Saigon Arrival & Hotel | Double-decker Sightseeing Bus
Cu Chi Tunnel & War Remnants Museum | Ben Thanh Market & Malaysian Street
Cafe Hopping | Saigon River Cruise | Saigon Morning Walk | Saigon Night Life
Berbanding semasa kami datang pada tahun 2012, sekarang Saigon banyak betul berubah. Malam-malam rasa happening sangat. Seronok plak aktiviti malam di sini. Mujurlah kami ada ambil tour naik bas double decker jalan keliling bandar dan ada ambil tour naik cruise di Sungai Saigon. Lepas kami ambil blazer di Ben Thanh pada pukul 5.00 petang, kami kena berkejar ke Bach Dang Station untuk naik cruise. Jadi kami terus book Grab. Nak jalan kaki takut tak sempat sampai awal.
Tempat menunggu pun sangat selesa di station. Ada juga cafe-cafe di situ. Budak kecik dah penat sangat sampai tertidur. Tengah hari lepak di hotel tak nak tidur plak
Dalam cruise ni nak beli minuman dan snacks pun boleh
Baru kami tahu yang sebenarnya bangunan ni bangunan yang tak siap. Baru perasan tengok belakang bangunan tu. Bertahun-tahun jugak terbengkalai. Tapi agak bijak dia pasang lampu-lampu mcm tu, jadi cantik sangat masa kami naik bas double decker.
Cantik bangunan terbengkalai kat belakang tu kan?
Tak lama lagi, kawasan di seberang ni plak yang akan membangun. Mesti akan jadi lebih meriah
Landmark 81 dengan 81 tingkat. Bangunan kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas
bangunan Merdeka 118 dan melepasi ketinggian TRX Exchange di Kuala Lumpur
Golf driving range
Apartment kediaman kalau tak silap
Bila tour dah nak selesai, diorang pun mula tutup bumbung. Owh baru tahu ada bumbung hihi
Selepas selesai naik cruise, kami lepak sekejap minum kopi di Katinat
Yeay dapat cup warna pink!
No comments:
Post a Comment