House of Parliament

Belah kanan tu tram klasik (percuma), belah kiri tu tram moden


Sepanjang aku berjalan budak kecik ni tak bangun lagi.. kesian die..






Ada taman lagi.. Treasury Gardens







Hai sayang.. dah bangun die.. Terus bagi die biskut, mesti die lapar..

Mase ni konon2 nak tunggu tram ke Flinders Street Station. Tapi last2 jalan kaki je

Public toilet untuk lelaki sahaja.. So husband & adik aku singgah lah sekejap. Rasenye hanya ade urinal je

MIFF Box Office (Teater)

Federation Square



Sebelum sampai ke Federation Square, bertentangan die kami dah nampak Hosier Lane yang penuh dengan lukisan graffiti. Seterusnya kami pegi Flinders Street Railway Station untuk cari makanan. Lapar gile dah ni. Target nak beli kat Lord of the Fries. Teringin sangat nak makan beef/chicken. Asyik makan fish & chip je. Di Lord of the Fries ni halal malah certified kosher okaayy.. hihi. Sambil2 husband order makanan, aku round sorang2 kat stall situ. Terjumpe plak stall jual churros. Excited gile aku. Rambang mata ok. Rase nak beli semua. Nasib baik memikirkan ade burger. Tapi beli jugaklah sebab dah mengidam sangat kan. Kami lepak belakang Federation Square, berkelah kat situ. Banyak gile burung. Seronok anak aku lepak makan sambil tengok burung.

Art is good but vandal art is better









Hah! ni kantoi lukis atas kertas, pastu tampal kat dinding..



Beli local coffee kat sini. Baru perasan sini tak nampak sangat Starbucks / Coffee Bean tapi banyak local coffee house. Murah dan sedap!

Flinders Street Railway Station


Kalau nak round CBD dengan lebih style & classy boleh naik ni



Danish Ilham menegur daddy






Seberang jalan tu St. Paul's Cathedral

Kami tapau lunch kat Lord of the Fries

Excited sangat pegi kedai sebelah ade jual churros. Rambang mata!




Masa kat Lord of the Fries lagi tadi anak dah menangis nak makan fries. Mommy suruh minum susu dulu..hihi

Seronok lepak sini makan tengah hari sambil kene kacau dengan burung

Churros dalam die ade choc sauce AUD$4.00+ kot

1 Set churros dengan choc, white choc dan dark choc sauce. AUD$9.90/set








Dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Bourke Street, City Town Hall dan China Town. Niat nak naik tram, tapi sebab leka jalan kaki, dah nak sampai ke State Library of Victoria dah. Opposite die Melbourne Central Station. Dah selesai lepak, ambil gambar, minum coffee, kami singgah sekejap di Melbourne Central Station untuk beli makanan di Coles. Seronok memborong biskut2, coklat & makanan ringan kat situ. Murah harga die. Dah selesai memborong, kami pun jalan balik ke hotel. 



Di Block Arcade ni ade banyak butik2 high-end designers.  Berdekatan kat situ, sape2 nak shopping Christian Dior / LV / Christian Louboutin / Gucci ke boleh beli kat Bourke Street / Collins Street




Cafe di Block Arcade tak silap




Kat ruang legar ni ade ramai homeless people yang tidur kat situ. In fact, banyak setengah2 tempat, ade tilam2/bantal tempat diorang tido. Aku rase mmg diorang tidur merata-rata cume takde kat situ pada waktu siang. So nampak jugak orang letak burger/sandwich/barang lain untuk didermakan kat situ



Chinatown


On the way tu nampak signboard Big W. Terus singgah, nak cari Corelle. Hah! kat sini lagi murah


Jalan2 akhirnya sampai di State Library of Victoria

Bertentangan tu Melbourne Central Station


Ade orang tu beli kain cadar kat Big W.. hihi



Makan malam tu kami makan kebab yang adik2 aku tapau. Best gile. Besar plak tu. AUD$10.00 each huhu

Malam tu kami lepak tengok tv dan berehat. Hari ni puas berjalan kaki. Kire2 lebih dari 8 kilometer jugak jalan hari ni. Dengan bawak anak lagi gilir-gilir dengan husband. Siap anak aku tidur 3 kali dalam carrier. Walaupun penat, sakit kaki dan sejuk, tapi sangat2 seronok.. :-) Cume sayang waktu siang diorang pendek.huhu


No comments:

Post a Comment