Thursday, December 26, 2013

EXPLORE TOKYO : Shinjuku, Ginza & Odaiba (Day 7)

Hari terakhir kami di Tokyo, kami masih ade mase 1 hari untuk jalan2 lg. Setakat ni, yang masih belum pegi, Tokyo Metropolitan Government Building di Shinjuku, Ginza dan juga Odaiba. Beberapa hari lepas kami perasan yang setiap stesen mesti ade locker besar yang boleh isi luggage. So kami dapat idea, untuk hari terakhir, beg2 semua kami boleh simpan dalam locker dan boleh lah jalan2 dgn senang hati..hihi.. Jadi kami ambil keputusan untuk simpan beg2 semua di locker di stesen yang on the way nak ke airport iaitu di Daimon Station. Sebab di Daimon Station juga ade Tokyo Monorail terus ke Haneda International Airport. Jadi dari hotel, kami turun di stesen Daimon dulu letak barang2 & beg2. Syukurlah locker besar masih ade lg yg kosong. Sbb kalau lewat sikit mesti dah abis. Lebih2 lagi stesen yang jadi tumpuan orang. Lepas tu kami terus Shinjuku.

Misi mencari locker bermula

Tak silap, ade T&C die, kalau letak lebih 3-4 hari akan ade caj lebih. Tp tak pelah, caj pun caj la kan.. Asalkan mudah..

Dekat dengan locker di Daimon Station, terus nmpak tangga ke Tokyo Monorail

Lockernye besar.. boleh isi luggage beroda saiz sederhana.. kami just bwk back pack, kompom boleh sumbat. Tapi kami ambil 2 locker sbb shopping bag pun banyak

Ade 3 saiz locker. Kecik, sederhana dan besar
Kami ambil 2 locker sederhana sebab ade orang lain yang bwk beg besar. So kami bagi la diorg pakai locker besar.

Lega sikit dah takde beban kat belakang..huhu..
Destinasi seterusnya kami berhenti di stesen Shinjuku untuk tengok Tokyo Metropolitan Government Building. Dari stesen Shinjuku kami menapak agak jauh jugak. Selain turun di stesen Shinjuku boleh juga turun di stesen Nishishinjuku dan stesen Tochomae. Tokyo Metropolitan Government Building atau Tokyo City Hall ni merupakan pusat pentadbiran Tokyo. Boleh dikatakan tempat ni mcm Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) la kot.. Nak kate Putrajaya tak boleh, sbb tu pusat pentadbiran kerajaan persekutuan bagi Malaysia. Di sini ade banyak bangunan yang tinggi2. Antara yang bangunan yang utama adalah Tokyo Metropolitan Main Building No. 1, ade 48 tingkat, Tokyo Metropolitan Asembly dan juga Tokyo Metropolitan Main Building No.2, ade 37 tingkat. Selain tu kite pun boleh naik ke observation tower. Free je..Ade jugak kedai cenderahati dan kedai makan. Kami tak naik sbb dah letih jalan.

Tokyo Metropolitan Government Building yg siap pada tahun 1991 dengan kos USD1 billion ni menggantikan Tokyo City Hall yang sebelum ni bertempat di Yurakucho. Selain tu banyak jugak bangunan2 lain yang tinggi2 dan cantik2. Ade pejabat, hotel, etc. Nasib baik kami datang hari Sabtu. So lengang tak de orang..












Unik betul bangunan ni..

Zul kate nak ambil gambar dgn bangunan mengkuang

Diorg ade basikal Hummer.. Mane nak cari ni eh?? Nak gak satu


Lepas penat kaki berjalan kat Tokyo Metropolitan Government Building, kami sambung jalan lagi ke Ginza untuk cuci2 mata dan shopping. Turun je di Ginza Station, kitrog dah terdekat.. ni macam Bukit Bintang je. Banyak cafe2, butik2, department store. Ginza ni terletak dlm daerah Chuo, Tokyo. Kire orang kate Ginza ni antara tempat shopping yang termewah di dunia. Tp berita baiknye, kalau pegi ke mane2 high end boutiques, harganye lebih murah berbanding di Malaysia dan of course mahal sikit berbanding di Eropah la. Kebanyakan jalan ditutup dan dibuat untuk pejalan kaki tp aku tak pasti dibuat secara permanent ke atau hanya untuk weekends.

Kami excited nak dtg sini sbb nak shopping baju2 di GAP, H&M, Zara dan juga di Uniqlo yang terbesar di dunia. Tp malangnya untuk baju2 lelaki kebanyakannye baju2 winter mcm longjohn/inner, sweater, jacket, etc. Baju2 lain ade tp xde sale sangat la.  Baju2 untuk perempuan yang banyak gile sale. Dress, blouse, jeans, skirts, kasut.. mmg rambang mata! Bayangkan kat Zara ade section tu semua baju harge 500yen-1000yen (lebih kurang RM15-RM30). Lepas tu di H&M ade jual ultra light down jacket ala2 mcm kat Uniqlo just harga 1500yen (lebih kurang RM47)









Uniqlo 12 tingkat, tp skrng tgh sale baju winter, so tak beli2 sangat..


Pemandangan dari tingkat 12 Uniqlo

Di Ginza kitorg lapar sangat.. Zul & Haiqal teringin sangat nak makan sushi tp aku plak yang tak berapa makan sushi kat sini. Mcm horror je sbb aku mkn sushi yang tak berape horror (stakat mcm kat sushi king tu je..hihi). Kami singgah makan di restaurnat Almond. Antara tips nak cari makanan murah, adalah pegi masa lunch time. Kebanyakan restaurant akan offer lunch set yang hargenye sangat berbaloi. Contohnye set makanan tengahari kami 1000yen termasuk minuman, soup, roti, salad, pilihan main dish dan starter (french toast + salmon + avocado) dan dessert. Bagi kami, harga ni agak berpatutan memandangkan makan pun di Ginza, Tokyo. Banyak lagi restaurant makanan halal di Tokyo tp kebetulan kami bukan di tempat yg berdekatan dengan restaurant tu. So kami lupakan shj hasrat utk cari restaurant halal. Makan makanan vegan / seafood bagi kami sudah memadai. Pernah juga terjumpe restaurant kebab halal di Harajuku. Tp mase kami dah kenyang plak..huhu..




Destinasi terakhir kami di Tokyo adalah ke Odaiba. Satu pulau buatan yang terletak di Tokyo Bay dan dihubungkan dengan Rainbow Bridge dari central Tokyo. Odaiba ni juga dikenali sebagai Tokyo Waterfront Secondary City Centre. Banyak la tempat2 yang kite boleh lawat di sekitar Odaiba ni. Antaranya Palette Town (faris wheel, Megaweb, Venus Fort), Fuji Television, Rainbow Bridge, Aqua City Shopping Center, Diver City Shopping Center, Decks Tokyo Beach Shopping Mall, replica Statue of Liberty dan banyak lagi. Di stesen Shiodome (Oedo Line), kami tukar naik train Yurikamome plak dan turun di stesen Odaiba Kaihinkoen. Sebenarnye banyak tempat boleh turun, kalau turun di sini boleh start jalan dari pantai dengan pemandangan Rainbow Bridge. Setakat ni kami hanya pakai kad Pasmo je untuk turun naik train.



Rainbow Bridge. Mula2 aku tak faham kenape name die Rainbow Bridge. Rupe2nye bile malam bnyak lampu kaler rainbow. Mmg cantik..








Rekaan bangunan Fuji Television yang unik

Yang aku suke di Tokyo, hampir takde stray dog / cat. Yang ade selalu aku nampak orang bawak anjing / kucing jalan2 naik stroller / pakai leash. Anjing / kucing diorg comel2 plak tu.. Kirenye semua bende kat Japan ni semua comel2 la.. awek2 comel, lelaki2 comel, anjing comel, kucing2 comel, hiasan2 comel, cara diorg cakap pun comel.. :-)










Bangunan Fuji Television dan Aqua City Shopping Center

Yang tajam tu dah mcm Monumen Alaf Baru kat Putrajaya plak aku tengok.

Bile cuaca cerah, kite boleh nampak Gunung Fuji dari sini..

Life-sized Gundam model di Diver City Shopping Center





Dalam Palette Town tu ade gak pameran kereta2 Toyota dan juga kereta2 baru. Yang aku tertarik, ade banyak kereta khas untuk golongan OKU.














Dalam ni jugak ade pameran kereta2 lame termasuklah kereta Toyota yang lame2.







DeLorean!!


  
Joypolis ni amusement park dan kat dalam tu ade arcades games & rides. Owned by Sega. Tak sempat nak masuk sbb dah malam. Takut tak sempat nak g makan & ambil bag di Daimon.


Sebelum kami balik, kami lalu kat Diver City, tngok lampu Gundam dah pasang..Cantik!!


Ade jugak Gundam Cafe but nothing much. Just jual snek2 dan model2 Gundam pun tak banyak jual..

Suasana Rainbow Bridge dari Odaiba
Lepas kami ambil bag di stesen Daimon, kami makan dulu WTC. Makan pizza dgn pasta. Sampai tahap nak naik muak dah. Rindu nak makan makanan Malaysia.

Alhamdulillah kami selamat sampai di airport. Nasib baik sampai awal, sbb ramai orang dah beratur di kaunter Air Asia. Lepas check in baggage kami round2 la di airport konon2nye nak menghabiskan duit tp masalahnye kedai2 semua dah nak tutup. Pukul 10 semua dah tutup.. :-(


Cantik kedai2 di airport, diorg wat style traditional tp nasib baik kurang baik, kebanyakan dah tutup.

Kedai Hello Kitty pun dah nak tutup

Kami sempat jugak lah beli t-shirt, cenderahati lain dan makanan2 local untuk bwk balik.. Alhamdulillah flight tak delay. Tp malam tu aku muntah2 tibe, takut jugak kene keracunan makanan. Selang dua hari pegi check rupe2nye saya disahkan hamil 7 minggu. Syukur Alhamdulillah.. Lepas ni Travel Maniac kene rehat la dulu ye.. Doakan saya & baby sihat walafiat.. Moga di masa akan datang kami dapat travel lagi. Plus Travel Maniac Junior..hihi